Tuesday, September 6, 2011

Raya Sakan, Raya Sebulan, Raya Hantu Raya

Setiap tahun raya. Ya, memang betul. Dan tahun ini Raya sekali lagi menjengah rakyat Malaysia ini. Kebiasaan peristiwa yang datang jarang2 sebegini, pasti pelbagai acara sambutan luar biasa dilakukan. Malangnya, sambutan Aidilfitri kebanyakkannya mengecewakan. Bukan mahu sambut kemenangan atas mujahadah Ramadhan, tapi seperti sambutan "Welcome back Devil".

Itulah realiti zaman sekarang. Waktu raya inilah mahu tunjukkan kecantikan kepada umum. Baju berkilat, tudung pendek. Duit habis dibelanjakan untuk baju Melayu dan baju kurung baru. Sedangkan memakai baju baru di Aidilfitri hanya sunat hukumnya, membazir itu haram. Itu belum lagi disentuh tentang kewajipan menolong saudara seislam yang kesusahan dilanda kebuluran, kemarau, peperangan dan macam2 lagi.

Waktu raya inilah baru nak layan lagu2 nyanyian wanita yang sengaja melenggokkan suara. Ada juga yang membuka lebaran baru di Hari Raya dengan mencari awek baru setelah sebulan menahan. Pelbagai lagi kepuasan nafsu yang ditahan selama sebulan dilepaskan sepuas2nya di bulam Syawal ini.

"Eh, apa salahnya. Dah lama kitorang ibadah, buat baik, x buat maksiat waktu bulan puasa ni. Dah Raya apa lagi...."

Mungkin ada yang sebelum ini pernah berfikiran begini. Jika tidak diluahkan dengan mulut pun pasti terzahir dengan perbuatan ataupun disimpan dalam hati. Jika mahu dijawab ringkasnya kepada orang yg berfikiran begini, mungkin boleh dikatakan,

"Ko ingat Allah bagi ramadhan tu untuk korang buat maksiat waktu bulan raya ke?"

Ataupun mari kita sembang lebih panjang bagi siapa yang berminat.

Ramadhan dan Hari Raya ialah Ibadah

Bila dikatakan ibadah,mestilah perlu ada rujukan ataupun contoh yangt dilakukan oleh Nabi. Itu perkara paling penting. Bila tiba hari raya, para sahabat memberikan ucapan sesama mereka "taqobballahuminna wa minkum" bermaksud, "Moga Allah menerima amalan kami dan juga amalan kamu".

Saya tak bermaksud untuk menyuruh rakyat Malaysia menggantikan ucapan Maaf Zahir dan Batin kepada ucapan ini, cuma apa yang nak saya highlightkan di sini ialah betapa para sahabat amat takut jika amalan mereka yang bersungguh2 selama sebulan Ramadhan TIDAK DITERIMA oleh Allah. Dikisahkan ucapan "moga Allah terima amalan kami dan juga amalan kamu" ini berpanjangan sepanjang 6 bulan. Lihat, betapa risaunya para sahabat tentang ibadah mereka ditolak.

Kita pula bagaimana? Sudahla Ramadhan tidak pulun habis. Masih boleh buang masa, tengok tv, layan sms, keluar downtown, buat persiapan raya dan macam2 lagi bukti hinanya kualiti Ramadhan kita jika nak dibandingkan dengan para sahabat.

Itupun boleh berseronok lagi sambut Aidilfitri dengan penuh kekotoran maksiat kononnya amalan ramadhan sudah cukup dan semuanya diterima oleh Allah.

Saya mahu pembaca semua berfikir dengan logik akal budak sekolah rendah, "APAKAH ALLAH AKAN TERIMA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN JIKA AIDILFITRI KITA SAMBUT DENGAN MAKSIAT..??"

Saya yakin anda semua bukan sekolah rendah, jadi jangan hinakan pemikiran anda dengan menjawab jawapan yang lebih buruk bunyinya daripada jawapan budak sekolah rendah.

Akhir kata, mari buktikan keberkesanan amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini dengan puasa enam serta tunjukkan peribadi muslim sebenar. Moga2 Allah menerima segala usaha kita untuk berubah ke arah yg lebih baik. Taqabballahuminna wa minkum.

"Riang ria aidilfitri lupa terus kat Ramadhan,
Hiburan sana sini atas nama kemeriahan,
Tekan channel sana sini sure sangkut depan tv,
Sampai tarbiyyah terbiar tak terasa pun kat hati"

"Suasana hari raya dirakam sebelum puasa,
macam pahala dah konfem semua sakan gembira,
Bila bicara pasal raya ada macam2 gaya,
gembira dituntut tapi di mana batasnya"

(Petikan lagu Raya Sakan nyanyian 5forty2. Tak disarankan kepada mereka yg tak gemar lagu rap)

No comments: