Wednesday, December 29, 2010

Ke mana perginya Melayu Raya?

Baik, sebelum ada apa2 tanggapan tentang tajuk biar saya katakan awal2, saya kali ini mahu bercakap tentang perkara yang saya memang gemar untuk bercerita tentangnya, iaitu BOLA SEPAK. Tapi kali ini mungkin tidak pergi terlalu jauh, dekat sahaja. Kejadian yang berlaku di sekeliling, dan sangat dekat, iaitu di rantau Melayu ini jugaklah.

Saya tidak perlu cerita panjang. Semua orang sudah tahu cerita Malaysia 3-0 Indonesia. Semua org sudah maklum ceritera2 tentang laser.



Cerita laser dan kekalahan besar ini bukan benda yang baru dalam pergaduhan Malaysia-Indonesia. Pekara ini sudah berlarutan sejak 2 tahun yang lalu, dan ianya bukan perkara yang kecil lagi. Sekarang, media2 kedua2 buah negara sudah mula memanaskan persengketaan ini. Lihat saja di media mana2, baik Indonesia mahupun Malaysia, seboleh mungkin menggunakan bahasa "sopan tetapi pedas". Semuanya ikut logik kepala lutut sahaja.

Indon kata, Malaysia guna laser, Malaysia kata Indonesia guna laser dulu.

Itu permulaan, sekarang sudah menjadi2. Serach saja group facebook, "indon tak guna", anda akan lihat golongan manusia2 yang berada di bawah tahap kewarasan yang biasa. Semua bercakap pakai nafsu, bukan akal. Padahal perkara hanya kecil.

Awal tahun lepas, saya pernah berkunjung ke rumah seorang kawan. Dia berkata, abangnya 20 jam sehari depan laptop. Saya bertanya, apa yg dia buat. Kawan saya suruh lihat sendiri. Saya lihat sebuah blog kepunyaan abangnya yang memang dibuat atas dasar persengketaan Malaysia-Indon. Menakjubkan, orang jumlah orang yg online di blognya tidak pernah kurang daripada 200 orang. Abang kawan saya ini memang siang malam bergaduh kalam, mencari hujah, menepis serangan2 kata oleh orang2 Indonesia yang aktif dalam persengketaan ini dan seterusnya melakukan serangan balas.

Menyedihkan!

Bukankah kita ini berasal daripada satu rumpun? Bukankah agama kita ini sama? Bagaimanakah boleh terjadi sebegini?

Saya berfikir dan terus berfikir, akhirnya saya teringat tentang satu benda yg pernah saya gemar baca apabila mengalami kesukaran utk tidur, iaitu BUKU SEJARAH.

Tak silap saya pernah saya belajar tentang Melayu Raya.. Ya!

Ketika negara Malaysia ini mahu diwujudkan untuk bergabung dengan Singapore, Sarawak dan Sabah, terdapat satu golongan lain yang kurang bersetuju dengan cadangan penggabungan ini. Malah golongan ini datang dengan satu gagasan lain iaitu MELAYU RAYA. Saya search google untuk mensahihkan cerita ini, namun tak banyak yang saya dapat. Mungkin anda boleh cari sendiri. Tetapi asasnya, Melayu Raya ialah gagasan yang dibuat oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy yang mencadangkan penggabungan Malaysia-Indonesia-Brunei. Namun, seperti yg semua maklum cadangan in ditolak.

Dan, berpuluh tahun selepas itu, kesannya dua negara Islam yang berasal daripada satu rumpun bergolak dengan dipandu nafsu dan dibantu syaitan laknatullah. Adakah berlaku di sebalik penubuhan/perpisahan Malaysia-Indonesia ini satu konspirasi musuh2 Islam? Ntahlah, itu saya tolak kepada para smgt pengkaji konspirasi ini. Yang penting, British melepaskan kita dari jajahannya bukan sebegitu mudah. Pasti ada rancangan yg sebegini rapi.

Akhir kata, sudah cukup perselisihan,persengketaan,permusuhan sesama Islam. Dari sekecil2 pekara yang tak dapat difikirkan oleh waras akal sehinggalah kepada perkara yang dianggap besar. Hakikatnya, ummat Islam kini memang sudah terlalu banyak permusuhan,perselisihan,persengketaan sedangkan puak kuffar pendokong kebatilan itu sentiasa boleh bersatu dalam agenda untuk meruntuhkan Islam. Bagaimana ini?

"Jika orang melihat matlamat yang besar, dia akan memandang perkara2 sampingan sebagai kecik. Sebaliknya, mereka yang memandang perkara sampingan itu besar, dia akan melihat matlamat yang besar itu kecik"

(Hakikatnya, orang Indon tetap masih menonton filem animasi Upin&Ipin dan rakyat Malysia masih tetap melayan drama2 Indon serta lagu2 Wali Band, Ungu, serta apa semua bagai yang lainnya)


3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,
betul-betul..

teruk sangat hal pasal perlawanan bola sepak ni..

sampai kutuk-mengutuk,hina-menghina..

kata itu dan ini yang akhirnya mengundang dosa..

nor amira said...

as salam. artikel yg buat kita terpk semula. sepatutnya sukan dpt menyatukan ummah. ini, semata-mata kerana hal yg kecil (laser) kita snggup membuang masa bergaduh-gaduh di internet sambil disaksikan negara2 barat yg lain. dan menjadi top topik di twitter .

Nawfal Fathel said...

haha .. pandai enta