Friday, April 4, 2008

MAHA SUCI ALLAH..

Sekadar tazkirah buat diri saya dan sahabat fillah... Dalam kita menjalani amanat Allah seringkali kita alpa untuk benar-benar menjadikan diri kita taqarrub kepadaNya. Kekadang susah untuk kita merasakan kehadiran Allah swt dalam ibadat kita... kan? (Diri ini lah tu...).
Sebenarnya itulah maksud muraqabah sebenarnya. Muraqabah sebagaimana diisyaratkan di dalam al-Quran dan hadis ialah, merasakan keagungan Allah swt di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiran-Nya (walaupun di saat kita bersendirian ataupun berada di khalayak ramai).
Sebelum kita start sesuatu pekerjaan dan di saat mengerjakannya, cubalah kita bertanyakan dalam diri masing-masing.... apakah setiap gerak dalam melaksanakan amal dan ketaatan ini kerana untuk kepentingan peribadi atau sekadar ingin mencari populariti??? atau adakah kerana dorongan mahukan redha Allah swt?
Ada 4 jenis muraqabah iaitu :
1. Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan cara ikhlas kepada-Nya.
2. Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara totally 100%.
3. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus) adalah dengan memelihara akhlak dan budi pekerti yang baik, kemudian bersaksi dengan setulus hati bahawa semua kenikmatan itu hanyalah berasal dari Allah. Kemudian dengan penuh kesedaran hati, bersyukur di atas segala nikmat-Nya.
4. Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuan Allah swt serta memohon pertolongan-Nya dengan penuh kesabaran dan keyakinan.
Disini saya ingin berkongsi bersama sebuah peristiwa yang mana berlaku di depan mata saya sendiri..pada tengah hari tadi..ketika saya sedang mengambil wudhuk di salah sebuah masjid di malaysia tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang agak kuat..bunyi itu telah menarik perhatian saya untuk mencari dari mana datangnya bunyi tersebut..lalu saya terlihat sebuah kereta telah melanggar sebuah motosikal..saya melihat keadaan kereta tersebut agak teruk kerana cermin depannya pecah dan penunggang motosikat itu bernasib baik kerana masih hidup..yang nak jadi kesnya..si pemandu kereta tu tanpa berfikir panjang terus melarikan diri meninggalkan mangsa dalam kesakitan..walaupun begitu..kat sini Allah nak tujuk kuasa dia..plat nombor kereta tersebut patah dan tercabut...jadi kat sini saya dapat mengambil beberapa pengajaran iaitu...


1.mari kita lihat keaadaan pemandu...mengapa dia boleh terlintas untuk melarikan diri???sedangkan ramai saksi yang menyaksikan kejadian tersebut..saya dapat simpulkan disini bahawa dalam diri pemandu tersebut tak ada sifat muraqabah serta keimanannya bahawa Allah maha melihat tidak kuat..kalau dah dengan Allah dah tak yakin apatah lagi dengan ma'nusia..cuba bayangkan jika semua manusia tak ada sifat muraqabah maka banyak la kekacauan yang akan berlaku contohnya kita berbalik kepada kisah tadi..jadi..disini kita dapat melihat sendiri betapanya indahnya islam ni jika kita ambilnya sebagai cara hidup..rasulullah dah ajar..kita cuma perlu ikut je..insyaallah beres segala masalah yang berlaku..


2.plat nombor tercabut dan kantoi la nombor plat kereta pesalah..disini kita dapat perhatikan bahawa segala kuasa berada ditangan Allah..'kun fayakun' jadi maka jadi lah..cabut maka tercabut lah nombor plat tersebut..mungkin kat sini Allah sayangkan hambanya tadi..Allah bagi 'kantoi' kat dunia supaya takde la nak dipertanggung jawabkan kat akhirat..Allah masih bagi peluang hambanya untuk bertaubat dan menginsafi kesalahan yang telah dilakukan..subhanallah..maha suci Allah yang penyayang dan pengampun..
mari lah sama-sama kita koreksi balik diri kita..berapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan namun Allah masih beri peluang dan masa untuk kita bertaubat dan berubah untuk menuju hidup yang lebih baik..jadi Kejarlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, usia mudamu sebelum datangnya hari tua, waktu sihat sebelum datangnya sakit, kaya sebelum datangnya kemiskinan, hayatmu sebelum datangnya ajal, dan waktu lapangmu sebelum datangnya kesempitan.sementara kita masih hidup maka marilah....

No comments: