Tuesday, December 23, 2008

Pandai, atau Soleh?

"Saya berhasil mendidik orang yang cerdas, tapi saya belum berhasil mendidik mereka menjadi soleh.”

Tersebut ialah satu perkataan yang terucap keluar daripada seorang tokoh endon bernama Nurkhalis Saleh tak berapa lama sebelum malaikat maut mencabut nyawanya yg byk disumbangkan untuk agama Allah..

Jadi, memandangkan sekolah2 seluruh Malaysia akan membuka tirainya tak berape lama lagi, tambahan pula sudah ramai budak2 sekolah yg semakin memenuhi ruang pasaraya bersama mak bapak yg sebenarnya risau duit poket mereka habis dek barang2 baru anak2 mereka, maka rasanya elok ku timbulkan post ini...

Mengulas mengenai perkataan di atas bukanlah benda yg mudah pada zaman sekarang, walaupun hanya perkataan yg ringkas pada pendengaran, namun bagi mereka yg melihat dengan mata hati ia mempunyai 1001 makna yang semestinya amat berkait rapat dengan dunia ini yg bagiku semakin tidak menentu..

Bermula dengan adikku yg boleh dikatakan berjaya mengecapi nikmat 5A dalam peperiksaan UPSR.. Fullamak.. bukan main suka lagi dia apabila banyak mendapat pujian serta hadiah.. Semuanya daripada orang luar, sedangkan mak aku hanya ucap alhamdulillah sujud syukur.. Malah, mak aku risau dan sedih melihat adikku dipuji2 oleh orang lain.. Bagi anda mungkin pelik, kenapa mak begini.. Mak aku sebenarnya risau yang adikku naik martabat ujub serta riak tak lupe juga takabbur.. Mak aku terangkan kat aku lagi, 'orang perempuan ni hati dia lain.Kalau dapat pujian mesti rasa bangga yang teramat'. Secara tak langsung aku dapat tahu yang orang perempuan ini suka riak.. (hahaha.. akhowat di luar jangan marah! ini perkataan mak sendiri). Ini kerana adik beradik aku hanya terdapat seorang perempuan.. Dan peristiwa ini banyak membuka minda aku sebenarnya..

Ianya menunjukkan betapa masyarakat sekarang ini meletakkan agama itu dalam kehidupan mereka. Mungkin sekali ramai yang tidak perasan, tapi adalah amat tersisih agama ini pada pandangan masyarakat..Sebagai contoh paling senang..

Ramai orang akan bertanya kepada anak2 rakan mereka atau saudara mereka yang darjah enam "UPSR dapat berape?" Namun tak ramai yang tanya PSRA (kalau Selangor, kalau negeri lain bergantung kpd jabatan agama negeri) dapat pangkat ape.. Ntah2 ramai yang tak tahu kewujudan periksa agama ini..

Dan, banyak hadiah yg akan diterima oleh mereka yg dianugerahkan 5A dlm UPSR, namun berapa ramai yang dapat hadiah disebabkan dia mendapat Mumtaz dalm peperiksaan agama?(PSRA jika Selangor, yg lain bergantung kpd jabatan agama negeri yg berkenaan)

Anda akan disoal bertubi2 apabila anda mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan memutuskan untuk terbang ke luar negeri menggunakan biasiswa JPA ataupun MARA untuk belajar perubatan, namun jika anda berkata anda mahu menyambung ke tingkatan6 bagi mendapatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), maka itu adalah jawapan kepada soalan terakhir yg diajukan kpd anda..

Mungkin anda berasa ini ialah biasa, namun ia sudah cukup menunjukkan betapa materealistiknya masyarakat kita yg semakin menjadikan agama itu sebagai hanya sampingan kepada hidup sahaja.. Dalam hal ini, sebenarnya peranan mak bapak itu sendiri amat penting. Tanya saja berapa ramai yg menyuruh anak mereka mendalami agama, yang hanya tahu cemerlang akademik dan belajar bersungguh2.. Sekali lagi, agama itu ibarat sampingan semata2..

"Ntahlah.. mak saya pentingkan akademik. Saya terpaksa ikut jelah.."

Bukannya satu atau dua kes yang mana ana dapat jumpa mereka yang terpaksa bertarung dengan mak bapak sendiri dalam kehendaknya untuk menjerumuskan diri dalam bidang agama. Ada yang dilihat berbakat besar dalam bidang ini, hanya meninggalkan untuk mengecapi kenikmatan akademik.. Bukannya tidak mahu ada sesiapa mengambil akademik, lantas itu dalam tempoh 20 tahun lagi tiada doktor2 yg bertugas di hospital kerana semuanya hanya mahir agama, tetapi cukup geram dengan penerimaan masyarakat terhadap mereka yg cemerlang dalam agama berbanding yg cemerlang dalam akademik..

Lebih2 lagi sekarang ibu bapa sudah pandai mecampakkan anak2 mereka ke arah yg bertentangan, maksudnya jika anda lihat, ibu bapa sekarang, jika anak mereka jenis pandai2 yg genius2, maka hantar ke sekolah yg cemerlang akademik dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan mereka. Manakala jika ada anak mereka yang agak2 bodoh2 ubi, maka terus dicampaknya ke mana2 pondok untuk mendalami ilmu agama.. Katanya jika dah bodoh pergilah belajar agama, yang pandai belajar akademik.. Jadi, maknanya dalam masa 20-30 tahun lagi yg menjadi mufti2 atau imam2 adalah di kalangan mereka yg bodoh? Ke mana ummat islam yang genius? Itu semua hanyalah melihat agama dari tepi mereka secara jeling2 sahaja.. Mengapa tidak yg genius2 dan cerdik serta pandai ini dimasukkan ke dalam bidang agama? Bukankah menjadi sumbangan yg besar kpd islam? Tunggan terbalik dunia ini dibuatnya.. Aiiiyyy...

Anda mungkin berfikir saya hanyalah pandai membuat andaian2 kosong yg tidak berasas belaka.. Dengan menemui satu atau dua situasi, maka cepat shaja otak si Alfateh ini berfikir bukan2..

Sejujurnya semua ini pernah diakui dan diperkatakan sendiri oleh seorang mak bapak kepada saya dan dengan bangganya mempertahankan prinsip 'bodoh untuk agama, genius untuk akademik' itu.. Jika tidak kerana kesabaran yg tinggi, sudah lama buku lali ini berfiosil di pipinya.. Bukan sahaja mak bapak, bahkan pernah member rapatku sendiri yg menyatakannya... Siap mengutuk2 si Ketua Peajar sekolahnya yg menyambung pelajaran ke STAM..

Bagaimana rasanya islam nak tertegak di muka bumi ini dengan reaksi dan sangkaan masyarakata seperti itu? Adakah terjamin untuk zaman kita terdiri daripada generasi yg membantu ke arah kemenangan islam yg memang sudah dijanji? Aduhai.. Masyarakatku..

Akhir kata, "cerdik/genius/cerdas/pandai itu tidak bererti jika anda tidak alim agama.. sesungguhnya sebaik2 kamu ialah mereka yang belajar AL-QUr'an dan mengajarkannya.."

5 comments:

jelikweyh said...

pemikiran masyarakat kita masih lg sempit ...
bknkah ilmu allah itu luas ...

p/s : tahniah utk adk yg dpt 5A tuh ... belajo kt mn2 pn sm jerk tp b'gantung kpd cr bw diri ...

SirAlep said...

"Ntahlah.. mak saya pentingkan akademik. Saya terpaksa ikut jelah.."
Terasa dai.

Keadaan dunia sekarang memang terbalik.
Orang yang buat kerja agama, dipinggirkan.
Orang yang mengejar dunia, disembah-sembah.
Perancang Yahudi Nasrani Laknatullah selama beribu-ribu tahun akhirnya telah tercapai.
Agama tidak dianggap penting dalam hidup.
Malah dianggap tidak perlu.
Agama boleh dipisahkan dari urusan dunia.
Padahal sepatutnya seluruh kehidupan kita bersandarkan pada agama.
Wallahu'alam

Anyway, good post.
Tanye kat adik tu nak hadiah lagi x?
Hehe..

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

ghost_Mar:
bukan sempit, tetapi tak pandang penting akan agama, agama dilihat sebagai selekeh dan sesuai untuk budak2 bawahan je.. "sape kate budak alhafiz kolot?", itu perkataan keramat.. haahaha..

SirAlep:
Bukan anta saje.. ramai lagi ndai.. apepun, anta faham dan semoga kefahaman itu menunjukkan prinsip anta.. x gitu??

Mak ana x bagi bagi hadiah kt adek ana.. heh.

Tawel Sensei said...

Bagi saya, tiada istilah "orang bodoh". Mereka cuma tak berada di tempat yang betul. Ada orang mungkin tak dapat keputusan SPM yang bagus, tapi skill dia dalam hal-hal mekanikal, elektrik dan elektronik, ada yang mengalahkan lepasan ijazah dalam bidang tersebut.

Yang penting tanya anak tu sendiri apa minatnya. Kalau minat agama, biarkan dia ambil agama. Jangan paksa dia buat sains. Begitulah sebaliknya.

Anonymous said...

implikasi dari sisitem pendidikan @ malaysia....dasar sekularisme and materialisme....islam itu tinggi...tibe-tiba teringat halaqah ngan ustazah time syariah islamiah mengenai golongan protase...masih ada golongan ber IQ tinggi yang menaikkan islam..