Tuesday, October 21, 2008

Imtihan Datang Lagi..!!


Wah2!! Pejam celik, bangun tidur, tengok2 dah nak imtihan sekali lagi.. waduh2.. susah betul lah dengan tetamu satu ni yang kembali semula dengan pantas dan cepat.Rasanya baru semalam ana menulis Perikse Oh... Perikse. Datang selalunya mengejut (walaupun sebenarnya dah bagitau awal2 kt dlm takwim). Yang penting, hari raya yang baru beberapa hari datang dan rohnya yang masih hangat menjadikan lagi 'ketidak undangan' tetamu yang satu ini. Lebih2 lagi diberi rehat seminggu.. Perghh! sengaje memadamkan semangat berkobar2 untuk imtihan. Nampaknya, imtihan kali ini memang hilang rohnya.. kui kui kui..

Walaubagaimanapun, ana tetap mahu mewujudkan susana imtihan dalam diri ini dengan mewujudkan post yang agak berkaitan dengan imtihan. Mungkin hanya sedikit repekan meraban dari ana sempena dah nak periksa dan juga musim raya, ditambah lagi dengan prestasi Tottenham Hotspurs yang x menentu, maka post ini tak sehebat mana. Namun, bagi mereka yang sentiasa menghargai repekan ana di setiap post, bolehlah terus membacanya.. seperti yg lps..




--------------------------------------------------------------------------------------------------
Imtihan, sebuah perkataan yang sering dinanti2kan oleh guru, namun tidak sama sekali bagi pelajar2 yang seperti ana. Bagi ana, perikse ataupun dalam bahase arab,imtihan ini (ana akan gunakan imtihan sampai ha
bes post) merupakan suatu musim yang di mana hanya menghitung hari penghabisannya. Ibarat orang2 yang jahil menghitung hari di bulan Ramadhan mahu meraikan raya, seperti itulah ana..bahkan mungkin lebih lagi.

Bila perkataan imtihan menjelma, pasti muncul pula 'belajar' dalam benak kita. Dua perkataan yang tak dapat dipisahkan.Inilah yang menyebabkan imtihan ini terlalu berat bagi ana. Bukan kerana tak suka atau takn
ak belajar. Malah nabi sendiri menyebut:

طلب العلم فريضة على كل مسلم

Maksud: Menuntut ilmu itu satu kefardhuan atas setiap muslim.

Tapi, nak setiap kali buku dibuka, pasti ada berbagai halangan yang timbul. Memandangkan terdapat kajian yang mengatakan mendengar muzik yang perlahan contohnya kitaro dapat memudahkan ilmu m
asuk, maka ana pun cuba mempraktikkannya dengan menikmati lagu Al-Husayyan di ahadapan komputer sambil belajar. Namun, sudah lumrah alam, kalau orang macam ana nih berada di hadapan komputer memang susah nak belajar. Dengan soalan2 di forum2 yang ana sertai dan juga pembaca2 blog yang semakin galak menerjah ana dengan soalan bertubi2 melalui PingBox, sehinggakan Rukun Islam pun ada yang tanya dengan ana berapa.. Perghh.. . Maka, bukuku yang malang pun ditinggalkan begitu sahaja. Kalau berkesempatan dan mood ana baik, ana pun tutuplah die. Hakikatnya, sampai sekarang persediaan untuk imtihan masih belum bermula walaupun imtihan semakin mengejar ana.. Wah2!!..




Berbalik kepada imtihan.... pokoknya sekarang , anda ana sarankan pergilah ke post Perikse Oh Perikse . Bukan ape, selalunya kalau mereka yang tak berape faham akan bahase pelik ana nih akan lebih faham jika rujuk post2 yang terdahulu.

Ana mulakan dengan satu soalan yang dilontarkan oleh seorang member yang dalam bab ini dia bertanya kepada ana: "Naqib, macam mana nak bangkitkan semangat belajar yang menurun waktu periksa nak dekat?"

Perghh.. bile tgk soalan nih mula2 (kt YM), rasa mcm nak gelak pulak.. Ada ke panggil ana naqib... Tapi yang penting persoalannya.. Cara nak bangkitkan semangat belajar? Entah, ana pun tak berapa mahir sangat dalam pelajaran ini, tapi kalau nak kongsi pengalaman bolehlah.. Kalau nak tanya cara ana belajar, sempoi je.. Anda jugak yang tension nanti..


Sekadar berkongsi satu kata2 yang ana peroleh dari seorang senior dari sekolah dulu..


الدرس هو الطاعة الله

Belajar adalah keta’atan kepada Allah


Sungguh indah frasa ini kalau anda semua hayati dan renungi..Sebuah kalam yang menyentuh hati (bagi ana) walaupun ringkas dan pendek.. namun membawa erti yang amat besar dlm kehidupan. Baiklah... kita renungi betul2.. Jika anda semua dapat makna dan apa yang ingin disampaikan, pasti anda semua akan dapat suatu apa yang dikatakan sebagai motivasi untuk belajar dan sentiasa bersedia untuk imtihan.



Bagaimanakah penghayatan terhadap perkataan yang pendek ini boleh menyebabkan diri berasa senang dan ringan untuk belajar? Seperti yang ana katakan tadi, ia ada menyentuh soal aspek hakikat hidup. Hakikatnya, segalanya tentang kehidupan ini ditentukan dan diciptakan oleh Allah.Begitu juga peperiksaan, tekanan, pelajaran, dan sebagainya. Maka barangsiapa yang belajar dalam ketaatan dalm belajarnya dengan penuh rasa khusyu' dan rasa kasih dan sayang serta cinta kpd Allah, ketika itulah segalanya2 tentang pelajaran menjadi senang. Apalah sangat sebuah yang dinamakan medan peperiksaan yang sangat kerdil bagi Allah yang Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu.. Maha Suci Allah...


Menyentuh kepada periksa, selalunya ia digambarkan sebagai suatu musim yang amat menakutkan.... kertas OMR, kertas soalan, mata guru pengawas yg amat tajam, ditambahi lagi dengan soalan yang memeningkan kepala, perghh.. memang bayangan yg ngeri bagi kebanyakkan pelajar.. Tapi, ana sebenarnya masih tak faham, apalah sangat periksa ini? Perkara ini sebenarnya dah sebut dalam entry yg lepas, tp untuk berkongsi pengalaman... Mengapa perlu takut?

Mengikut pengalaman ana yang x seberapa ini, sejak dari darjah satu.. sehinggalah sekarang... hehehe... dari pemeriksaan ana, mereka yg sebok2 dengan peperiksaan, mereka yg merupakan pelajar yg sering menghadap buku setiap kali peperiksaan menjelma, mereka yang tak online YM semasa musim peperiksaan melanda (maknanya tgh sebok ulangkaji), mereka2 inilah yang sering apa orang cakap sebagai "below expectations" bila keputusan keluar.. hahaha... bukannya apa, tapi ana juga antara orang2 yang 'anti' dgn golongan yang "semangat perikse" ataupun mereka2 yang belajar die extra sket waktu perikse.. Ana belajar waktu perikse dengan tak sama je.. Dan keputusan... agak memuaskanlah..الحمدلله


Sebenarnya, ade satu rahsia, yang mana membuatkan ana sentiasa merasakan senang dan rilek apabila periksa mula menjelmakan diri dan berjaya mendapat keputusan apa yg dianggap sebagai memuaskan dgn usaha yg tak seberapa. Meskipun tidak mendpt tmpt pertama, kira memadai dengan usaha seorang pelajar yg malas mcm ana nih.. Bukanlah rahsia sebenarnya, bahkan memang dah terpampang di dalam sebuah mashaf yg mana dipunyai oleh rata2 ummat islam hari ini..

Firman Allah:

اءن تنصر الله ينصركم

Maksudnya:"Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu"

Jadi, pokoknya sekarang hanya berkisar kpd satu perkataan sahaja iaitu, DAKWAH! Betul.. tepat sekali.. Bukan mahu anda semua meninggalkan terus segala usaha2 yg menuju ke arah kecemerlangan untuk mndpt keputusan dlm peperiksaan, bahkan setiap hari lima kali kita diserukan dgn panggilan menuju kejayaan... Tapi, mahu anda semua fikir, tiada maknanya jika kita yang telah sekian lama berkecimpung dlm bidang dakwah mengabaikannya ketika musim peperiksaan.. Apa sangatlah peperiksaan itu berbanding dakwah yg kita bawa? Tidak percayakah dgn janji Tuhan?

Jadi, kesimpulannya, ana sebagai seorang muslim ana memang berpegang sepenuhnya kepada ayat Al-Qur'an diatas.. Itu yg sebenarnya jika dilihat usaha ana ketika peperiksaan langsung tidak memadai dgn keputusan yg keluar.. Itulah yg dinamakan sebagai janji Tuhan..


(post ini sebenarnya sudah lama terperap dalam draft kt dlm blogger, cume tunggu mase yg baik untuk dipublishkan....ditaip hanya untuk mencetus semangat kpd diri untuk belajar untuk hadapi peperiksaan. Tapi, nampaknya segalanya jadi susah apabila dah berada depan komputer.. hahaha.. nasiblah buku2 ku yang kusayang.. nanti kalau berkesempatan aku selak2lah sikit sekadar bertanya khabar.. wakakaka..)

8 comments:

Ateey said...

''Maka barangsiapa yang belajar dalam ketaatan dalm belajarnya dengan penuh rasa khusyu' dan rasa kasih dan sayang serta cinta kpd Allah, ketika itulah segalanya2 tentang pelajaran menjadi senang.''

sgt2 tersentuh dgn ayat ni!

entahlah..sebelum ni ana pun tak pasti belajar sebab apa.. tapi yg penting kene score..~ ana selalu lupa yg Allah sdg melihat hamba-Nya..sometimes bila bangun pagi.. lebih utamakan belajar dr tahajjud..

neway i will try to do my best in improving my imAN!...inSyaAllah!

thAnks Again 4 dis post..
keep up the good work..God bless u.

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

SYukran atas komen yg ikhlas.. suatu yg jarang dpt oleh "pembaca2 senyap" blog ini..

Tentang frasa td, ana sedar setelah seorang senior memberitahu ketika sekolah menengah "dulu".. mungkin setinggi2 kepujian harus ana sampaikan kpdnya..

Anonymous said...

betul x kalau ana cakap nak jadi seorg yg baik tu susah?

or did u find it eaSy?

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Apakah yg anda katakan ya anonymous? Adakah kene mengene dgn ana? hehehe.. perasan lebih.. A'la kulli hal, baik itu bergantung kpd diri sendiri dan tolong bgtau ape kene mengene dgn post ini... syukran

Anonymous said...

rilek a.tu pun nak mara ke.

okla.nice post. teruskan menulis. dah lame ana tak nampak post baru!!

cik santun said...

salam..

aishhh pos yg ni... jln2 ke blog org nk cari mood baca buku.. baca pos ni, lg bertambah kemalasan ada laa...

adehhh... hehe betul la.. dakwah takleh tinggal.. baca buku, nk dpt ilmu untuk berdakwah juga takboleh tinggal.. tu semestinya =P..

Anonymous said...

imtihan tu ape ye? bole sy taw?

Anonymous said...

imtihan = peperiksaan