Saturday, February 27, 2010

Orang Gila dan Tak cukup umur

Sejak dari kecil, saya tidak diajak berjalan2 di luar rumah tak tentu hala. Window shopping jauh sekali. Banyak duit dilaburkan di kedai runcit saja untuk barang keperluan. Ibu bapa saya punya alasan kukuh, kat luar sana banyak dosa, kalau tak perlu nak pergi buat nak pergi. Namun, saya tidak mengalami masalah apabila sudah besar dan terpaksa selalu keluar dan berjalan2 di tempat awam. Tapi, saya agak tak keruan kerana selalu saja menyalahi hadis nabi,

مَنْ رَآى مِنْكُم مُنكَراً فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ، فإن لَم يَستَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فإن لَم يَستَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أضْعَفُ الإيْمَانِ.

Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hatinya dan itu selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)

Rasanya ini sudah jelas bagi mereka yang membaca. Di mana2, stesen KTM, gerabak KTM, KLIA, KL Sentral, KLCC, LCCT, restoran mamak, ayam kampung, dan di mana2, pastinya kemungkaran jelas terbungkang di depan mata. Jangan dikira yang pakaian perempuannya, yang lelaki pun sekarang sudah naik pening dibuatnya. Orang selalu berkata, "hek eleh.. biase lah tu..", tapi langsung tak sedar bahawa dengan ungkapan itu atau detikan hati yg begitu, dia telah meruntuhkan apa yang dipanggil "selemah2 iman" dalam hadis di atas. Jika bukan selemah2 iman, apa pula? Wallahua'alam.

Setelah saya lama berfikir bagaimana mahu berlepas diri daripada semua perkara ini, saya temui satu formula baru. Formula senang, tapi terberantakan antara 2 perkara baik dan buruk, Husnuzzhon atau Su'uzzhon. Formulanya sudah saya ungkapkan dala tajuk di atas, iaitu orang Gila dan tak Cukup umur.

"macam mana nak cari dan pastikan tenaga kerja yang betul2 berkualiti?" ungkap seorang pengurus syarikat.
"Jangan ambil orang gila dan tak cukup umur"

Sesetengah pembaca mungkin sudah dapat tangkap apa kaitannya orang gila dan tak cukup umur dengan masalah di atas. Baiklah. Formulanya senang nak difahami.

Kemungkaran itu berlaku apabila orang itu berbuat dosa. Namun, ada beberapa golongan yang jika dibuat kemungkaran tahap gaban sekalipun, dia tidak dianggap membuat kemungkaran kerana dia tidak mukallaf (dipertanggungjawabkan ke atas dia hukum). Antaranya ialah orang gila dan tak cukup umur, kan?

Dalam Islam, orang yang tak wajib tutup aurat ialah orang yang Gila, kerana dia tidak dipertanggungjawabkan hukum atas dia. Begitu juga dengan orang yang belum baligh a.k.a tak cukup umur. Lalu, hanya orang gila yang tak cukup umur saja yang pakai pakaian koyak raka, tak tahum malu, dedah sana dedah sini, pakai ketat2 walaupun muka kalau cipan pun lebih menenagkan jiwa, koyakkan seluar yang pada asalnya tak koyak, tak suka rambut warna hitam, tak boleh tengok telinga tak berlubang, dan bunuh diri. Semua benda ni orang gila je yang buat.

Jadi, org tak tutup aurat+orang tu gila= tak perlu tegur sebab dia gila, tak dipertanggungjawabkan hukum ke atas dia.

Boleh ke macam ni? bukan dinamakan su'usnuzzhon ke?

Itulah husnuzzhon sebenarnya. Cuba fikir, "oh, orang ni otak tak betul ni. Kalau otak dia betul mesti dia malu nak tayang badan dia sedangkan muka dia buruk tahap gaban." "kalau dia tak gila mesti dia pakai tudung". "kalau dia tak gila mesti dia tak koyakkan seluar dia kat lutut". Kan? Husnuzzhon kan namanya? entahlah..... terpulang pada anda..

YANG PENTING, jangan hilangkan perasaan benci pada dosa dengan mengatakan, "alah.. biase je tu.. ko yang tak selalu keluar rumah." kerana dikhuatiri, anda merobohkan iman anda yang sudah sedia menjadi selemah2 iman. Jika dilihat mana2 kitab pun, "mengingkari maksiat dengan hati" perlukan kepada dua benda:

1. membenci perbuatan itu.
2. Melarikan diri daripada tempat maksiat.

So, bagaimana mahu diletakkan yang nombor 2 itu? Solusinya saya sudah jelaskan. Terpulang mahu menerima atau tidak....
-------------------------------------------------------
"anta tak tegur ke orang tu. Maksiat tu"- ujar seorang kawan yg jarang menaiki kenderaan awam.
"takpe, diorang tu orang gila. Sebab tu diorang pakai macam tu. kan orang gila je yang tak malu macam ni." saya menjawab dengan suara yang kuat..
Berpasang2 mata menoleh..... Saya menoyekan muka. Woha!

13 comments:

Abdullah Xuais said...

fuyyo!!! basahnya hati ni baca artikel ni..... rasa cam nk mati syahid.... taksub dgn mad (tapi ana laki)

mz said...

tak tahu macam mana blog nih boleh ramai follower?

muaz faris

Anonymous said...

salam...
mabruk!ana suke ngan pengisian nie..smart !
cume ana nk tanyer, kape kaum adam suke pdg kaum hawa walaupon die da
tutop aurat sempurna,(tp tak pkai purdah la..)?
juz wanna to know..

Muhd Al-fateh said...

suhaylsalmi:

Bagus.. biar tenggelam hati anta.
------------------
Muaz Faris:

Don't judge a blog by its follower...

------------------
Anonymous:

Dunia itu ialah perhiasan, dan sebaik2 perhiasan di dunia ialah Wanita Solehah..

Mungkin kekaguman terhadap kesempurnaan tutup aurat tu kot, kerana bukan senang nak cari orang tutup aurat sempurna sekarang...

mz said...

jom exchange link blog.. anta letak link kat blog ana, ana letak link blog anta kat blog ana.. camne?

blog ni
http://aktivismuaz.blogspot.com

Abdullah Xuais said...

ana setuju ngan muaz, yg penting kite tengok penulis blog yg ramai follower ni, follow blog sape....

mad kalo kite buat sesuatu jgn buruk siku... hehe

Muhd Al-fateh said...

Don't judge a blog by its follower.. ok?

cikgu_eya said...

salam...

tapi, bukan ke teguran yang seperti itu (yang last skali tuh) mengaibkan?
huhu... bukan sunnah tuh...

Muhd Al-fateh said...

cikgueya:

Itu hanya contoh keadaan supaya nampak konsep "orang gila" ini. Mungkin betul kata cikgu, bukan sunnah, tapi apakah cara terbaik untuk memberi teguran dlm keadaan diri dikelilingi oleh manusia berpakaian pelik yang bajet style..?

(teringat cara Hasan & Husin tegur seorang pakcik yg salah ambil wudhu'..)

Abdullah Xuais said...

apalah ertinya keaiban bg mereka yg x kenal erti keaiban.......

fuh! ayat falsafah kalo pekse dpt full mark ni

Blog Juga said...

nak tanya.. apa kaitan ayat tuan :
2.Harap dapat mengutuk menggunakan bahasa yang murni, hatta jika hendak mencarut sekalipun.

dengan menuduh orang tidak gila sebagai gila dan dengan ucapan yang didengari hingga boleh menyinggung perasaan orang lain yang tuan anggap sedang melakukan dosa.

tidakkah tuhan pernah menyuruh supaya berdakwah dengan cara yang lebih baik?

minta maaf jika tersilap soalan, jika diizinkan, minta penjelasan.

Muhd Al-fateh said...

Apakah erti keaiban pada orang yg x tahu malu?

Blog Juga said...

benar, mereka tidak merasa malu pada sesetengah perkara, tetapi akan tetap akan merasa malu dalam perkara yang lain yang tidak dilakukan. Kemudian, bolehkah kita sebagai orang yang berpegang kepada kebenaran mengaibkan diri sendiri keran memfitnah di hadapan orang yang hadir? Persoalan seterusnya ialah bolehkan kita mengeluarkan perkataan menghina kepada orang yang tidak tahu malu?