Thursday, March 19, 2009

Apa nak Dikata?

Tengah2 duduk termenung waktu tengah ponteng kelas atas alasan tertentu, tiba2 terimbau kenangan 10 tahun yg lalu di mana aku masih bersekolah.. Kejadian ini amat penting dalam hidupku yg memberi kesan sehingga sekarang.. Yang menyebabkan aku agak syadid (kalau nk ikutkan member2 aku yang lain) dari segi hiburan dn muzik..

Kejadian berlatarkan sebuah bas India yang mana dipandu oleh seorang Uncle yng cukup berwibawa membawa sebuah bas sekolah menghantar budak2 ke sekolah agama swasta walaupun dirinya seorang India Hindu 100%..

Cerita bermula dengan abang aku (Ketua Pelajar sekolah waktu itu), selalu saje naik bas lambat bersama dengan aku dan abg aku lagi satu.. Selalu juga Uncle itu menunjukkan sikap wibawanya dengan mengambil aku dengan abang aku di depan rumahku sendiri, bukan di tempat semua penumpang di taman perumahan aku berkumpul..Cukup dengan cerita aku yg selalu lambat sebab ikut perangai abang aku dan Uncle yg sentiasa sabar.. Biar aku cerita terus ..

Seperti biasa, duduk terperap dalam kenderaan pasti membosankan, apatah lagi kenderaan seperti bas sekolah..

Sebagai seorang Ketua Pelajar sekolah yg bertanggungjawab atas pentarbiyahan diri setiap pelajar di sekolahnya, abangku mula tunjuk sikap berani depan aku.. Bukan depan aku je, tapi depan semue pelajar. Suatu hari, dia pergi ke Uncle tersebut dan kata:

"Uncle, bukak radio Ikim.fm boleh?"

"Tara masalah punya.. Berapa nombor? (frekuensi)"

"cayalah Uncle! 91.5"

Dan bermula hari itu. setiap pagi, dan juga petang waktu balek sekolah terdengarlah di corong berkumandangnya siaran radio ikim.fm.. Abang aku memang berani.. Lepas tu memang tak payah suruh pun Uncle tu bukak.. Tau2 je.. Tapi, memang lepas je Uncle tu tarik handbreak kt sekolah dn penumpang2 semue dah turun, die terus je tukar frequency.. Tak kasi can langsung.. Huh! Hipokrit.. Tapi kire ok kalau die bukak radio ikim waktu kitorang berada dalam bas je, sebab waktu lain lantak die lah..

Dan mulalah aku pasang angan2 hingusan waktu tu.. "kalau Uncle ni dengar ikim hari2, mesti die masuk Islam.." begitulah detik hatiku.. Dan sebenarnya bukan akua sahaja yg berfikir sebegitu, namun mak bapak aku serta abang2ku juga mengharapkan begitu.. Namun, dijangka hujan hingga petang, tengok tengah hari dh panas dah.. Abangku sudah menghabiskan usia sekolahnya dan mula melangkah ke Institut Pengajian Tinggi.. Di mana, ini bermakna orang yg menyururuh Uncle tersebut bukak Radio Ikim sudah lesap dari tumpangan..

Pada mula2 awal tahun, nampaknya Uncle masih 'istiqamah' dengan membuka Ikim.fm, dan aku pun agak suka kerana tak payah aku ingatkan Uncle tersebut tentang sururhan abang aku dulu.. Tetapi bertahan hanya seminggu lebih je.. Selepas itu, terus terdengar muzik2 yang sungguh 'sedap' sebab dah dihiasi oleh syaitan.. Maksudnya frekuensi radio bas sekolah sudah berevolusi.. Aku pun tertanya2, "jangan cakap Uncle tu baru sedar, abang aku a.k.a orang yang selalu lambat naik bas dah keluar dari sekolah.." sebab kalau Uncle tu bukak Ikim sebab abang aku, dari awal tahun die boleh tukar..

Dan aku yang kononnya nak jadi pewaris abang aku mengambil masa beberapa hari untuk cuba ke depan berjumpa dengan Uncle tu suruh tukar balik Ikim, tapi ntah.. Telinga aku boleh pulak bertahan kumpul banyak2 dosa semata2 sebab perasaan malu tak bertempat.. Oh! Ampunkan aku Ya Allah..

Nak dijadikan cerite ntah Allah memang nak bagi aku nampak satu kejadian yang mana menyebabkan terjawabnya sebab Uncle tersebut tukar frekuensi.. Pada ketika itu tak silap aku Uncle tu tengah bukak Radio Era.. Datanglah seorang hamba Allah berjantinakan P a.k.a Banat, lalu berkata kepada Uncle,

"Uncle, kasi tukar Hot.fm lah.."

Uncle jawab,"Laa... Itu tadi orang suruh bukak Era, itu sekarang kamu suruh bukak Hot.fm pulak.. takper2, itu pagi tadi sudah Hot.fm, sekarang kasik Era lah pulak.."

Maka, korang memang tak dapat nak gambarkan betapa panasnya hati dan perasaan aku waktu itu.. Rupa2nya, perkara yang menyebabkan aku terpaksa menadah telingaku mendengar alunan2 syaitan L.A, sebab (mungkin) penghalang kepada hidayah Allah turun kepada si Uncle, sebab pengorbanan Abang aku tergadai begitu sahaja, ialah PENUMPANG2 BAS ITU SENDIRI YANG TERDIRI DARIPADA PELAJAR SEKOLAH AGAMA RAKYAT.. Oh! betapa sengal dan bodohnya 'hebatnya' orang Islam zaman sekarang, terutamanya mereka itu pelajar sekolah agama sendiri..

Adakah mereka terlalu pendek akal sehingga tidak dapat berfikir, bayangkan apa perasaan si Uncle bila orang yang pertama suruh tukar daripada Radio ikim kepada radion2 lain.. semestinya,

"Aikk! setahu aku radio ini lebih berat kepada agama mereka dan baik untuk perkembangan mereka sebagai pelajar sekolah agama.. Dan, bukankah dulu memang salah seorang antara mereka yang suruh pasang radio ini.. Apa masalah mereka sebenarnya? Dah tak nak jadi orang islam lagi ke? Tapi diorang bukan pelajar sekolah agama ke? Kalau sekolah kebangsaan memanglah diorang selalu je suruh aku bukak radio ini.."

Aku agak2 je kebarangkalian perasaan Uncle waktu tu.. Dan, memang mustahil kalau si Uncle tak berfikirab begitu.. Lihat, inilah antara contoh mereka2 yang pendek akal serta tidak merasa 'izzah (bangga) dengan Islam yang mereka anuti itu sendiri.. Memang tak dapat dinafikan, mungkin mereka mahu release tension, ataupun nak rehat2kan minda dengan dengar muzik2 tersebut, tapi lihatlah dulu suasana, persekitaran dan kesannya terlebih dahulu.. Yang dimaksudkan di sini sudah tentunya yang paling aku takut kesan apabila si pelajar bodoh 'bijak' tadi melakukan begitu...iaitu:

"MENJADI SEBAB PENGHALANG KEPADA SESEORANG MAHU MEMELUK ISLAM"

Aku bukan nak berangan atau apa2, tapi memang tak mustahil bukan? Kalau setiap hari dengar je Radio Ikim, takkan tak terbuka walaupun sesentimeter pintu hidayah untuknya? Dan, apakah perkara paling menakutkan selain seorang muslim sendiri pergi menutup kembali pintu itu serapat2nya? Tepuk dada tanya diri sendiri..

Selain itu, antara kesan yg besar juga ialah menburukkan imej sekolah agama DI KACA MATA SEORANG YANG BUKAN ISLAM.. Mungkin orang berkata, "hek eleh.. jage imej sekolah!" Sebenarnya, bukan imej sekolah itu yg penting, tapi yg menjadi keutamannya ialah Imej AGAMA ISLAM itu sendiri.. Jika bukan pelajar sekolah islam yg menjaganya, nak mengharapkan siapa lagi? Jika pelajar sekolah agama pun perangainya sebegini, boleh lagi menjaga imej AGAMA?

Seperti mana yg dh ditulis di atas, perkara inilah yg membuatkan aku sedikit syadid (kata orang) dalam bab2 lagu2 lagho ini.. Seebenarnye takdelah syadid sanagat, cuma kalau nak dengar lagu yg bukan bermesejkan islam memang benci tersangat walaupun dinyanyikan oleh orang islam sendiri, apatah lagi kalau yg menyanyi itu orang bukan islam? Cuma baru2 ni je aku download satu2nye lagu bukan orang Islam iaitu We Will Not go Down oleh Michael Heart sebab dia memang ditujukan kepada Ghaza.. Selain itu, memang mintak maaf.. Cuma kalau member2 aku pasang, ape nak dikata? Selagi dia tidak menzahirkan kebodohan 'kepandaian' dia sebagai seorang muslim sejati, boleh kira lepaslah..

Terkadang pelik juga lihat di mana seorang Islam sendiri, apabila diberi pilihan antara berunsurkan Islam dan yg tidak, amat susah nak mencendrungkan diri ke arah yang berunsurkan Islam, padahal jika mereka tidak, siapa lagi yg mahu?

Contoh paling senang tentang hiburan.. Agak2nya, berapa ramai orang Islam kt luar sana yg lebih banyak mendengar nasyid lebih daripada lagu2 Barat? Itulah dia.. Ingat apa motif nasyid diciptakan? Adalah untuk memberi alternatif kepada ummat islam untuk berpaling daripada lagu2 lagho yg berentuk hiburan yang ntah ape2.. Jadi, ape gunenye jika seorang Islam sendiri tidak menghiraukan industri nasyid? APA LAGI YANG MENUNJUKKAN KITA ORANG ISLAM JIKA BEGITU? Kita sudah kehilangan identiti..

Tentang orang yang layan lagu ntah ape2 dan dalam mase yg same layan nasyid jugak, bagaimana?

Firman Allah: ولا تلبس الحق والباطل
Maksudnya : Janganlah kamu mencampurkan perkara yang haq dan batil..

Bagaimana tu? Islam satu agam yg mengikut fitrah manusia, jadi semestinya Islam tak langsung menghalang untuk penganutnya berhibur untuk merehatkan minda, release tension, dan sebagainya (alasan yg selalu kudengar tentang orang yg layan nasyid dengan lagu).. Jika mereka kata, "asyik nak serius je, tenanglah sket.. aku dengar lagu ni nak rehatkan minda je.." .. "memanglah nak tenangkan minda dan release tension, abehtu, nasyid tu kira dengar dalam keadaan serius jugaklah, bukan kira mcm hiburan? kiranya kalau rasa islam tinggi, dengar nasyid, kalau rase cm lemah iman je, dengar lagu.. Gitu?

Benarlah hadis Rasul(mafhum): "Akan sampai suatu zaman yang di mana manusia berpagi2nya dalam keadaan beriman, manakala petangnya mereka kafir."

lagi....... : الاءيمان يزيد وينقص

Dan tu, apa lagi nak dikata?

------------------------------------------------

Kesimpulannya:

Berbanggalah sebagai seorang Islam dan janganlah hilangkan identiti kita sebagai seorang Islam.. Jika bukan kita yang tunjukkan identiti islam, siapa lagi? Lagi2 kalau anda seorang pelajar sekolah agama.. Kalau anda sendiri kehilangan identiti Islam, nak harapkan siapa lagi?




6 comments:

Anonymous said...

Mad... aku tibe2 jer jadi takut doh..
tolonglah.. jangan cipta_______..

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

ape yg nak ditakutkan? member aku..

MuslihahR said...

berkesan artikel ni, kesian pak cik india tu. takpa, rahmat Allah kan luas...

emo said...

wowo, bapak pedas artikel ko.

aahahaha~

-ehem, mmg syadid, x pe syadid yang bagus-

CaPiQuE said...

bas aku tiap2 pagi pasang radio india....sedap giler dengar..

Anonymous said...

erk..mmg syadid pn
mgkin x pyh kot smpai cipta2 bnda tu...
ana stuju 300% ngan anta
sbbnye bg ana lagu2 ni wat hati mati
ana dh pernah test dh
adush,penyakit hati btul pstu
rse mcm hepatic artery kne block
hehe~

entry2 anta byk yg bgus2
smoga anta sntiasa tajdid niat stiap kali anta post entry
syukran ats perkongsian yg bez ni,cume mgkin prlu haluskn skit je lg tajwid BM tu kot ^_^
agr sng diterima oleh smua org