Saturday, March 22, 2008

Ikhtilat..??? Sedikit penerangan..

sekarang ni,sudah masuk zaman yg disebutkan sbgi 'zaman fitnah'..dimana banyak pekare yg diingini berlaku..
dn antara masalah remaja zaman sekarang ialah pergauln..yg dimaksudkan sbagai pergaulan bebas ataupon dlm bahase arabnye ikhtilat.."cmner ek nk bergaul gn yg berlainan jantina..??" perkara yg sering m
njadi tajuk perbualan di dlm forum maya ...setelah mngkaji sedikit sebanyak dn melayari beberape web ,akhirnye pembikin blog ini berjaye gak mencari kesimpulan yg memuaskan....


Insyallah ini ada beberapa tips pergaulan seperti yang di nukilkan oleh Al-Imam Prof Yusuf Al-Qardawi dalam himpunan fatwa Muasirrah:

1. Menahan padangan dari dua belah pihak. Maksudnya tidak boleh melihat aurat, tidak boleh melihat dengan pandangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan. Firman Allah swt :-

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ . وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepa
da orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka ......" [Surah al-Nur : 30-31]

2. Pihak wanita hendaklah memakai pakaian yang sopan menurut syara', iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuhnya selain dari wajah/muka dan tapak tangannya. Tidak boleh memakai pakaian yang nipis dan yang menampakkan sosok badannya. Firman Allah swt :-


وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
"....dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka...." [Surah al-Nur : 31]


Pakaian tersebut juga dapat membezakan diantara wanita yang baik dan wanita yang tidak baik.

3. Hendaklah menjaga adab2 sebagai seorang muslimah didalam semua keadaan, terutama apabila bergaul dengan lelaki:-
a. Perkataan - elak dari menggunakan perkataan yang merayu, menggoda dan membangkitkan rangsangan.
b. Berjalan - jangan memancing pandangan orang.
c. Pergerakkan - tidak melenggang-lenggok.

4. Elak dari memakai bau-bauan yang wangi dan warna2 yang menarik perhatian.
5. Jangan berdua-duaan diantara lelaki dan wanita tanpa disertai oleh mahram.
6. Pergaulan itu didalam batas2 keperluan sahaja, tidak berlebih2an.


--------------
Berikut pula adalah batasan2 yang dinyatakan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah :-

1. Khalwah - perempuan dan lelaki berdua-duan disuatu tempat yang tidak ada orang yang nampak

2. Perhiasan wanita - wanita tidak menutupi apa yang Allah perintah keatas tubuhnya, atau memakai minyak wangi, perhiasan barangan kemas atau percakapan yang boleh menarik minat lelaki kearah perkara2 yang tidak baik atau perasaan mereka.

3. Sentuhan fisikal - bersentuh lelaki dan perempuan

Menurut Majlis Fatwa Eropah bahawa jika 3 perkara ini dapat dielakkan, maka tidak ada bantahan bagi mereka menyertai apa2 majlis terebut.


Rujukan Fatwa : http://www.islamonline.net/

7 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah, sgt suka artikel ini.kdg2 tak dinafikan, manusia mudah lupa..refresh kembali mau'idzah pada diri.salam jihad

Anonymous said...

assalamualaikum..
sayang seribu kali sayang,
dunia hari ini, spt sudah langsung tidak mengganggap ini adalah satu dosa.. pergaulan antara lelaki dengan perempuan seperti tidak punya hukum dalam Islam.. sgt menakutkan.. moga diri dn sahabat yg lain terpelihara.. ada juga muslimah yg mngganggap mnjaga akhlak di hadapan banin adalah satu hipokrit, berpura2 amat sedih tetapi ana tak punya hujah untuk menjelaskan hipokrit dengan menjaga adab. bagaimana pandangan ikhwan

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Heh! jadi mereka yg terkinja2 melalakkan suara mereka di hadapan banin tu lebih baik daripada mereka yg dianggap hipokrit itu?

Pergi matilah dgn hujah hipokrit kamu itu..
(sampaikan ucapan ana begini pd mereka yg anti maksudkan itu)

Anonymous said...

syukran atas pandangan anta..
tetapi, maaf sebab tak dapat sampaikan sebagaimana yg anta harapkan, mungkin ayat tersebut harus diperbaiki sedikit rentaknya~
sahabat ana juga tidaklah sampai melalak atau terkinja2.. dan, mungkin itu satu teguran untuk ana sendiri, agar membentuk diri walau di mana berda. krn bradab sbg wanita muslimah adalah perintah Allah, bukn perintah Banin, (=Banat sentiasa terkeliru ini~sehingga mungkin ini yg mnyebabkan timbulnya masalah 'hipokrit' itu) terima ksih ats kata2 anta, yg mahu disampaikan itu, mrungkaikn sebahagian kemusykilan. mungkin boleh dijadikn sbg bahan hujah utk ana, bila mnghadapi lg situasi ini. syukran

Anonymous said...

ana nak tanye satu soalan:

ade sorang laki nie dalam peperiksaan dia duduk dihadapan ana(mengikut angka giliran),time tu mllmh suro pas2 kan kertas kebelakang pastu tak lame kemudian,ana tengok sumeorg dah dpt kertas tpi nape ana tak dapat2 kertas tu lagi...rupe2nye bdak laki kat depan ana dia tak pas kat ana, ana sungguh lah pelik ngan dia knape dia takleh nak pas kan kertas tu kat ana bknnyer bertentang mate pun,kertas tu pun kertas jenis A4 bkn nye ana bole terpegang tgn dia pun,bdak laki lain bole je pas kan kertas kebelakang walaupun belakang dia perempuan...last2 mllmh yg tolong pas kan...

so,soalan ana kat sini,pas kertas pun dikira ikhtillat ke???

GBS said...

ana ade satu soalan nak tanye berdasarkan cerita yg ana pernah alami:

ade sorang budak laki nie,dia duduk dihadapan ana sewaktu peperiksaan(mengikut angka giliran),time tu mllmh suro setiap barisan paskan kertas kebelakang,tak lame kemudian ana tgk kiri kanan ana dah dapat kertas tu just ana ngan barisan belakang ana je tak dapat,rupe2nye budak laki kat depan ana nie dia tak pas kat ana,ana sungguh larh pelik ngan budak laki nie...pas kertas je pun bukannya sampai bertentang mata,kertas tu pun jenis A4 takdelah sampai bole terpegang tangan dia,ana tengok kawan2 ana dpt je kertas tu walaupun depan dia budak laki,,,last2 mlmh yg tolong paskan...

so,soalan ana kat sini pas kertas pun takleh boleh ke??dikira ikhtilat jugak??

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

GBS>
x dapat nk cakap panjang tentang benda ni kerana kita di sini berkongsi daripada view yg ramai.. Bukan sekadar di sekolah waktu peperiksaan sahaja..

Apapun, tidak menjadi kesalah sekadar pas kertas ke belakang itu.. But, not forget to mention, kadang2 apa yg kita rasa itu bkn sama dgn semua orang rasa.. So, you also can't put the blame into that boy..

(juz my poor opinion..)