Sunday, August 10, 2008

Hidup Semestinya Bagai Air

Kali ini ana ingin sedikit berkata tentang kehidupan. Kehidupan zaman sekarang yg semakin sakit dibuatnya. Sakit hati, sakit mata, sakit telinga, dan bermacam2 lagi sakit yg semakin menular dlm diri ini. Mengapa dgn kehidupan? Apa kaitannya dgn air yg sentiasa mengalir? Seperti biasa, ana mengajak pembaca semua buka minda seluas2nya..

Hidup ana ingin ibaratkan di sini sebagai air yg mengalir jernih di dasar sungai, mungkin longkang ker,parit atau sebagainya.Dari hulu ke hilir, bergerak dgn deras. Janganlah sesekali mencuba untuk menyumbatnya. Apa jadi kalau kita sumbat? Air bertakung akan mambangkitkan bau busuk. Yeker? Tak caye pegi bukak tgk air yg bertakung kt tempat anda qadha' hajat. Tak ker mengancam bau dier.


Apa pulak kaitan dier dgn kehidupan? . Baiklah, sebagai ummat islam, kita dituntut supaya sentiasa bergerak dlm kehidupan.Bukan sekadar untuk kehidupan kita, bahkan untuk kehidupan org lain juga. Kata Asy Syahid Syed Qutb:"Siapa yang hanya memikirkan dirinya sndiri, dia akan hidup sbgi org yg kerdil dan mati sebagai org kerdil.Tapi, siapa yg memikirkan org lain, dia akan hidup sbgi org besar dan mati sebagai org be
sar."

Jika ikutkan kata2 Syed Qutb td, tak ker malang org yg hanya hidup memikirkan tntg diri sndiri semata2? Memang sungguh
malang bagi mereka yg hidup tanpa memberi makna kebaikan bagi orang lain, lebih lagi jika kehadirannya hanya menimbulkan masalah. Sebab itulah org cerdik pandai mengatakan orang yg unggul adalah org yg memberi manfaat kpd orang lain. (dalam hadis nabi ade jugak sebut kot, tapi x jumper pulak. Dah luper)


Ader gak hadis Nabi yg mengatakan lebih kurang begini:
المؤمن كالغيظ أين وقع نفع
Maksud: Orang Mu'min itu ibarat hujan. Kemana dia pergi ia bermanfaat.

Jadi, berbalik kepada analogi td, kehidupan ibarat air mengalir. Sejauh mana air yg mengalir itu dpt memberi manfaat kpd org ramai. Adakah mampu memenuhi suatu keperluan org ramai ataupun hanya merupakan banjir besar yg hanya membawa malapetaka kepada mereka yg menghadapinya..?? Aliran air yg jernih dan mengalir selalu secara berterusan memberi kesejukan kepada mata yg memandang, memberi kesejuka kpd hati jika dirasa, dan orang selalu merindukan kehadirannya. jadi, mana satukah kita dlm kehidupan?


Kehidupan yg kita lalui juga perlu lah begitu, seperti air yg berterusan mengalir dlm masa yg sama memberi faedah kpd org ramai. Jangan biarkan air itu terus mengalir kosong, tanpa sebarang manfaat. Tak ker rugi? Tidaka guna juga jika air itu sahaja yg bersih dr segala kotoran, tetapi tidak mampu untuk memberikan kebersihan itu kpd bende lain. Maksudnya dlm kehidupan, mereka2 yg hanya baik sndiri2 sahaja (ini lah kot perkataan yg sesuai) tanpa memikirkan org lain di persekitaran yg semakin teruk. Ana paling benci mereka yg berada di golongan ini. Begitu banyak sekali mereka2 ini di tempat ana belajar sekarang. Sungguh memeningkan kepala. Jadinya, terpaksalah ana sendiri mengorbankan kejernihan ana untuk membersihkan org lain.(bagi mereka yg fhm).

Jadi, apa yg ana nk tekankan disini ialah sekali lagi ana ckp, mereka2 yg hanya memikirkan diri sndiri ini tiada gunanya hidup kt dunia nih. Lebih2 lagi yg hanya penyemak yg menimbulkan kekecohan dn masalah yg x henti2. Cukuplah menjadi air yang kotor yg menimbulkan kebencian org ramai, bahkan mungkin akan menyebarkan penyakit kpd org lain. Cukup jugalah menjadi air yg hanya tahu diri sndiri yg bersih, tetapi hanya mampu melihat org2 lain yg kotor yg sememangnya mahukan kpd kebersihan, tetapi tiada peluang untuk membersihkannya tanpa air yang bersih.

Jadilah seperti air yg mengalir............

(apa yg ana tulis tntg mereka yg baik sndiri2 tuh harapnya adelah org terasa, kerana kalau x terasa cmner lah nk berubah... yer tak?)




.

No comments: