Sunday, March 30, 2008

Cat&DOG.....suatu renungan...

Pernah tgk citer cat&dog x..?? ader satu babak dlm citer tu yg korg x dpt tgk kt tv...dn skrip dier ade kt blog nih...mari kiter tgk sama2...

KUCING: Hai anjing, apa habaq? Macam ada
yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je
aku gigit manusia tadi..

KUCING : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia
lelaki dan perempuan yang sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat
dan terus melompat dan berkata "Hoi
anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



KUCING: Ya, lah. Ko kan haram. Najis
tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,
kalau dia tersentuh aku, boleh disamak.
Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia
tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

KUCING: Betul tu. Memegang wanita yg
bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada
memegang ko anjing, malah tak boleh suci
sekalipun disamak.

NJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam
KUCING"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan
daripada ibnu majah menyatakan bahawa
"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu
adalah lebih baik berbanding dengan
bersentuhan (secara sengaja) dengan
wanita yang bukan mahram". Bersentuhan
(dengan sengaja & apatah lagi bertujuan
syahwat)adalah berdosa dan wajib
bertaubat (bagi membersihkan dosa).
Sedangkan menyentuh anjing tidaklah
berdosa dan hanya perlu disuci (bukan
bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah
satu kesalahan (dosa) atau maksiat.
Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram
adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain
yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala
yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya'.
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah
sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna". (Surah Zumar: 9)

oleh sebab itu kita sebagai seorang muslim serta muslimah di dunia ini perlu beringat-ingat semasa menghadapi situasi seperti ini...
serta beringatlah bahawa sesungguhnya Allah melihat serta mengetahui segala tingkah laku kita...

No comments: