Saturday, March 8, 2008

Pemuda??


ku termenung di pagi 8/3/2008 di mana tarikh orang ramai pergi memilih pemimpin mereka.aku duduk di bangsal bas yang usang dan sudah lama ditinggalkan oleh bas-bas.terkeluar di pemikiranku sebutir ilmu untuk dikongsi.

di pemikiranku aku terfikir ramai yang mengundi termasuklah pakcik,makcik,datuk,nenek,nyonyadan bermacam gelaran lagi bahkan semua golongan muda mudi bahkan kanak-kanak yang takmengerti apa yang mereka lakukan turut serta dalam mengempen parti masing-masing.ini tak termasuk lagi mereka-mereka yang merempit sambil mengebarkan bendera parti yang diharap dapat memimpin.

apa yang ana nak bawakkan kat sini ialah semua orang mengundi namun ape yang diharapkan oleh pengundi-pengundi tersebut.sebagai contoh,seorang lelaki mengundi kerana merasakan itu salah satu kewajipan rakyat sahaja.contoh lain,seorang nenek mengundi kerana anak anak suruh.seorang pakcik mengundi kerana mengharap dapat menang tahun ini.ana bukanlah nak sokong mana-mana parti (bahkan belum cukup umur) tapi apa sebenarnya yang diharapkan oleh mereka-mereka yang mengundi lebih-lebih lagi individu yang menggelar dirinya muslim.

ana bawakkan satu kisah yang mana biasa didengari oleh pelajar-pelajar sekolah ana.kisahnya bermula apabila seorang lelaki berjalan-jalan di sebuah tapak pembinaan.di situ dia dapat melihat pekerja yang sedang melakukan kerja masing-masing.ada yang bancuh simen,ada yang sedang menyapukan simen dan ada yang sedang menegakkan tiang.lalu dia pergilah ke orang yang membancuh simen lalu dia tanya ape yang sedang pakcik lakukan?lalu pakcik itu menjawab"tengah bancuh simen nak.lalu dia pergi ke arah orang yang sedang menyapu simen lalu bertanya"apa yang sedang uncle lakukan?lalu uncle itu menjawab"sapu simenlah!tak nampak ke!lalu die terus lari kearah orang yang mendirikan tiang lalu bertanya:"ape yang sedang saudara lakukan?"dia menjawab"banyak yang sedang saya lakukan.kemudian dia bertanya semula"sekarang?" "sekarang saya sedang membina masjid"..

sebenarnya simbolik dari cerita ini ialah orang ketiga itu nampak lebih jauh dari orang pertama dan kedua iaitu dia bukan hanya nampak dia hanya meletakkan tiang tapi dia nampak kerja dia tu akan membangunkan sebuah bangunan dan dia adalah salah seorang yang akan membangunkan bangunan tersebut.apa yang ana nak kaitkan disini ialah(bukan setakat mengundi) apa yang sebenarnya yang kita lakukan.

ingatlah wahai saudara-saudaraku,pada zaman silam umat islam telah memayungi 2/3 dunia ini tapi sekarang ini walaupun umat islam ramai tapi bagai buih-buih dilautan.sepertimana hadis nabi mengatakan"pada akhir zaman kamu akan dikerumuni sepetimana makanan dikerumuni."sahabat bertanya"adakah bilangan kami pada zaman itu sedikit ya rasullah"ar-rasul bersabda"tidak.umat islam ketika itu ramai tapi bagai buih-buih dilautan"(kalau salah sila betulkan)

teringat ana pada sebuah cerita yang ana dengar dari seorang akh sewaktu ana pulang dari sekolah bersaman-sama dia.dia bercerita"pada masa dulu(tidak terlalu lama)ada sebuah negara arab yang mana penduduknya mengamalkan islam yang sebenar-benarnya sehingga kalau nak bezakan islam dan kafir hanya dengan melihat pemakaian tudung."dia menguatkan lagi"sehingga orang bukan islam segan dan ada yang memakai jubah kerana terlalu ramai yang pakai pakaian yang sopan.pada suatu hari kerajaan mereka mempromot satelit tv secara percuma yang dapat berbagai channel dan hanya perlu bayar duit untuk piringnya sahaja tak seperti astro yang perlu bayar bulanan.ramai yang membeli piringnya.tidak lama selepas itu,orang yang pergi kesana tidak dapat mengenal pasti yang mana benar-benar muslim kerana kebanyakkan sama saja dari segi pakaian,gaya rambut dan cara pergaulan."tamat disitu.

jadi dari cerita tu kita dapat lihat senjata kuat yang dapat membasmi fikiran umat islam lagi-lagi golongan pemuda dalam masa yang singkat.sedarlah,sesungguhnya agama allah memang akan tertegak tapi yang menjadi persoalannya ialah adakah kita yang akan menegakkannya atau hanya meraikan saja atau tidak berasa apa-apa.ingatlah,telah 84 tahun agama tercinta kita telah dinoda dibawah pimpinan-pimpinan selain islam.ingatlah sekarang ini islam diletak ditempat yang tak sepatutnya.jadi ana seru kepada pemuda-pemuda supaya cepat-cepatlah sedar dengan keadaan ini lagi-lagi kepada pemuda yang mempunyai kefahaman tentang islam supaya melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang pemuda muslim.ana tak ingat pesanan sape tapi kalau tak silap imam hasan al banna(kalau silap betulkan).lebih kurang ginilah yang dia cakap"pemuda adalah punca kebangkitan sesuatu kaum.jadi fikir-fikirkanlah.

allahhumma ya muqallibal qulub tsabbit qulubuna 'ala dinik wa 'ala thaa'tik wa 'ala thoriqi da'watik

No comments: