Sunday, December 19, 2010

"Saya Gay, Saya OK"

Baru2 ini, saya merayau2 ziarah khabar sahabat. Hasilnya, saya terjumpa video yang sangat menakutkan. Ini bukan video cerita hantu, bukan jugak video yang standard karingeri.com, tapi jauh lebih2 menakutkan bg mereka yg sedar hakikat sebenar.
Ramai yg tahu dunia ini sudah melangkah ke dunia akhir zaman. Oleh itu, bermacam2 perkara luar biasa boleh kita lihat. Jika dulu org Kafir Quraisy membuang anak perempuan sebagai satu trademark jahiliyyah mereka, kita kini juga sentiasa diwar2kan dengan buang bayi yg lebih teruk x kira perempuan atau lelaki.

Dan ini ada kes yg lebih teruk. Anda pernah dengar himpunan jahiliyyah2 sedunia? Itulah yg berlaku sekarang. Jahiliyyah yg berlaku oleh kaum2 nabi terdahulu sekarang sudah berkumpul dan banyak dilakukan oleh masyarakat zaman sekarang. Lebih menyedihkan, jika dulu yg melakukannya ialah orang yg kufur dengan Allah. KINI, mereka yang melakukannya ialah org islam sendiri.

AKhir sekali, saya benar2 ingin berkongsi satu video yg menakutkan, sangat menakutkan saya. Saya x tahu anda takut atau tidak. Jika anda selalu layan karingeri atau sebagainya, bg saya tiada apa yg lebih menakutkan daripada video ini.

Anda lihat dan tafsir sendiri, sejauh mana ketakutan anda.



وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ وَأَنتُمْ تُبْصِرُونَ

أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

"Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya?Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya"


5 comments:

Anonymous said...

saya seorang muslim dan juga gay tp kita tak patut bangga menjadi gay. tak perlu ajak org lain utk jd gay. tak perlu ajak org lain utk 'come out'.

Allah tak akan beri ujian yg kita tak dpt lakukan. saya gay lebih awal dari saya kenal perkataan gay. saya berdoa dan berjanji, kalau Allah jadikan saya seorang lelaki, saya akan menjadi seorg muslim yang lebih baik. Mungkin bukan seorg muslim yang terbaik, tp lebih baik.

cabaran terbesar saya di dunia sementara ini adalah melakukan segala perintahNya. Saya tidak akan bercinta kerana tak mahu jadi gay.

RuMaH TuA said...

Untuk mengelak gangguan perasaan dgn org mcm tu..maka,(sangka baik)...

Tips Syeik kadir Jailani,

>(Tuan Punya Blog yg banyak post 'berhikmah')

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

&

>(Pelaku Luar Tabi'e 2)
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


"Doa atas hidayah utk seluruh umat"

cikgu_eya said...

oohh... syeikh...
mungkin anda perlu g mana2 match debat bahasa melayu inter-universiti.
Anda akan rasa lebih takut lagi.. huhu

Muhd Al-fateh said...

Tak kisah jika fakta2 atau mana statistik yang didedahkan tentang fenomena hubungan sejenis ini, tapi pengakuan sebegini lah yang membuatkan saya takut.

Ini bermakna mereka telah hilang sifat malu mereka. Apa nak jadi?

falinasd said...

kpd Anon dec 20...

salam saudara

terima kasihh kerana berani.
terima kasih kerana mgambil langkah positif.
saya mmg mharapkan mmg ada org bsikap spt anda.