Thursday, August 21, 2008

Edisi Khas Merdeka-Bahagian Kedua: Wajarkah Kita Menyambutnya?

Seperti yang diberitahu, lanjutan drpd post yg lps bahagian pertama iaitu, Merdekakah Kita?.. Jadi, kali ini ana memutuskan untuk memilih tajuk yang berkaitan dengan tajuk yg lepas iaitu...(seperti yg tercatat kt atas.. bace sndirilah.. malas nk tulis lagi)...


Mula2 sekali, ingin sekali ana nyatakan bahwa ini h
anyalah sebahagian pendapat ana setelah pemerhatian dan pengkajian,serta pembelajaran yang agak lama tentang masyarakat sekarang dan juga isu2 semasa yang melanda Malaysia. Jadi, sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata amatlah diharapkan supaya menegur.


Bagi sesetengah orang,pastinya terasa agak pelik apabila melihatkan kepada tajuk ini. "Buat apa lagi memppertimbangkan kewajaran menyambut kemerdekaan? Bukankah sudah jelas kita patut menyambutnya kerana kita sudah MERDEKA?", lebih kurang begitulah persoalan yang mungkin timbul dalam benak fikiran orang ramai. Namun begitu, ana yakin, bagi mereka yang sudah terlebih dahulu membaca Merdeka? bahagian pertama, pastinya pertanyaan tentang kewajaran menyambut kemerdekaan tidaklah janggal. Jadi, ana menyarankan bagi mereka yang masih belum membacanya dipersilakan untuk membacanya supaya anda lebih faham kewajaran tajuk post kali ini.


Seperti biasa, apabila 31ogos mula menunjukkan bayangnya, mulalah TV, Radio, Media Massa yang lain mempropagandakan Hari Merdeka. Dan sudah pasti banyak kita dengar bunyi2 yang menasihati supaya menyambut dan meraikan Hari Kemerdekaan dengan penuh meriah, dan sudah pasti apabila perkataan 'meriah' digunakan, ianya sangatlah sinonim dengan 'pembaziran'. Tak gitu? Kalau tak setuju takper... berani2kanlah bagi komen ye..


Sebenarnya, dalam kemeriahan kita menyambut kemerdekaan, hampir semua daripada kita (termasuklah ana) ana jamin pasti tidak akan teringat langsung kepada saudara2 seislam kita di Palestin, Afghanistan, dan negara2 islam lain yang menderita. Mengapakah ana cakap begini? Pasti sa
ngat ramai yang berkata"apehal lak Alfateh ni? Dah nyanyuk ape? Ni negara kitalah.. Kita sambut kemerdekaan negara kita. Apalah pulak kaitannya dengan negara Palestin..walaupun dia sebuah negara islam pon?". Ana jamin pasti anda akan berfikiran begitu.. Paling kurang pun anda mungkin baru tersedar satu hakikat.. Bagi menjawab persoalan tadi, ana ingin bertanya kembali kepada anda...



Lupakah anda bahawa Nabi ada bersabda (mafhumnya):

"Orang mu'min itu ibarat satu anggota, jika salah satu anggota terasa sakit, maka sakitlah seluruh anggota badan.."

Jika anda sudah biasa ataupun pernah mendengar hadis
ini... jadi dimanakah penghayatan anda pada hadis ini? Tidakkah anda rasa penderitaan mereka2 yang di sana..... Wajarkah kita menyambut merdeka dengan semeriah2nya dalam masa yang sama saudara SEISLAM kita jauh di sana masih lagi menderita? Tidak dapat2 lagi kemerdekaan seperti yang kita sudah nikmati? Jika anda betul2 beriman dengan hadis ini, anda tidak akan terlalu menyambut kemerdekaan ini dengan semeriah2nya.. Tidak sanggup..


Bagi mereka yang lebih teruk lagi, pasti bertanya,"mengapa dengan Palestin? Apa yang telah berlaku di sana?"... Tidak mustahil ada di kalangan anda yang terlintas di fikiran macam itu.. Jadi, ana ingin bagi hadis lain..

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Maksudnya: "barangsiapa yang tidk mengambil tahu akan hal orang2 muslim, maka dia bukan dr kalangan mereka"


Maka, di golongan manakah anda berada? Tepuk dada tanya iman.


Lagi satu fakta untuk anda semua tahu....Tahukah anda bahawa dahulu tiada negara2 seperti sekarang.. Maknanya macam negara Malaysia,Indonesia,Brazil,Argentina,Jamaica,dll(perghh.. takkan nak tulis semua kot).. Yang ada di atas peta dunia dahulu (ketika zaman kegemilangan islam,sebelum kejatuhan khilafah) hanyalah dua warna sahaja yang menandakan negara2 berasingan. Negara Islam.....dan juga negara bkn Islam... Persoalan yang timbul, siapakah yang mula2 memecah2kan negara2 ini menjadi seperti hari ini? Jawapannya ialah orang2 barat.. Apakah motifnya? Pastinya untuk memecah-belahkan ummat islam.. untuk menghapuskan semangat persaudaraan islam di antara muslim itu sendiri... Fakta ini ana ketahui sejak ana Form1 dan ana percaya ada yang baru tahu pada tahun ini.. hehehe... dan juga ramai yang yang baru tahu sebentar sahaja tadi.. hahaha..



Kembali kpd topik.. Adakah berjaya orang barat mem
ecah belahkan ummat islam melalui pembahagian negara2 mengikut peta sekarang? Sudah tentu!.. Buktinya ada di hadapan anda sendiri.. Lihat sahaja kita menyambut kemerdekaan negara dengan meriah dan langsung lupa kepada saudara2 seislam kita yang sedang menderita di negara lain.

Sekali lagi....kembali kepada persoalan utama.Dengan Merdeka bahagian pertama yang menunjukkan realiti merdeka yang sebenar di kalangan remaja, serta apa yang telah ana nyatakan di atas..... WAJARKAH KITA MENYAMBUT MERDEKA..?


Menurut ana, tidak salah sebenarnya hendak menyambut Hari Kemerdekaan ini, tetapi cubalah berpada2, ingatlah akan saudara seislam kita di Palestin atau di negara lain yang sedang menderita. Tidak payahlah kita terlalu berbangga2 dengan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang sekiranya seluruh masyrakat islam masih lagi dijajah... kerana mereka juga dulu adalah sebahagian daripada mereka dan kita juga adalah sebahagian daripada mereka. Cukuplah setakat itu. Wallahu a'lam..


(ini baru bahagian yang kedua.. bahagian yang ketiga akan menyusul tidak lama lagi.. Alamakk...! kene siapkan kesemua bahagian dengan segera kerana Merdeka tidak lama sahaja lagi. Apa2pon.... saya mengharapkan komen yg bernas daripada anda semua...)
.

No comments: