Saturday, November 6, 2010

The New Malaysia

Maaf atas sifat keterperasan sibuk saya yang menyebabkan blog ini tidak bernafas buat suatu masa yang lama. Nasib baik baru2 ini ada beberapa isu yang menyebabkan saya terpanggil untuk menulis kembali. Mungkin ada isu yg sudah agak masam2 basi, tapi apa salahnya saya cari asbab untuk menulis. Kadang2 harga nasi lemak pun boleh jadi isu.
Jujurnya, saya semakin lama semakin risau dengan keadaan ummat Melayu Islam di Malaysia ni. Baru2 ni, kita disogok dengan Malaysia sebagai hab hiburan. Satu cita2 yang langsung tak bermaruah. Mungkin hab hiburan yang menjadi contoh kepada negara Islam lain. Tak habis2 hedonisme.

Inilah yang dikatakan Saidina Umar apabila ditanya:

"Apakah mungkin satu tempat yang aman dan tenteram ditimpakan bencana oleh Allah?"

"Bencana akan datang, jika orang yang berbuat kemungkaran lebih ramai daripada orang yang berbuat kebaikan."

Adakah Malaysia boleh ditimpakan bencana?

(anda jawab sendiri)

Baru2 ini terdengar ada filem baru yang akan muncul dibintangi pelakon2 terkenal tanah air. Memang selalu saya dihinggapi dengan preview2 filem yang baru dek kerana The Mines yang boleh dilihat bangunannya dari tingkat dua rumah saya. Banyak rakan2 yang sudah selesai menonton sesuatu filem baru membuat iklan free kepada saya. Sebab itu, bagi filem-filem, kadangkala mungkin saya agak up to date walaupun televisyen tidak wujud di rumah.

Berbalik kepada filem terbaru itu, saya rasa tak perlu untuk saya cerita panjang kerana saya yakin sudah ramai yang mungkin dapat mengagak apa yang akan saya tulis berkenaan filem Melayu tanahair. Tapi, bagi yang mungkin tidak berapa up to date tentang kefasadan tanah air di kalangan ummat Melayu Islam sekarang, saya sediakan gambar saja.



Adegan ini ditunjukkan dalam trailer, untuk promosi cerita. Ternyata, ummat Melayu Islam sekarang sudah tidak lagi malu untuk mempromsikan kefasadan yang mereka lakukan. Fasad sungguh. Mungkar depan mata. Ke mana hilangnya kemaluan sifat malu mereka yang bergelar Melayu Islam? Inikah jatidiri orang Islam? Jika inilah realitinya, jangan nak mimpilah nak tengok kebangkitan Islam depan mata anda tanpa apa2 usaha.

Lebih menyedihkan lagi, ana juga yang beranggapan begini:





Saya tak tahu berapa lama lagi Malaysia ini akan bertahan. Benar hadis nabi (mafhum):

"jika Allah berkehendak memusnahkan sesuatu kaum itu, Dia akan mencabut dahulu persaan malu daripada kaum itu"

Fikir2kan...

(ada hikmah wujudnya golongan ini. mereka merangsang saya untuk menulis kembali. Woha!)

8 comments:

Cik Fia said...

fia setuju.. macam2 hiburan sekarang.. harap kita semua dapat berubah.. persekitaran mempengaruhi manusia

Abdullah Xuais said...

fasad...

cikgu_eya said...

Salam... saya memang benci sangat2 dgn situasi tuh... geramm sangattt ..huh

Budak2 kat sekolah pn dah guna lawak lucah macam tu.. rasa nak penampar jak budak tuh tapi memikirkan dia sendiri tidak memahami unsur lucahnya, saya tidak jadi menampar... haha

Anonymous said...

nk laman web adobe photoshop cs5

hama said...

sss

ayyasf said...

salam...
nasi lemak???fasad???x fhm laa....x au pulak p'ktaan 2 ader unsur lucah...walaupun daa sklh mngh...tp,x pnoh dgor pon p'ktaan niey kt sklh...
ader saper2 bley bgtau mksdnyer dgn lbh detail...???

Muhd Al-fateh said...

ayyasf:

Haha.. cik adik, "fasad" tu bahasa 'Arab, bermaksud kerosakan/kemusnahan. Tiada siapa yg mengisytiharkannya sebagai lucah.

Baca dan lihat sendiri entry ini dengan mata terbuka besar dan anda akan tahu nasi lemak itu apa..

(sila lihat peraturan no.1.. Sekian)

Anonymous said...

alhamdulillah..
syukran 'alaik..
barakallahulaka
asiff,ana tak perasan ttg peraturan tu....anyway,syukran sbb menjawab(erk,walaupun tak mengikut peraturan)