Saturday, April 10, 2010

Sedikit Ibrah daripada Lionel Messi

Jam menunujukkan pukul 3 pagi, bermakna sudah 15 minit perlawanan antara Barca dan The Gunners berlangsung. Saya melangkah kaki bersama teman seperjuangan di deretan kedai2 bersebelahan Hentian K***ng.Baru selesai melakukan persiapan untuk sedikit kerja2 umum. Kedengaran riuh rendah suara masyarakat Malaysia yg berjaga untuk melihat perlawanan menarik. Di kedai "mamak" semestinya, ramai yang bertandang. Saya sempat menjeling ke skrin TV, 1-1.. "Nak tengok ke, nak terus ke pejabat?", teman saya bertanya.

"Suke hati anta.." saya serahkan keputusan kepada rakan seperjuangan yg sejak tadi temankan saya. "Naik pejabat teruslah..". Saya akur..

Sampai di pejabat, saya keluarkan laptop HP saya dari dalam beg. Pantas ku cari streaming online, benda biasa yang saya buat jika berada di rumah. Biasanya, perlawanan sebegini streamingnya di internet agak laju dan tak tersekat2. Akhirnya, perlawanan yang menyaksikan Barca menewaskan The Gunners 4-1 itu saya tonton sehingga tamat, terima kasih kepada wireless pejabat yang laju.

Tak berbaloi rasanya jika berjaga malam hingga 5 pagi semata2 hanya kerana mahu lihat kehebatan pemain kedua2 pasukan menunjukkan skill di atas padang. Juga tak berbaloi jika hanya mahu lihat siapa yang menang siapa yang kalah. Oleh sebab itulah, saya telah cuba mencari dan mengambil beberapa pengajaran yang boleh saya dapati. Jaiabnya, saya betul2 dapati pengajaran itu daripada hanya seorang pemain paling berbisa pada malam itu yang berjaya menjaring 4 gol. Saya kira, pengajaran itu perlu saya kongsikan bersama.



1.Luaran bukan ukuran kekuatan dalaman.Jangan menghukum dari segi zahir.

Berusia baru 21 tahun, Lionel Messi tak kekok untuk menandingi benteng pertahanan Arsenal, Mikael Silvestre, 28 tahun (ke.. 29? x ingat..) dan juga Vermaelen. Teringat saya akan Mu'az bin Afra', remaja lelaki 15 tahun yang turut sama dalam perang Badar, tidak berasa gentar untuk menentang Abu Jahal. Hasilnya Abu Jahal mati terhina. Begitu juga dalam perlawanan ini. Jelas, Vermaelen dan Silvestre tersembam mukanya menahan malu, bolos 4 gol.

Begitu juga jika diukur dari sudut fizikal.. Berukuran tinggi 169cm, sangat tak sesuai untuk berdiri setanding penyerang2 berprolifik yang lain. Fernando Torres 186cm, Samuel Eto'o dan Wayne Rooney pun 178-180.. Tapi, Messi buktikan lebih daripada yang lain.


2.Mengutamakan 'Amal Jamaei' walaupun mampu lakukan secara fardi.

Salah satu perkara yang membuatkan orang lebih menggemari permainan Messi berbanding CR9 (Cristiano Ronaldo) adalah sikap mengutamakan 'amal jamaei' (teamwork) berbanding fardi (personal skill). Bukan tak mampu, bahkan jika dia bermain sepertimana CR9, sudah tentu lebih banyak gol yg disumbat dlm Liga Sepanyol (La Liga). Sekarang, Messi adalah penjaring terbanyak dan juga assister terbanyak dalam La Liga sedangkan dia hanya bermain sebagai Attacking Mid ataupun winger.

Meskipun begitu, Messi sering tunjukkan yang dia sebenarnya mampu bermain secara fardi dalam saat2 akhir permainan. Gol keempat perlawanannya dengan Arsenal menerangkan segala.

3.Berkata baik ataupun diam.

فليقول خيرا أو ليصمت , Itulah yang jelas dengan Messi berbanding pemain2 sewaktu dengannya. Tak pernah media2 merakam percakapan2nya, sedangkan mustahil bagi pemain sepertinya tidak mendapat liputan media. Dalam keadaan pemain2 bintang yang lain cuba untuk mencipta nama mencari publisiti murahan di media dengan mengeluarkan kenyataan yang kontroversi, Messi banyak memilih untuk diam. Satu2nya kenyataan media yang pernah didengari hanyalah sikap rendah dirinya apabila disamakan dengan Pele ataupun Maradona dengan berkata "mereka jauh lebih baik. saya masih banyak perlu belajar"..

----------------------------------------

Kesimpulannya, ibrah (pengajaran) untuk diri sendiri terdapat di mana2 sahaja. Cuma bergantung kepada diri manusia itu sendiri, mahu mengambilnya sebagai panduan ataupun tidak. Kerana itu, apabila ada orang yang bertanya meminta pendapat bagaimana mahu update blog dengan post yang mampu dibaca ramai orang, saya menjawab "lihat sekeliling.. takkan takde sesuatu yang terlintas dalam otak anda". Itulah yang terbaik daripada mereka yang menulis tentang sesuatu yang mereka pura2, tapi sebenarnya perkara yg dia tulis itu bukannya berada dalam dirinya, hanya sekadar contengan untuk memenuhkan blog. Itu saja.Kerana itu, tulisan itu nampak lemah dan tak berisi, malah menimbulkan perasaan meluat orang. Berbanding orang yg menulis dengan apa yang mereka fikirkan... Wallahua'alam..

4 comments:

Abdullah Xuais said...

mana la tau pas ni bleh buat post "sedikit ibrah daripada suhayl salmi"

Abdullah Xuais said...

sepanjang kita berkawan anta x de dapat ape2 ibrah dr ana ke?

cikgu_eya said...

hahahaha...... nak habes gelak dulu arr...

salam....
sebenarnya memang minat bola, tapi cuba jugak cari sesuatu yang bermanfaat untuk tidak terlalu rasa berlaku kejam pada diri. Mungkin itu situasi anta... agaknya lah...Anggapan sahaja ... ^^

macam diri saya yang kadang mencari alasan untuk curi masa tengok anime Prince of Tennis yang tak tau lah amendenya yang best sgt...^^
Tapi, memang ada ibrah yang terselit jugakk...^^

p/s: mungkin boleh tunaikan permintaan sahabat nta di atas..^^

Muhd Al-fateh said...

suhaylsalmi:

Saya lebih rela buat "sedikit ibrah daripada diri saya sendiri"..

------------------------

cikgu eya:

Saiapa yg kejam pada diri?