Wednesday, December 31, 2008

Itulah mereka.. Kita?


Pada mulanya sedikit malas, bukan apa. sudah banyak yang mengulas, malah terasa diri ini langsung tak layak untuk menyentuh pasalnya dek kerana teruja dengan ulasan2 lain, namun begitu, semakin lama semakin ramai yg mengasak.Katanya nak lain daripada yang lain. Huh! Tiada lainnya.. Namun sebagai penulis blog rasa tak sampai hati pula mengecewakan, maka saya pun membuat keputusan menulis apa saja yang hendak ditulis tentang situasi ummat islam sekarang yg genting sudah tentunya di GHAZZA..

Maka, dengan keputusan undian memihak kepada penggunaan 'SAYA', maka dengan ucapan terima kasih kpd sesiapa yg sudi mengundi, bermulalah saya menulis.. (erk.. masih x biasa)

(Anda dinasihatkan membaca sambil mendengar samada lagu dr youtube di atas ataupun Try Not To Cry drpd iPod di sebelah)Terdengarlah kita akan segala suara2 sumbang mengutuk, mengeji, malah carutan juga tak kurang kedengaran. Sambutan Maal Hijrah ummat islam telah dicalarkan! Bagaimana ini sudah berlaku. Sehingga kini redha masih belum kunjung tiba. Entah bila.. Dari berbagai tempat, sudut dan situasi, kutukan demi kutukan terus dilontar.. Entah kepada siapa. Ada yang mensasarkan Ehud Olmert, Perdana Menteri Israel yang durjana itu, ada juga yg menelunjukkan jari hantunya kepada Presiden yg belum lagi memegang apa2 kuasa lagi iaitu Si Hitam... Tak lupa juga yg masih mengenangkan 'jasa' manusia bernyawa liat yg x guna, Ariel Sharon.

Maka berkata diriku.. (eh! saya..) "ya! kutuklah lagi.. kutuklah lagi! Lagi!! Lagii!!"

Maka, dengan kutukan itu, teruslah si sengal Zionis menjadi2 membantai penduduk Ghaza yang lemah tak berdaya kesan blockade yang telah dijalankan setahun yang lebih.. Selama setahun bantuan tersekat, makanan, minuman, langsung tak mencukupi, maka genap setahun ranaplah Ghaza.. Ya! bersama teriakan kutukan dari seluruh dunia tadi..

Argh! Zionis.. Apa yanng mereka tahu dengan kutukan? Bukankah memang sepanjang hidup mereka disaluti dengan kutukan. Bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".. Ya, itulah Zionis.. Lalu, apa gunanya mengutuk, mencela,mencaci, mencarut sekalipun menggunakan bahasa yg murni (seperti saya). Adakah menharapkan kutukan itu menggoncang perasaan perasaan sang Serigala? Jeritlah kutukan ana sekuat hati, sekalipun bergoncang lalu pecah gegendang telinga mereka, nescaya selagi tidak kehabisan peluru akan dimuntahkan semuanya.

"Apa yang dibenci sangat kau ni pasal orang mengutuk? bIarlah mereka? sekuarang2nya bersuara juga.." begitulah yg menerjah layar benak anda.. Ya semestinya bengang..

Tanpa ada seorang pun yang mengetahui, seminggu sebelum serangan dilakukan sebenarnya sang Zionis jahanam sudahpun meminta restu dengan negara sekutu mereka. Jadi, bila serangan dilakukan semestinya bermakna restu sudah diberi.. Oh! mengapa anda tidak perasan sama sekali..

"Apa kena mengenanya dengan kebencian terhadap kutukan.." soalan cepumas berlegar lagi.. waduh!

Benci kerana baru sekarang anda mahu mengutuk! Benci juga kerana baru sekarang baru anda perasan! Benci juga baru sekarang anda baru sedar! Apabila dah diserang baru mahu melihat, baru mahu ambil tahu, baru mahu memekik,melolong,mengutuk sana, mengutuk sini.. Tidakkah langsung dia sedar akan kewujudan Zionis laknat ini sememangnya dah lama.. Kenapa baru berusungguh2 lontarkan mebencian hari ini? Jelas nampak yg baru sekarang perasan akan hakikat Zionis dan Palestin.. Mungkin juga tahu sebelum ini, tapi hanya menmandang sebelah mata.. Negara orang katanya.. bukannya Malaysia..

Tambah lebih lagi apabila pemimpin2 negara 'islam' langsung hanya mengambil tindakan berbincang dengan Amerika Setan.. Katanya berunding untuk pujuk sang pengikutnya itu Zionis supaya berhanti.. Sengal! Saya sejujurnya teramat pelik.. Sudahlah Ghaza disekat bantuan sejak setahun lalu, diserang pulak lagi.. Mahu pula harapkan Amerika Setan itu membantu.. Wei! pemimpin islam.. Bangunlah! hang tuh pemimpin.. kami ini memang layaklah hanya sekadar menghantar memorandum kepada kedutaan sahaja KERANA KAMI TAK PUNYA KUASA.. Yang ada kuasa itu masih lagi mengharapakan Amerika Setan itu.. Jika Amerika mampu kerahkan segala anak mudanya untuk pergi ke Iraq, mengapa Malaysia tidak sahaja megerahkan anak2 muda islam untuk dihantar ke sana.. Sebetulnya bukan megerah, tapi membuka peluang..

Ketika ini barulah kita dapat lihat siapa yang hanaya berani terpekik melolong di kedai2 kopi mahpun di konti Radio ataupun pejabat Perdana Menteri dan siapa pula yg berani betul2 untuk menolong.. Jangan hanya tahu megutuk sahaja! Bantulah..! Adakah semua yg mengutuk itu berani untuk pergi jika dibuka peluang.. Huh! berani cakap saja.. Tambah satu lagi point pembencian terhadap sang pengutuk.Cerita lebat saja.

"Setiap dosa yang dilakukan oleh ummat islam di seluruh dunia menyebabkan kelambatan pembebasan Palestin!"

"Mengarut saja", benak salah seorang daripada anda menelah.. Bukan mengarut, namun hanya menciplak mutiara2 daripada seorang Syeikh di Mesir yg disampaikan oleh seorang akh.. Arghh! Benar2 menusuk kalbu.. Benar2 mengena.. Hati gundah. Seluruh ummat islam memainkan peranan, dan pastinya anda semualah yg menyebabkan mereka bertambah sengsara. Amerika dan Zionis? Itu memang sudah menjadi fitrah semulajadi mereka. Tak payah disebok2 lagi. Yang penting kita.. Ya! Kita.. Seluruh ummat islam.

"Jangankan anda menyangka kami ini mengharap duit2 anda semua, harta2 anda, asset anda serta baju2 anda.. Itu semua bukan apa yg kami harapkan dan kami tidak pandang sama sekali.. Apa yang kami harap sampai kepada kami hanyalah kain2 kafan daripada kamu"

Teruskan perjuangan ini ya mujahid,
walau nywa melayang,
kau tetap hidup di hati,
doa kami mengiringi jasadmu,
hati kami bersama bumi Palestin.

Usah ditakuti mati itu kerana mati itu pasti,
kaulah hero kami,
kerana kau tak takut mati,
kau tak takut apache dan F-16,

Perjuangan jihadmu bersam Allah,
Palestin milik Allah,
Allah berkuasa mutlak ke atasnya,
jihadlah sepenuh hati,
kami tahu kau tak takut mati.

Hai komuniti dunia,
hai PBB,
Hai OIC,
apakah kalian ada mata tapi buta?
apakah kalian ada upaya tapi tak terdaya?

Bantulah mereka walau hanya doa sesaat,
bantulah pejuag mujahid ini,
kerana merekalah yang mempertahankan Al-Aqsa,
kerana merekalah penjaga maruah umat Islam kini,

Di mana Mahmoud Abbas???
Di mana Salam Fayyed???
Di mana tentera Fatah???

Kenapa hanya ada Ismail Haniyeh???
Kenapa hanya ada pejuang HAMAS???

Teruskanlah berjuang kalian semua,
Teruskanlah perjuangan suci,
Lailahailallah
Wa asyhaduannamuhammadarrasulullah
Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Uh!! La Tahzan ya Ghaza!! Ma'akallah...


4 comments:

Anonymous said...

Tanpa ada seorang pun yang mengetahui, seminggu sebelum serangan dilakukan sebenarnya sang Zionis jahanam sudahpun meminta restu dengan negara sekutu mereka. Jadi, bila serangan dilakukan semestinya bermakna restu sudah diberi.. Oh! mengapa anda tidak perasan sama sekali..



assalamualaikum...
minta restu dr negara sekutu...
negara sekutu palestin atau israel...??
maaf andai trsilap brtnya..
tetapi mngkin ana antra org jahil yg dungu..
masih bntu dgn peristiwa itu..

manusia d0doL... said...

owh betul jugak...

sedangkan kat malaysia pun org Islam saling kutuk-mengutuk, gaduh...

huh,, politik...p0litik...

'ibadurrahman said...

satu pendapat yang sngat matang... moga2 segera membangkitkan semangat para mujahid..

doakan agar suatu hari nnti kita dpt berjuang dalam satu saf supaya "kita dan mereka" seiringan....

wassalam,

NahnuNasrullah said...

to Anonymous :

Sekutu Israel sudah tentunya..
Apabila namanya pertanyaan, tiada apa yg salah.. Harapnya kebuntuan terpecah..

------------------------------------------
to manusia d0d0l:

betul..betul..betul...
Adat resam politik.. sebenarnya tiada kene mengena dgn post ini.. Bagaimana anda memandang sebegini jauh?

------------------------------------------
to 'ibadurrahman:

Ameen......