Thursday, August 21, 2008

Edisi Khas Merdeka- Bahgian ke-3: Sambutan Cara Islam..Bagaimana?

Bertemu kembali dalam edisi khas merdeka ini.. Kali ini dalam edisi ke-3 pulak.. Setelah memabanting tulang dan segala jari untuk menyiapkan kedua2 post yang agak serius haritu, kini ana rasa cukup dengan post yang merehatkan jiwa je. Tapi tetap ade unsur2 ilmiah di situ. Ini ialah lanjutan daripada post2 yang dahulu. Jadi sekali lagi ana ingtakan bagi mereka yang baru merasa cuba2 menceroboh CetuSaN MinDa ini, eloklah usya dulu Edisi Khas Merdeka Bahagian pertama dan Ke-2.


Seperti yang ana sebutkan pada akhir bahagian ke-2, tidak salah jika kita menyambut kemerdekaan. Tetapi, sebagai seorang musli
m, sekalia ana gemar menggunakan firman tuhan ini...

واءن تطع أكثر من في الأرض يضلك عن سبيل لله


Maksudnya: dan sekiranya kamu mengikut kebanyakkan orang di muka bumi ini, pasti mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah..



Jadi, kita sebagai orang yang mengamalkan islam dalam hidup perlulah mempunyai jati diri yang lain daripada mereka2 yang maseh tidak faham di sana. Mahukah anda membawa motor sambil dirangkul orang yg tidak sepatutnya di belakang menuju ke Dataran Merdeka semata2 hendak melihat pertunjukkan bunga api? Mahukah anda tunggu.....countdown dari kol 11 semata2 nak melaungkan MERDEKA!!! sekuat hati sambil menganggu keenakan jiran di sebelah rumah yang sedang menikmati keempukan tilam yang baru dibelinya sempena potongan harga di pasaraya sempena Hari Merdeka? Mahukah anda memasang bendera sekeliling rumah sehingga orang pon keliru, samada ini rumah orang ataupun Stadium Merdeka...?




Mahukah anda menyambut Merdeka sebegitu?
Sekiranya itulah anda pada tahun lepas, tahun ini buatlah anjakan paradigma sikit. Mahukan perbahan bukan? Kerajaan pon dah nak berubah dah tak lama lagi..(kaitan gile).

Jadi, kembali kpd tajuk asal, bagaimana menyambut merdeka cara islam? Soalan yang nampak mcm susah.. yelah.. orang sekaran nampak "Wah! cara islam" je nampak macam susah dan rumit.. Padahal bagi mereka yang menyebatikan islam dalam hidup, perkara ini hanya suatu perkara yang senang dan cukup mudah. Bukankah islam itu agama yang mudah? Mengapa memandangnya seperti susah?
Firman Allah:

يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر

Maksudnya: Allah menghendaki bagi kamu kemudahan dan tidak menghendaki bagimu kesusahan.


Berbalik kepada cara untuk menyambut kemerdekaan.. Bagi perkara ini, ade baiknya kita berbalik kepada Al-Qur'an dan sunnah nabi kerana....

sabda Nabi: تركت فيكم أمرين لن تضلوا اءن تمسكتم بهما كتاب الله وسنتي


maksudnya: aku tinggalkan kpdmu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama2nya selagi kamu mengikutinya. Kitab Allah(AlQura'n) dan sunnahku.. (Riwayat lain sunnah ahli bait ku)


Melihat kpd hadis nabi di atas, maknanya sudah tentu ana akan menjawab persoalan yg tertulis di atas sekali dgn ayat Al-Qur'a
n dan sunnah nabi. Masalahnya sekarang, pasti akan ada yang bertanya: "Ada ker cara sambut merdeka dalam Al-Qur'an? Waktu nabi dulu ade para sahabat sambut merdeka ker?"

Siapa kata dalam Al-Qura'n takder ayat menunjukkan cara sambut merdeka? Siapa kata rasulullah tak pernah sambut merdeka? Ayat dalam Al-Qur'an memang ada, malah ana pasti setiap diri yang se
dang membaca tulisan ini pastinya menghafal ayat ini, paling kurang pun sudah banyak kali dengar. Cuma mungkin tak tahu makna....ataupun tak dapat hayati makna. Hanya tahu bace sahaja.. Hafal semata2.. Tak ke rugi.. Nanti, bila ana sebutkan ayat die anda semua pasti akan terdetik "Oo0Ooo... hek ele.. ayat ni rupenye..".

Ayat ini ialah:


اءذا جاء نصرالله والفتح
ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا
فسبح بحمدك واستغفره
اءنه كان توابا

Maksud:
ketika telah datang pertolongan Allah dan kem
enangan. dan kau melihat manusia memasuki ke dalam agama Allah dgn berbondong2.
maka hendaklah engkau bertasbih dgn memuji Tuhanmu dan beristighfarlah.
sesungguhnya Ia Maha Menerima taubat.


Ana x nak tulis pnjg2 lagi.. sebab korang pon pand
ai bace sndiri kan? Itu bkn ayat untuk sambut kemerdekaan ke? Al-Qur'an telah diturunkan untuk panduan hidup setiap insan, hingga akhir zaman. Jadi kita patut ikut apa yg telah digariskan dlm ayat tersebut.

1.Menyambut kemerdekaan dgn bertasbih memuji Tuhan.
Ini memang sudah jelas, kerana siapa lagi yg memberikan kemerdekaan kpd negara ini? Sudah tentu Tuhan yg Maha Berkuasa, ta
pi masalahnya sekarang, berapa ramai yg ketika menyambut merdeka dia sedar dan ingat bahawa tuhanlah yg telah mengurniakan nikmat ini kpd kita? Berapa ramaikah di kalangan tersebut? Adakah anda termasuk dlm kalangan itu? Ataupun anda hanya mengingatkan pejuang2 yg telah berkorban untuk kemerdekaan negara seperti orang lain? Tidak pernah terlintas untuk berterima kasih kpd Allah ketika kemerdekaan ini? Hanya tahu mengenang budi pejuang2 merdeka tanpa merasa sedikit pun rasa syukur kpd tuhan? Fikir2kanlah..

2.Menyambut Merdeka dgn beristighfar.
Jika anda melihat secara kasar, apa kene mengena menyanbut merdeka dgn beristighfar? Banyak gile sebenarnyua kene mengenenya dgn istighfar,merdeka dan masyarakat zaman sekarang.. Yang ini kenelah tgk bahagian pertama dengan bahagian ke-2 dulu... Baru boleh senang faham..


Jadi, sekarang sudah faham bagaimana menyambut merdeka cara islam? Harap2nya fahamlah, kalau tak buat sakit jari je ana berhempas pulas menyiapkan post last ni sebelum menjelang detik 31 ogos..

akhir kata, adakah anda semua mahu menyambut kemerdekaan dengan cara lama? Dengan memekakkan telinga jiran sebelah dgn menjerit Merdeka! bila jarum jam mencecah pukul12 tgh malam? Adakah anda mahu pergi ke dataran merdeka dan sama2 melihat perunjukkan bunga api yg ternyata membawa kpd pembaziran melampau? Marilah sama2 kita menyambut kemerdekaan negara kita ini dgn tasbih serta istighfar atas segala kesalahan negara kita selama mana kita berjaya mengecapi kemerdekaan. Dan juga kita menyambut dgn mengingatkan akan saudara2 kita di Palestin,Afghanistan dn sebagainya di seluruh dunia supaya mereka dpt sama2 kta sebagai ummat islam mengecapi kemerdekaan negara.. insya allah...


(perghh! akhirnya siap gak bhgn akhir Edisi Khas Merdeka nih. Setelah berhempas pulas kerana baru sedar esok dh 31 Ogos... isy.. cmner lak leh terlalai nih.. akhirnya, hanya 3 bahagian yg berjaya disiapkan.. الحمد لله )


.

2 comments:

Kurosaki said...

salam... masya allah.. blog yg amat menarik sekali.. rasanya begitu banyak info baru yg saya dpt dari blog ini... aligato banyak2 kpd al fateh...

baru saya tahu bagaimana merdeka cara islam.. time kaseh lagi sekali..

budakselangor~ said...

salam alayk...

post yang gile menarek....mmg best gile...byk info dan ilmu baru dpt nihh...series..cmtu rupenye sambut merdeka sebenar-benarnye...
alhamdulillah...