Monday, December 13, 2010

Berjalan, Melihat, Menafsir

Kehidupan terus berjalan dan berjalan. Berbagai ragam dan peristiwa melintasi ruang retina mata, meninggalkan kesan kepada manusia. Mereka yang melihat sesuatu dari pandangan mata kepala semata2, maka kesan yang diberikan hanya cukup sekadar itu. Mereka yang memikirkan menggunakan otak, maka kesan yang didapatinya hanya sekadar penilaian otak sahaja.Tetapi mereka yang menafsir sesuatu menggunakan hati, maka didapatinya kebaikan dan pengajaran yg banyak daripada peristiwa yang berlaku.

Zaman kini, saya melihat ramai manusia yang merasakan mereka sudah menggunakan mata hati berlandaskan iman dalam memikirkan sesuatu perkara dan mereka merasakan mereka sudah berada dalam landasan yang betul. SEDANGKAN pemikiran dan penilaian mereka itu hanya berlandaskan logik kepala otak berlandaskan nafsu manusia yang sering men'encourage' manusia ke arah kesesatan.

Mereka ini sibuk membahaskan tentang perkara2 'advance' yang tak semua lapisan masyarakat dapat memahaminya, sedangkan mereka lupa perkara asas2 dalam agama yang suci lagi mementingkan kesatuan dan kerjasama yang baik sesama Islam. Hasilnya, seluruh ummat Islam mendapat tempias pemikiran mereka yang disangkanya menggunakan mata hati berlandaskan iman. Hakikatnya perkara2 asas dalam Islam banyak dilupakan dalam penilaiannya dan pemikirannya itu.

Banyak perkara2 asas bagi seorang muslim yang masih belum mampu dikuasai sepenuhnya oleh orang yang sepatutnya sudah menguasainya. Oleh itu, setiap orang yang bergelar muslim itu memang perlu sentiasa diperingatkan oleh sesiapapun, tak kira yang lebih rendah mahupun lebih tinggi martabatnya.

Firman Allah:

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

Maksudnya:Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan YANG TIDAK TEPAT DENGAN SESUATU KESALAHAN YANG MEREKA LAKUKAN, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.
(aL-aHZAB:58)

Itulah antara perkara yang sering melanda ummat Islam zaman sekarang, tak kira di mana ia berada. Saya sendiri pun mengaku tidak bebas sepenuhnya daripada penyakit hati yang memang susah untuk ditangani. Tidak hairanlah jika Nabi Muhammad sgt selalu menekankan tentang hasad dengki ini.

Sabda nabi maksudnya:
"Penyakit ummat sebelum kamu telah menjangkit kepada kamu iaitu hasad dengki dan permusuhan. Ia ibarat pencukur. Saya tidak maksudkan pencukur rambut, tapi pencukur (pengikis) agama" (Riwayat Baihaqi)

Sabda Nabi ini jelas menunjukkan hasad dengki dan permusuhan menjadi benda yg mencacatkan agama sejak daripada ummat dahulu lagi. Dan perkara itu tidak dapat diubati dan dihilangkan sehingga sekarang. Seterusnya, menjadi perkara yang paling merosakkan 'amal dan ummat Islam seluruhnya.

Mungkin tiada siapa yg nampak apa kaitannya hasad dengki dan permusuhan dengan masalah besar ummat sekarang. Tetapi, cuba bayangkan jika golongan2 ummat Islam yg sedar amar ma'ruf nahi mungkar, berkerjasam antara satu sama lain dan melupakan segala perselisihan. Mereka2 ini fokus sepenuhnya ke arah pengislahan ummat sekarang, pasti banyak masalah yg dpt diselesaikan berbanding sekarang.

Anda masih tak fahamm dan tak jelas? Ini contohnya..

Sudah jelas bukan?

Ini sudah dunia akhir zaman. Bilakah masanya untuk terhapusnya perselisihan antara sesama Islam dan yang timbul hanyalah permusuhan antara kafir dengan Islam? Sudah nampakkah anda tanda2 itu? Sungguh, masih jauhlah lg kita dengan kemenangan yang dijanjikan.

(Maaf kerana entry ini agak berat, dan kerana sudah lama tidak update. Kedua2nya berpunca daripada perkara yang sama. Doa'kan supaya nafas blog ini tidak mati)


No comments: