Monday, June 16, 2008

Lawak..Lawak..Lawak...

Post kali ini mengajak anda berfikir... lebih2 lagi bg mereka yg suka sgt berangan.......

Bayangkan benda ini berlaku pada anda .....
Suatu hari, pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki Yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian serba hitam..tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun ...
lalu salah seorang lelaki
tu bertempik.......


"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH silaberdiri di tempat kamu",
Selepas mendengar amaran lelaki itu ,apa lagi..?
larilah para jemaah untuk menyelamatkan diri ....

daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahajayang masih berdiri di tempat masing-masingtermasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit dan munafiq, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut solat bersama2 jemaah yg ada....


Macammana?? .. adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah..."
Lawak kan..?
dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yang betul-betul beriman... "

" Lawakkan...?
berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya ...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh .. tapi generasi sekarang ..amat lemah ..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yang dia tak sembahyang Jumaat lagi..."

"Lawak,..lawak...
ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja..
tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat orang masjid..
ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
Ana yakin x der bdk Al Amin mcm nih... kalo ader, na'uzubillah...

"Lawakkan...?

ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar serta ape yg disebarkan oleh rakan sekelas... (obi la tuh..)
daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan..?
berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara,
akhirat adalah tempat yang kekal,

tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak giler...
kita boleh bersembang dengan awek berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai..
tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi,
bila kita boleh hantar message banyak atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat ...
tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel yang berunsur agama...
Menyebarkan link yg bermanfaat...

(Lawak kan??? Kenapa gelak .. tu kan realiti .. tapi
yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas
baca benda ni akan sampaikan kat orang lain ...)

Wallahualam...

2 comments:

CaPiQuE said...

wahahahaha..OBI si penyabar gossip..tergelak aku bacer tegelak plak biler bacer post nie...wahahaahahhaahhahahaha

Rashid said...

Salam nahnu, menarik sekali ujian keimanan oleh 2 pemuda ini.

izinkan saya membuat pautan ke blog anda. tq.