Saturday, November 7, 2009

Pesona Dusta?

(tajuk ini tiada kene mengena dengan mood member ku sorang ni yg x habes2 status jiwang semenjak dua menjak ni)

"Eee... kalah! padan muka.. 3-0, amek kau! tu lah, haritu berlagak sangat cakap.."
Aku memberi reaksi dgn pandangan seribu kerut menandakan kepelikan yg amat sangat.. Ye, aku tahu KALAH, tapi sejak bile pulak aku bercakap berlagak? tak pernah dalam hidup aku bercakap berlagak tentang perkara satu ni yg sgt remeh kalau nk dibandingkan dgn yg lain..
"Hek eleh.. buat x tau lak, yg Robbie Keane dgn Harry Redknap buat kenyataan riak takabbur gile sebelum match tu.."

Oh! baru aku mengerti.. disebabkan mereka, aku yg kene? Camtu pulak... Begitulah Bola Sepak dipandang oleh kebanyakkan segenap msayarakat..

Memang, saya dah pernah banyak kali bebel2 pasal bola sepak dan apa kaitannya dgn diri kita sebagai seorang Islam, dan macam2 lagi.. Semuanya ade kat SINI. Namun, masih banyak yg menyangka saya adalah peminat tegar bola sepak, gila Spurs, dan banyak lagi2.. Memang, ramai je rakan saya yg selalu terasa amat sakit hati bila team pujaan dihina sebegitu rupa, tapi saya bukan dari kalangan itu.. Namun, saya masih memperjuangkan bola sepak dan kaitannya dgn diri sebagai seorang Islam sejati.. Sehinggalah saya pernah rasa ditegur oleh mereka2 dari Hizbut Tahrir dan iLi seperti:

"Kalau dalam isu konsert artis, kita boleh sepakat mengatakan bahawa ia haram kerana terdapat unsur-unsur yang haram serta membawa kepada kemaksiatan, mengapa ia tidak applicable terhadap sukan bola sepak? Mungkin sebab kita ni kaki bola agaknya."

----------------------------------

Perbezaan Bola Sepak dan Hedonisme

Senang di sini saya nyatakan konsert, lagu2 lagho, Akademi Fantasia, Malaysian Idol, My Starz LG, dan segala hiburan2 berupa realiti TV sebagai "hedonisme", satu benda yg telah saya kupas sedalam2nya di SINi.

Memang susah untuk mencari titik perbezaan antara ke2nya, baik bola sepak, mahupun hedonisme itu sendiri.. Seperti mana org2 yg dirasuk syaitan di konsert melalak2 memanggil nama artis kesayangan mereka yg dipuja berlebih kali ganda daripada mereka selawat kepada Rasulullah, seperti itu jugalah penonton2 di kedai mamak bersorak tatkala pasukan kesayangan mereka menjaringkan gol, lebih2 lagi jika saat2 akhir (contoh terbaik time Owen score last gol lwn ManCity yg Setan Merah menang 4-3).. Seperti mana org yg gila lagu meletakkan gambar2 penyanyi mereka di layout Myspace, seperti itu lah mereka meletakkan gambar pemain pujaan mereka..

Hasilnya, di manakah rasionalnya kita memerangi hedonisme daripada memerangi kegilaan kepada bola sepak? Lalu, satu jawapan pernah diberikan kpd mereka yg memerangi kegilaan kpd bola secara habis2an dgn hujjah2 agama..Jawapannya ialah seperti ini:

Pada satu masa, saya telah ditakdirkan terkeluar daripada suasana bi'ah yg sangat solehah kepada satu tempat yg mempunyai suasana yg sangat dasyat.. Dan boleh dikatakan hanya saya seorang yg mempunyai fikrah walaupun xder ah tinggi mane..

Pada minggu pertama, saya lebih byk masa menangis dan berfikir sebab x tahu nak buat ape melihat keaddan mereka yg sgt jauh daripada agama.. tak payah nak sebutlah kalau rokok tu, sape tak sedut die yg malu.. Takkan lah saya nk bergaul dgn pakcik2 masjid yg umur dah outdated je.. Biarkan diorang camtu je?

Lalu, pada minggu ke2, saya cuba untuk bergaul dgn mereka, dan segala bermula dgn OK, kecuali mereka hanya bermuka xde mood dan diam seribu bahasa.. Tapi setelah berfikir, ana menjumpai satu titik pertemuan yg boleh mengubah keadaan iaitu ke'gila'an kepada bola.. lalu, mulalah saya diskus kpd mereka tentang bola..

Memandangkan pengetahuan saya amatlah boleh dikatakan tidak terbatas tentang bola ini, maka apabila saya bercakap, maka semua tertarik dan menambah2 kemudian makin gamat, dan perhubungan makin rapat.. Saya hanya berbual biasa tanpa memulakan apa2 unsur pentarbiyahan dlm cakap2 saya dgn mereka kecuali bola selama 4 bulan lamanya.. Yang saya tunjukkan cuma perlakuan, dan juga CAKAP2 BOLA..

Lama, daripada asek "BAB* lah ko ni!" yg dijadikan zikir harian, ditukar kepada binatang lain seperti babun, anjing dsb. (lebih kurg je.. hahaha..).. dan akhirnya lenyap perkataan tu.. daripada x solat, ade yg berjema'ah, dan it goes on...
------------------

Itulah dia.. lalu, kesimpulannya apa? Perbezaan hedonisme dgn bola sepak?

Perbezaannya ialah asal kejadian keduanya.. Bola sepak dihasilkan daripada sumber sukan,senaman, kesihatan badan dan RIADHAH. Sementara hedonisme berdasarkan hiburan, kelalaian, keseronokan dan berlebih2an dan lupakan Tuhan, dan kematian.. Lalu, dasarnya itu menentukan semuanya.. Sebab itu, apa kebaikan yg boleh kita manipulasikan bagi konsert, AF, dan hiburan melalaikan? Tak dapat tidak perlu jugak kepada alternatif hiburan Islamik..

Itulah hedonisme, dan bole sepak pula telah dievolusikan sepenuhnya haingga menjadilah ia seperti yg dapat kita lihat.. Adakah ini membuatkan kita perlu menolaknya buta2? tidak!

Kesimpulannya

Seperti pisau, TV, internet, laptop yg anda sedang gunakan ini, kegilaan kpd bola juga boleh dimanipulasikan kpd penggunaan yg amat berguna..

Seperti org menggunakan komputer untuk menjelajah bende2 lucah, seperti itu jugalah seperti kegilaan kpd bola yg sampai gaduh2, sangat terasa bila team pujaan diejek, dan macam2 lagi... Tapi seperti anda menggunakan laptop/PC anda untuk melayari iluvislam, seperti itu jugalah yang gunakan oleh yg menjawab soalan di atas.. Cuma memang tak dpt dinafikan, SANGAT SUSAH untuk melakukannya...

Sekian...........

No comments: