Wednesday, January 7, 2009

Kata-Kata itu lagi...

Dan itulah dia.. Seperti juga dulunya, sebelumnya, di mana2 sahaja.. kata2 itu..

"Kita memang tak menggalakkan percintaan di alam persekolahan kerana ia akan menganggu pelajaran..."

Sejujurnya aku sebagai seorang pemikir agak tidak gemar (sebetulnya tidak gemar langsung) akan kata2 ini. Mengapa? Kerana aku juga bercinta? Satu merepekan yg tidak berasas langsung. Bukan kerana itu. Ya, jikalau itu, apa yang tidak dipuas hati oleh seorang 'aku' ini? Ada salahkah dalm kata2 tadi.. Sudah semestinya jika ianya sepotong kata2 yang tidak berlandaskan Al-Qur'an atau hadis, maka ianya tidak mutlak akan betul dan salahnya.. Jadi, mungkin juga ada yang betul, namun ketidakpuashatian itu memang bersarang sejak dulu lagi dengan ucapan lazim ini.. Mengapa?

Pertamanya, memang tidak dapat disangkal akan kesan percintaan dalam alam pembelajaran akan selalunya memberi kesan yang buruk dalam prestasi.. Namun, satu kajian membuktikan bahawa kesan yg buruk dalam pelajaran kebanyakkannya hanya melanda lelaki, manakala ia memberi kesan sebaliknya terhadap perempuan. Iaitu kajian itu menunjukkan perempuan di Univ yg menjalinkan hubungan kebanyakkannya graf semakin menaik.. "Mad nih macam menggalakkan akhwat bercinta je.." satu lagi repekan yg langsung tak berasas.. Cumanya hanya menerangkan antara penyebab ketidakpuashatian aku terhadap ini.. Tapi, ini bukanlah yang penting nya..Anda mahu tahu, sudah tentu teruskan membaca..

Yang keduanya, asbab percintaan sebelum berkahwin umumya dan ketika belajar khususnya menjadi tidak wajar ialah bukannya disebabkan kesan atas pelajaran individu itu sendiri, tetapi lebih daripada itu lagi.. Apa sebab yg lebih daripada itu? sudah tentulah ianya adalah larangan secara terang2an daripada Allah, Tuhan kita semua yang wajib diikuti.. Tidak cukupkah ini sahaja satu sebab yg konkrit menjadikan ianya suatu yg langsung tidak wajar iaitu percintaan sebelum berkahwin?

Ya, aku bukannya tak faham ummat sekarang, susah nak terima.. Ye, selagi tiada dalil 'aqli, seboleh2nya amat susah nak terima.. Ya, aku tak kesah jika frasa ini digunakan untuk sekolah2 kebangsaan. Sudah tentunya apabila dicakap, "ianya haram.. Allah berfirman dlm Al-Qur'an surah Al-Isra'a ayat....(bla..bla..bla..) sure konpem 200% tiada siapa yg mahu menyerap hujah ini ke dalam hati mereka.. Tapi, ape cerita jika alasan "ganggu pelajaran" ini juga digunakan untuk sekolah agama?

Ya, jika minggu orientasi tentunya ramai pelajar baru, perlunya bercakap mengikut kefahaman, tapi apa salahnya jika tidak mengatakan skali hujah naqlinya? (Wah, Alfateh kedengaran syadid dlm perkara ini! hehehe)Mungkin sekali aku sedikit syadid, namun perlunya diberitahu bahawa percintaan bukannya dihalang sebab mutlak ia menganggu pelajaran.. Ianya seperti "siapa yg bercinta, tetapi berjaya mengawal dn mempertingkat pelajarannya, percintaan itu dibolehkan".. Seperti juga pengharaman babi.. Jika anda mengatakan ianya haram sebab kotor, jijika, malah memudaratkan kerana membawa penyakit, maka babi-babi di negara2 maju menternak menggunakan teknologi moden.. Kandang mereka bersih, kuman tiada, maka adakah boleh babi itu dimakan oleh org islam, dlm ertikata lain halal?? Kedua2 situasi ini lansung tiada perbezaan.. Ianya suruhan Allah, maka sebagai seorang hamba wajib mengikut.. Apa masalahnya?

(wah! blogger lain bertungkus lumus sehingga terpecik air peluh ke monitor menulis tentang Ghaza, aku pula menyimpang bab lain.. Tak mengapa.. "fatuba lilghuraba'..".. Bukankah begitu?)

3 comments:

CaPiQuE said...

x paham sangat la post anta kali nie?

hamba Allah said...

salam,

ana pun agak kurang faham tentang post nie.. boleh nta terang secara detail ke.. biar orang boleh faham mesej yang nta nak sampaikan..

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Oh! susah nak faham ye.. maaf, bahasa tinggi sangat (kononye lah) hahaha..

Apa yg nak disampaikan di sini ialah..

-couple itu salah bukan kerna ia menganggu pelajaran, tapi ia memang telah dilarang oleh Allah.

-apabila dikatakan couple itu dilarang kerana ia menganggu pelajaran, maknanya pasangan yg bercouple tanpa menganggu pelajaran, maka couple itu tidak bersalah lah ..

-sama dengan haramnya khinzir. Ia haram bukanlah sebab ia kotor, memudharatkan kesihatan, banyak kuman dan sebagainya.. tapi kerana ianya telah diharamkan secara mutlak oleh Allah.

-Sama seperti tadi, kalaulah ditakdirkan saintis telah berjaya mencipta satu vaksin yg paling hebat, yg mana dpt membunuh segala kuman2 khinzir, malah berkhasiat pula jadinya... Adakah khinzir itu halal? Jawapannya sudah tentu tidak.. Ini kerana ia diharamkan bkn kerana kotornya ia, tapi kerana ia memang diharamkan.

-lain jadinya dengan rokok.. Pengharaman rokok bukan secara mutlak daripada Allah, tapi merujuk kpd ijtihad ulama' dan qiyas.. Ia diharamkan sbb ia memudharatkan. Sekiranya satu hari nanti rokok itu tidak memudharatkan kesihatan, maka rokok tidak lagi haram.

-ini kerana rokok itu bukan haram mutlak daripada Allah, tetapi ianya ijtihad para ulama' muta'akhirin (ulang balik supaya senang faham)-Sekian-