Wednesday, July 22, 2009

Saya Menjawab!

Saya mulakan tulisan kali ini dengan jutaan maaf dari pihak saya kerana tak dapat nak penuhi berbagai2 soalan yg timbul tak henti2 dari shoutbox di sayap kanan blog.. Bukan tidak menjenguk, tapi seringkali kebuntuan apabila melihat kutukan yg diberi, dan saya sendiri tak tahu mengapa kebuntuan itu muncul.. Setelah bertungkus lumus befirkir, akhirnya dapat juga puncanya kenapa saya buntu untuk menjawab kutukan2 itu.. Ini kerana kutukan2 anda semua perlukan kepada penjelasan yg panjang dan semua org maklum bahwa shoutbox itu perkataannya limited.. Jadi, saya rasa elok terbitkan satu post untuk menjawab soalan2 kutukan2 anda..

Bukan tak biasa menjawab dalam bentuk post, tapi beberapa faktor yg menyebabkan kemalasan untuk menerbitkan post2 yg berat.. Antaranya,persediaan untuk periksa yg boleh dikira sederhana besar, urusan kerja seharian yang semakin membebankan, kedatangan Setan Merah Manchester Utd ke Malaysia, musim buah di kampung yang menaikkan berahi saya untuk pulang ke kampung, perangai KTM yg semakin kerap buat hal,dan lain2 (dah mula merepek)..

Mulakan dengan soalan pertama:

05:55 AM Jul 09, 2009
afifah
salam ustaz.. saya mohon
pandangan tentang hukum
perempuan berkawad...
syukran..

Al-Jawab:
Awwalan, maaf sekiranya jawapan tidak memuaskan. Setakat ni, tiada perbahasan secara terperinci dalam hal ini memandangkan ianya satu benda yg amat baru, tidak muncul dalam zaman Imam2 Mazhab mahupun ashab2 mereka. Namun, melalui pemerhatian dan rujukan2 ulama' yg thiqah, hukumnya HARUS. Sekian...
-----------------------------------------------------
11:00 PM Jul 13, 2009
decorater
can u give tips on how to
menjadi engineer islam?

Al-Jawab:
Soalan yg nampak mcm susah, tapi hakikatnya senang (untuk dijawab, bukan untuk diamalkan).. Rujuk kembali matan A'rba'in Lin-Nawawi (hadis 40 Imam Nawawi), hadis pertama, membahaskan soal niat.. Pokoknya, apabila sesuatu pekerjaan yang diharuskan oleh Islam tanpa melanggar batasan syari'at Allah, jika diniatkan untuk mencari redha Allah, maka dikira ibadah..
---------------------------------------------------

09:22 AM Jul 18, 2009
ny name
ok je..tapi xrase post anta
tu panjang sgt ke?sgt bsog
tajok n isinyer..tapi
terlalu panjang n buat org
pikir 2kali untuk bace
sampai habis..kalau memang
kene tulis panjang
pon,sekurng2nyer pon kecik
kn sket tulisan die tu
kot..

Al-Jawab:

Saya suka jawab dari bawah ye.. hehehe..
Saya sudah siarkan pada awal2 lagi anda membuka blog ini bahawa blog ini lebih lawa dan laju jika menggunakan browser Mozilla Firefox. Mungkin anda tertanya apa kaitannya? Sebab memang anda akan nampak tulisan di blog ini besar2 jika menggunakan Internet Explorer dan tersangatlah buruk rupanya.. Jadi, gunakan Firefox untuk membaca artikel panjang di blog ini..

------------------------------------------------
10:53 PM Jul 20, 2009
Allah's servant
ana nak tnye nta sikit..sbb
nta lbih arif dlm hal nie..
jika keliling kita penuh
dengan maksiat dan kita
cuba mengelak
darinya..tentunya dosa..
tp demi menjge iman yang
ada.. mcm mne tu?? and
then mcm mne nak
menasihati kwn kita yang
buat maksiat.. dan mcm mne
nk jge iman kita sbb kita
takut terpengaruh dgn
kwn2.. maaflah membebankan
nta.. mgkin persoalan ini
sudah sll nta jwb..dan
membosankan nta jika
persoalan ini
dibangkitkan skali lagi..

Al-Jawab:

Pertamanya, saya mengambil masa beberapa kali untuk mengira berpakah soalan yg ada dalam kutukan ini sebenarnya..

Dalam satu kaedah feqah, (Qawa'id Fiqhiyyah) ada satu yang bunyinya begini, "apabila bertembung dua kemudharatan, pilihlah yang lebih kurang kemudharatannya".. Maka, dengan kaedah ini, rasanya anda boleh membuat fikiran rasional jika menghadapi situasi seperti yg anda sebutkan.. Kemudian, satu perkara yg penting dalam kita menyampaikan sesuatu atau apa yg lebih senang orang panggil sebagai 'dakwah', maka pentingnya kepada bekalan yang cukup.. Bukan setakat hanya dari segi ilmu, tapi juga ketahanan mental dan rohani.. Jika rasa sudah benar2 bersedia, maka lakukanlah dengan yakin. Tapi, jika rasa diri mudah goyah dan belum cukup bersedia, sampaikanlah kepada golongan yang anda rasa mampu saja.. Kerana berdakwah dalam waktu yang salah merupakan satu dosa.. Sekian..

---------------------------------

Harapnya lepas ni anda semua tidak berputus asa untuk memberi kutukan2 yg lebih efektif untuk blog ini dan saya.. Tapi, satu pesan dari saya, kalau boleh tanyalah mereka yang anda rasa lebih yakin dan pakar kerana jika anda bertanya secara berdepan dengan mana2 tok guru ataupun ustaz, berkat itu lebih daripada hanya berlegar2 di alam maya ini.. Mungkin anda lebih berpuas hati..Wallahua'alam.

4 comments:

Peminatmu( maksud aku peminat blog ko) said...

Mohd Al-Fateh,
Actually aku just nak tanya kat ko...
sebenrnya aku ni mmng minat gile kat sepupu aku seornag ni...tapi sbnrnya skrng ni aku nak insaf ah..
tapi semakn aku cuba untuk menjauhi dia ,semakin dia dekat pada aku
AKU TAK NAK DAH AH!!!
Setiap kali aku habis solat, aku selalu minta pada Allah supaya pelihara hati dan iman aku...
Tpi entahlh nnti time raya nanti, mesti ah lagi banyak pertemuan yang tidak diduga akan berlaku...

Tolong ah aku, aku tak nak ah terus terjerumus dengan semua ni...

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

First sekali, izinkan aku gelak dulu.. Ozz.. tibe. Juzz kidding..

Sepupu ye? Parah ni.. hehehe..
ade beberapa cara untuk selesaikan..

-tanamkan dalam diri yg couple tu mmg HARAM.. yg boleh kahwin je.. Tapi, nak kahwin dgn sepupu? Tak ke susah.. Jadi2, fikir2kanlah kesusahan tersebut.. hehehe..

-Buatlah kerja2 yg kau rase boleh hilangkan perasaan tu.. contohnye tolong ler makcik,nenek,mak sedare, mertua.. (eh silap) kat dapur tuh.. hehehe.. tak yah fikir2 dah bende ni..

-Of coz berdoa'.. yg ni kene sungguh2.. Saidina Umar ckp: aku x kesah Allah x makbulkan do'aku, yg aku risau kalau Allah buat aku putus asa untuk berdo'a.. Jadi, jangan hilangkan perasaan nak taubat tu..

-Kalau boleh, aku nak tau umur ko berape.. Kalo dah besar dan boleh kahwin.. Ah.. ape tunggu lagi.. hahaha.. Tapi kalo setakat PMR, buatlah ape yg aku dh sarankan kt atas tadi..

-Kalau masih ade perasaan jugak, ingatlah yg PERASAAN cinta tu tak salah.. yang HARAM perkara yg timbul daripada perasaan tu.. Contoh, sket2 nak usya die lame.. solat tak khusyu', dan lain2 lagi.. Tapikalo setakat perasaan, tapi x membawa effect dan perlakuan yg tak elok, xde salahnya.. Itukan fitrah manusia?

-Sekian-

peminatmu{maksud aku, peminat blog ko} said...

Eee, jahatnye ko! menyampah betull!!!
ko boleh gelakkan aku?eee..sabar hati... sabar{saje err..}
Anyway, ko nak tahu ek umur aku bape?
actually aku ne tak ah tua sangat sampai dah boleh kahwin an..baru eh sekolah menengah..tapi tak nak bagitahu direct bape an, coz umor aku bape tak penting un, yang lagi penting an nasihat ko...
Besides that, aku just nak cakap thanx very much for your advise..hihihi...
Tapi an, aku bukan ah nak cakap apa.. just aku tak suke ar bila Allah selalu jer pertemukan aku and die dalam pertemuan ...eeh,yang aku tak suka au{malu jer bila ingat balik}
Argh!! apa2 jelah...
Mohd Al-Fateh, thanx again ah aku ucapkan ek...
Apa2 pun selamat hari raya ar..
Aku harap sangat esok tak ada apa2 yang berlaku.Dahla dia pun dah balik kampung ak..{asik baik tak duduk serumah ngan die}
hihihi...

si dilema..... said...

wei, actually aku ada soalan sikit ah..
tahun depn, ayah aku suruh aku gi hafal quran, tapi mak aku tak bagi ah..
mak macam tak suke eh aku gi hafal quran...mak aku suruh aku gi sambung belajar,jadi arkitek...
mak aku rasa macam gi hafal quran ni just wasting time err...
tapi an dalam family aku memang tak ada seorang pun yang gi hafal quran , ayah aku macam sedih eh, tapi bile aku bagitau ayah aku, aku nak gi hafal quran,muka ayah aku heppy giler ah..
weh, aku dalam dilema ni, sama ada nak gi hafal quran ke nak sambung belajar....
aku pernah ah dengar satu ceramah ni an die kata kalau kite pilih dunia kite akan dapat dunie jer, tapi kalau kite pilih akhirat, kite akan dapat dunia dan kita akan dapat akhirat...
actually, aku nak gak kan kalau kite dah hafal quran, kite boleh tarik ahli keluarga kita masuk dalam syurga...
hmmm..
antara impian and cita2...