Friday, March 14, 2008

Keluhan buat Kaum Hawa'....


Keluhan seorang lelaki untuk wanita

Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa...
Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman??
Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami??
Jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..
kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu,
serlahkan auratmu, jarangkan kainmu,
bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa??
tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu..

adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki??
sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..
kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta.
Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..
andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani,
siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..
sedarlah wahai wanita..
engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..
sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH..NAUZUBILLAH…

Nasihatku untukmu…

Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..


(bende ini tiade kene mengena dgn yg hidup atau yg mati ataupon yg hidup segan mati x mahu ..hehehe..tp untk org yg btol2 mahu mngambil manfaat..)

51 comments:

Anonymous said...

salam...
eh sudahlah dgn omong kosng yg sebegini...
seolah2 kami kaum hawa yg dipersalahkan walau ia merupakan 1 nasihat...
sudah2 dn cukup2lah...
sudah jelek aku mendengarnya...
kalau kau betul2 mahu menasihati kami, mengapa perlu kau letakkan gambar yg memperlihatkan aurat kaum kami...
walau ia sekadar leher, mengapa kau tidak membantu kami, malah memperlekehkan lg aurat kami...
menyiarkn gmbr sebegitu..
perlukah??
apa motifnya bro...
sudahlah...
mahukan perempuan yg baik, tp diri sendiri tonggang langgang...
konon kami lah yg tidak takutkan dosa...
kamilah yg membuatkn antum semua tercepok ke lembah hina...
hei,ape kah ini??
perlukh semua ini??
jelek aku dgn kalian semua...
tidak sedarkah kalian,
kalianh yg selama ini menyusahkan hidup kami...
menganiaya,merogol,membunuh??
siapekah itu??
takkan kami sendiri pulak tu???
xphm aku!huh~
ah,aku tahu,mesti kau xkn siar komen aku ini...
huh,dasar lemah...
masih mahu memperslahkn org laen pula...:(

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Salam ya ukhti...
First sekali ana ingin ucapkan syukran atas komennya.. dan juga ana ingin tekankan di sini bahawa blog ini mengamalkan demokrasi sepenuhnya.. jadi komen anda semstinya akan disiarkan.. insya allah...

Tentang komen saudari, ana rase tiada salahnya apa yang saudari ckp.. dan say juga mempertahankan apa yang saya tulis. Ana rase apa yg perlu anti lakukan hanyalah baca sekali lagi apa yg saya tulis dn teliti. Jangan baca dgn minda yg negatif, sebaliknya sentiasalah berfikiran positif apabila membaca. Bagaimana mahu mendapat persefahaman sekiranya dlm otak kita sudah tanamkan perkara2 yg negatif?

Sekali lagi ana rase perlu tekankan sebahagian tulisan ana: "yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan SEBAHAGIAN dari kaummu.."

Jadi, bukanlah kesemuanya.Harap faham.Ana menerima teguran ukhti dgn hati terbuka kerana ana sedar ana memanglah seorang insan lemah, tetapi tidaklah insan yg menyalahkan org lain.Sebaliknya, jika kita lihat zaman sekarang org perempuan yg pakai mcm mmg sengaja ditayangkan untuk dirogol(maaf,bahasa sedikit kasar) boleh lagi menyalahkan lelaki yg merogolnya, padahal dia sndiri yg merangsang lelaki tersebut,DGN SENGAJA. Tidakkah itu yg dipanggil menyalahkan orang lain??!!

Ini hanyalah sebutir pndpt dr seorang insan yg lemah, jadi sekiranya ada yang mahu membantah ataupon mahu menambah, ana terima dgn hati terbuka. Sekali lagi, BLOG INI MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI SEPENUHNYA. sEKIAn

Anonymous said...

sabar mad..
dari instinct ana, ana dapat merasakan ukht yg tulis comment pertama tu seorang banat yang hidup dalam suasana tarbiyyah (baca:skola a**m*n)tapi masih taknak mengutip butir2 tarbiyyah yang bersepah2 dpn nye.

mungkin die terasa apa yg nta tulis tu kot mad, sbb tu die marah.

kalau die tak buat salah, nape marah, ye tak?

firasat ana, mad nih maksudkan pompuan2 kat luar sana yg suka mgenakan pakaian tak cukup kain, pakai 'baju adik'nye, tayang rambut, dsb. juga perempuan yang berperlakuan tgedik2.perempuan2 ini baru dikatakan pmpuan yg 'merangsang nafsu' lelaki.

ce tgk kalau pmpuan yg btudung sempurna, baju x ketat, jaga pandangan, jaga suara, jaga perlakuan, tahu nilai maruahnya, ade ke kne rogol, atau even, kne ngorat ngn laki2? kalau gitulah lagaknye, confirm aman damai le dunia ni.

lagipun, jgn la pandang rendah sgt kat lelaki nih.selagi perempuan sniri pandai jaga maruah, selagi tu lelaki takkan berani buat ape2.

skali lagi ana ulang, kalau tak salah, takyah takut. tapi, sile2 la rase takut kalau mmg anda salah seorang dalam golongan yang menyumbang kpd masalah ummat kini.

akhir kalam, a lu fikirla sniri!

assalamualaikum.

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Salam...

hahaha... menarik sungguh perbincangan kali ini.. First skali timer kaseh kpd yg memberi komen pertama kerana telah berjaya membuka minda ana dn juga mereka2 yg lain..

syukran juga kpd 'rakan' anonymous ana yg sudi untuk menambah sedikit sebanyak komen ana... pesanan dr penaja:gunalah nama yg mudah untuk dikenali sekiranya anda rase ana menganali anda dn anda juga mengenali ana(sedikit iklan).

Ana rase tiada siapa yg salah dlm perkara ini.. cuma mungkin satu jer yg salah.......SALAH FAHAM.. hahaha..

oklah.... harap semua saling berpuas hati antara satu sama lain.. perbezaan pndpt itu suatu rahmat sekiranya ia digunakan dgn baik.......

Anonymous said...

astaghfirullahal'azim...trasa byknya dosaku slama nih..thanx bebanyak atas teguran n nasihat!! syukran jazilan^^

Anonymous said...

Untuk uhkti yg memberi komen,mungkin dah terlambat untuk ana katakan pada ukhti tapi ana harap enti membacanya..ana sbg sorang muslimah juga mmg terasa tapi itulah hakikatnya sekarang..kita x boleh menolaknya..cuba enti lihat remaja diluar sana..nauzubillahiminzalik..ana sendiri x tahan tgk mereka..macam mana x terjadi kejadian rogol dan sebagainya jika kaum hawa sendiri bagai merelakan diri mereka utk dirogol dgn memakai pakaian tidak menutup aurat..enti jgn tersa krn teguran ini mmg sepatutnya kita terima..ana harap enti fahami ayat ini "kaum hawa adalah penyebab tercampaknya kaum adam kedalam neraka"..ana berkata sedemikin krn kaum hawa lah yg merangsang nafsu kaum adam dgn memakai pakaian yg tidak senonoh,meletakkan gambar mereka di dada akhbar,fs dan sbgnya..oleh itu sedarlah wahai ukhti..tugas kita untuk mengembalikan remaja mukminah amat berat..enti perlu fahami itu..dan untuk remaja diluar..ini nasihat ana..

Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.
Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.
“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).
Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.
Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan..

ana minta maaf ye sbb dah bersyarah pnjang di page enta..
jazakallah..

Trinisaurus said...

kte tak suke ko ni asyek nk kondem pmpuan je. bukan sume pmpuan jahil pun. kat campus kte dak laki yg suke mengacau n mengganggu khidupan, perjlnn, n dri semua aspek. dorg tue yg patut ditarbiyahkan dlu.

amalina :] said...

memang semua itu betul...
tetapi.. tidak perlu bahawa kamu,, kaum adam,,
perlu melemparkan kata2 mu yang kesat,,
bg menegur kami,,
bila kamu sayang,,
kata2 mu semanis madu
jika hendak menegur
bila tidak sayang,,
kata2 mu sepahit hempedu

tidak sedarkah kamu,,
kami, kaum hawa,,
sakit hati akan kata2 mu?

tidak perlulah kamu untuk
membuka aib kami,,
bagi menegur kami....

tolong,,
tolonglah kamu sedar bahawa
kamu,,
kamulah yang telah melakukan
dosa untuk dirimu sendiri
yang mempunyai kaitan
dengan kami kaum hawa?

kau telah membuka aurat kami,,
nagi memuaskan hawa nafsumu,,
kami kaum hawa,,
menahan keperitan yang sangat perit,,
disebabkan kamu kaum adam,,

jadi ingatlah,,
setip manusia melakukan kesalahan,,
fikirkan dirimu terlebih dahulu,,
sebelum memikirkan
diri kami,,
kaum hawa.....

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Wah! dah makin hangat.. Bagus bangat! Tapi masih x dpt menandingi post Muslimah&Gambar.. Ini suatu perkembangan yg mengancam..

Time kaseh juge buat yg melontarkan kutukan2 ikhlas.. Kutukan anda sedikit sebanyak memberi pengajaran kpd diri.. (Sejujurnya perkare pertame ketika membaca kutukan amalina ialah gelakan.. hehehe)


Ya, mungkin juga aku dh agak keterlaluan menggunakan bahasa yg mungkin over bgi anda semue, tetapi nmpknye ade jugak yg boleh menerimanya.. Mengapa ade yg x boleh? Mungkinkah ade kt sini yg mempunyai ego seteguh lelaki? Hanya bergurau..

Disebabkan amalina membutuhkan suatu yg menggunakan bahasa indah dan lembut, maka dgn ini, sajak anda akan dibalas sajak juge... hehehe.........


Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Oh! post nih dh jadi tmpt berbalas sajak pule..

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Macam agak terlewat pun ada rasanya nk bagi komen. Tapi saya tetap jugak nak 'enterprem' hehe..Hmmmm wah2 ramai muslimah yang tak puas hati ye? Tapi saya puas hati je sebab saya rasa apa yang cuba disampaikan membuktikan saudara kita ni sayang pada kita sebagai seorang muslimah sebab tu lah dia bagi nasihat dan mengingatkan diri kita. Terima kasih ye! Kat sini ada sedikit petikan yang saya cedok dari beberapa artikel yang saya baca :

First pasal aurat dan pasal rogol2.

BANTAHAN KAUM WANITA

"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.

"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"

"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.

"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dari mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya

"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

Haaa kesilmpulan dari ayat2 di atas adalah, kalau kita sama2 menjaga aurat kita, kita telah membantu sesama kaum kita terselamat dari gangguan 'lelaki' yang ada belang zebra kat hidungnya..

Yang kedua pulak (ini untuk muslimin yang akan dan insyaallah akan jd pemimpin suatu hari nanti)

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Wahhhhh!!! beratkan tanggungjawab jadi lelaki ni? Nasiblah saya ni perempuan hehe..sumber2 ni semuanya saya copy n paste dekat wwww.zaharuddin.net. Kalau nk tahu lebih lanjut boleh la usha-usha kat sana ye!

SALAM UKHWAH
cokodok08

SirAlep said...

ok lah mat.
ana sahut seruan enta untuk lebih memanggang panaskan comment2 di post ni.

(ini semua dalah pandangan dari seorang capal yang hina)
sesungguhnya setiap perkara tu memerlukan keserasian dari 2 pihak/arah untuk menghasilkan sesuatu hasil yang sempurna.

sebagai contoh di dalam proses pembentukan kilat perlunya kepada udara panas dan sejuk bergabung.
lagi satu contoh, jika seseorang marah ia adalah gabungan daripada perasaan kurang sabar empunya diri dan juga perangai orang yang membangkitkan kemarahan itu.
maka dari situ tercetuslah MARAH.
(faham tak?)

jadi dalam konteks ini, kedua dua belah pihak (laki & wanita) tidak boleh dipersalahkan.semuanya ada 'share' masing2 dalam masalah umat zaman sekarang.lelaki tidak menjaga mata dan wanita tidak memaruahkan aurat mereka.

maka tidak perlulah menuding jari kepada mana2 pihak, sesungguhnya ia adalah salah KITA SEMUA.

kesimpulannya, kedau dua jantina perlu membaik pulih diri mereka dari segala segi.jika kedau dua jantina sudah mentaati perintah2 Allah, maka semua perkara maksiat tidak akan ada lagi yang berlaku di atas muka bumi.

BERTAUBATLAH.
BERUBAHLAH.
mari bersama-sama kita menuju ke arah itu.

Wallahualam.

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Anonymous:

Anda bijak apabila meletakkan artikel di sini. Lebih bijak lagi anda meletakkan sumber.. Pasal lelaki, kerana itulah saya berpenat lelah menyiapkan post ini kerana takut tergolong dari kalangan itu.

------------------------------------

SirAlep:

Anda sebenarnya telah menemui titik perdamaian antara kedua2 pihak. Syukran! tak sia2 ana menjemput anta.. hehehe..

sEnYuM said...

ana sebahagian dari muslimah knp ana x rase sakit hati..

hamba Allah said...

Salam,

maaf akhi terhadap kelancangan bahasa daripada kaumku.. benar kesalahan itu milik kaum hawa. memang benar kaum kami lebih banyak yang di azab oleh api neraka... ana juga faham niat nta untuk menyedarkan kaum hawa... dan terima kasih kerana prihatin, kerana ana percaya kaum hawa akan lebih terkesan jika nasihat itu daripada kaum adam sendri..
hmmmmm... tapi nta tidak boleh menyalahkan kami sepenuhnya...
maaf jika apa yang ana perkatakan mengguris pihak banin.. tapi itulah hakikat..
nta teruskan mentarbiyah shbat2 nta.. ana kan cuba menasihatkan kaum ana.. doakan jelah mereka yang masih tidak sedar akan kenyataan itu mendapat hidayah Allah..

Wallahua'lam...

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Ya, betul. Jangan jadi seperti 'Bangau oh Bangau', asik salahkan orang lain sahaja.

Tentang bahasa2 kaum anti, hehe.. Tiada apa2 salahnya. Cumanya ana dapat rasakan bagaimana rasanya kalau ana berada di pihak mereka. Gaya bahsa mereka menunjukkan perasaan mereka. Itu penting untuk penulis seperti ana.

Ana (kami) juga sedar yg bukan semuanya salah pihak anti. Takkan ada yang cuba untuk merangsang kalau tiada yang hendak dirangsangkan. Takkan pokok bergoyang kalau tiada angin.

Cuma satu pertanyaan, "Keikhlasan itu satu rahsia" bukan?

hamba Allah said...

ya.. keikhlasan suatu rahsia...
bak kata pujangga, keikhlasan itu umpama semut hitam diatas batu hitam pada waktu yang kelam.. kehadirannya amat sukar untuk dilihat..

hidayah zulkharnain. said...

agak ketinggalan lah ana.baru perasan kewujudan blog yang banyak manfaat ni.terpikat dengan postpost saudara.

alhamudlillah.masih ada seorang mujahid yang mengasihani kaum hawa di dunia akhir zaman ini.jazakallah ana ucapakan atas keprihatinan saudara pada kami yang bergelar hawa.

sedikit teguran buat pengkomen pertama di atas.
saudari yang dirahmati Allah,

|mahukan perempuan yg baik, tp diri sendiri tonggang langgang...|

ini ayat saudari.pada kefahaman ana maksud ayat saudari ni lelaki yang tak berapa nak baik tak layak nak dapat perempuan yang baik?.kalau macam tu.berjandalah seumur hidup perempuan yang baik tu sebab dalam dunia ni takde orang yang sempurna samaada baik@tidak termasuk kaum lelaki sendiri.

|tidak sedarkah kalian,
kalianh yg selama ini menyusahkan hidup kami...
menganiaya,merogol,membunuh??|

pertamatamanya.cuba kita samasama fikirkan.kenapa seorang wanita tu dirogol?.sebab sukasuka?.tidak bukan?.sebab seorang lelaki tu tertarik padanya.kenapa lelaki tu tertarik?.sebab wanita tu yang menarik perhatiannya+meransang nafsu lelakinya.macam mana pula tu?.ha.dengan cara yang saudara muhd alfateh ni beritahu dalam post beliau.

kita tak boleh salahkan kaum lelaki bila diri dianiyai+diperosak.sebab wanita tu sendiri yang 'merelakan+membenarkan' diri diperosak.ingatlah.bila kita nak lihat umat zaman dahulu.lihatlah pada lelakinya.tapi kini.kalau kita nak lihat umat masa hadapan.lihatlah pada wanitanya.renungrenungkan.amanah sebagai seorang wanita sangat berat saudari.jangan hanya bangga ditabalkan sebagai wanita dalam IC+memiliki wajah menawan menggoda lelaki.bangga lah dengan ketinggian darjat wanita dalam Islam tu sendiri.jangan sekalikali kita merendahrendahkan kaum kita sesuka hati.

akhir sekali.ingat kembali 1 katakata ni.|kebangkitan+kejatuhan seorang lelaki adalah bersandarkan pada wanita di belakangnya.|ikutkan ayat ni bermaksud.kekuatan+kelemahan seorang lelaki tu sebenarnya terletak pada wanita.jadi wanita,kita lah yang sepatutnya membantu kaum lelaki dalam memantopkan keimanan mereka.+lelaki sememangnya seorang pemimpin yang harus memimpin wanitanya dalam menyambung risalah nabi bukan memimpin tangan wanita ke hulur ke hilir tanpa arah tuju.

insyaAllah.ini je daripada ana.maaf andai ada terkasa bahasa.terlajak bicara@tersalah berkatakata.diri ini hanya insan lemah yang masih mencedokcedok ilmu agama.

|tulislah dengan hati.kerana seindah penulisan itu datangnya dari hati kita yang dipeganga erat olehNYA|

wassalam.

banat said...

tak menyangka, bahawa semua ini tercetus di minda kalian bertiga. rasa kagum dan hina nampaknya mulai terpalit dalam diri ini. rupa-rupanya disebalik longgokan-longgokan sampah yang kebanyakannya rosak, masih banyak lagi sebenarnya yang boleh digunakan.

antumla harapan ummah bagi kami. jadilah penyelamat dan perantara bagi kaum2 hawa yang mungkin kebanyakannya keras kepala dan annoying lagi menyusahkan kaum adam di luar sana..agar tertegaknya daulah islamiah di muka bumi.

ana universal. tak menyebelah mana-mana pihak.. itulah yang tiba2 terterbit di hati ana sebentar tadi..

abuyon said...

Salam. Saya cadangkan kepada yang berkenaan agar tulis pula sebagaimana yang ditulis oleh saudara pemuda kita itu. Atau tuan punya blog tulislah di atas nama lelaki pula. Lihat dari sisi itu pula. Ke guane?

Anonymous said...

teringat kate2 dtok dr haji fadhilah kamsah (kalau betol ejenyer)
die kate : "~bla3..something2~ ana sedih dgn kenyataan 1 drpd 3 kaum wanita akan msok nerake..ana bkn sedih sbb ana syg kaom wanita tapi ana sedih sbb 1/3 kaum wanita yg akn msok nerake tu,msok nerake sbb kite..kaum lelaki!..

so..jgn slh kn org psl bab ni..pikir..pikir salah kite..
kalau kite slh kn org,,mcm mane diri kite sndiri nk baek?

muslimah said...

haha.agk ketinggalan~ emm,mula2 bce post ni.. setuju jugak dgn pendapat penulis..mmg muslimah kena pandai menjaga maruah mereka..sbb xsemua lelaki yg blh menahan nafsu mereka/mnundukkan pndgn mereka..

tp...lelaki juga ade peranannye..
xbleh nak slhkan pompuan jek..
lelaki pon perlulah nasihatkan kaum hawa..
xsemetinye kpd 1 individu jer..
blh nasihatkan kpd anggota2 yg satu kelas/kat sepupu2 yg rapat..
kengkadang nasihat seorg lelaki amat berguna kpd seorg perempuan..menunjukkan bhw ade juga kaum adam yg masih mengambil berat thdp keadaan kaum hawa masa kini..

teruskan berkarya dan menyebarkan dakwah dgn cara yg betul!! (suke dgn post sebegini sbb dpt bermuhasabahkan diri). syukran

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

to chickenrice:

Heh.. trima kasih kerana berkarya pula di sini.. Rasanya komen anda boleh dijadikan rujukan bagi mereka2 yg "berkenaan".. Syukran Jazilan!

-----------------------------------

to banat:

setiap adalah harapan ummah.. Anda tidak boleh menolak kenyataan itu.. Jadi, bersamalah!

-----------------------------------

to abuyon:

Cadangan yg baik! Mungkin perlu cari masa untuk berkarya yg ini.. ataupun mana2 kaum hawa mahu sahut cabaran? lebih asli bukan?

-----------------------------------

to Anonymous:

Anda mengangkat perkataan seorang pakar motivasi utk berlawan dgn ayat Allah (Yusuf:28) dan hadis nabi? (memandang wanita itu panah beracun bagi syaitan)

-----------------------------------

to muslimah:

Ye, kami juga bersalah dlm hal ini.. Tapi, x perlulah melenting tak tentu pasal bila dinasihati.. Kan peringatan itu berguna bagi org BERIMAN..

-----------------------------------

to Anonymous:

Benar, perempuan lebih mudah masuk syurga, berbanding lelaki.. Hanya perlu melakukan rukun Islam, taat suami, dan tingalkan larangan itu sudah cukup.. Berbanding lelaki yg perlu mendidik anak, isteri, perlu berjihad, dan mcam2 lagi. Tapi, Nabi juga ckp, wanita paling ramai di neraka? Mengapa? Sudah tentu kerana PEREMPUAN JUGA MUDAH MASUK NERAKA....

Ade satu perkara yg perlu dijelaskan di sini.. Saya bukanlah seorang yg anti-perempuan dan membenci keseluruhannya.. Sehinggakan bertanya saya ade adik beradik perempuan... Kalau mahu jawab, saya kata "saya ada adik perempuan seorang".. Tapi tak perlu..

Kerana apa? Anda tak percaya bahawa apa yg saya tulis ini boleh diterima wanita kan? Anda boleh lihat sendiri.. daripada 23 komen di sini, 7 daripadanya perempuan yg menyokong.. manakala yg lain2 yg x dikesan banyak lagi...

Bahkan, baru2 ni saya TERjenguk blog seorang bergelar hawa dan dia menyiarkan "copy paste" lagi siap kat blognya (link ke sini sudah tentu..) jadi, nak gaduh apa lagi?

Anonymous said...

maaf, saye bertanye anda ade adek @ akak kerana, sy ingin berkenalan dgn nye, x de niat utk menggunakan em0si dalam menulis maaf jika dianggap begitu.. maaf juga jika c0mment ini menyebabkan anda bersangka buruk.. saya, bkn tidak mahu mengaku, bahkan saya akui.. kebanyakan yg anda tulis adalah benar2.. sangat2 memberi satu kesedaran dalam masyarakat muslim sekarang.. hehe, maaf jika menyebabkan anda tidak senang, bkn maksud saya menjadikan anda fikir, anda anti perempuan.. tidak begitu.. bahkan, saya mengh0rmati anda.. pasti adek perempuan anda dijaga dan dilindungi bukan?? itu maksud saya..

ya, saya juga salah se0rg dr yg setuju dgn anda punye p0st.. mungkin salah saya menulis menyebabkan anda silap int0nasi bacaan p0st saya.. maaf, saya x sengaja~

lg pula, saya juga ade ckp.. wanita juga ramai di neraka.. sewak2 nabi naik ke langit kan?? nabi ada melihat semua itu.. ye, saya mengakui itu juga.. benar2lah salah wanita.. saya amat2 bersetuju.. maaf menimbulkan salah faham, b0leh delete c0mment saya yg ini dan sebelumnya, saya x mahu ia menimbulkan fitnah bg dr saye.. dan x mahu juga dijadikan fitnah bg wanita lain.. maaf.. m0ga Allah redha..


sama2 menembak d0a, m0ga ade yg kene~ AMEEN

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Heh.. say sudah agak itu.. jgnlah begitu.. komen anda mungkin menimbulkan fitnah bgi sangkaan anda. tapi mungkin boleh menjadi rahmat kpd pembaca yg lain..

(Anonymous itu glamour bkn? jadi, x perlu takut... semua org boleh jadi anonymous.. hehehe)

Tooth Mechanics said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
wantaiko said...

salam..sye xsangka artikel sye ni memberikan kesan sebegini kepada pembaca..terima kasih kepada tuan pemilik blog kerana menyiarkannya..

Vita Meglio said...

salam

saja nak penuhkan ruang komen

sabor je la..huhu

abdul wahid said...

Muhd Alfateh.? Syukron Katsiran ......
Memang Allah telah menjelaskan Fitnah terbesar bagi kaum lelaki Harta, Tahta dan Wanita. Yang terpenting kita tahu itu dan terus semangat memperjuangkan yang haq Insya Allah..

Anonymous said...

salam.
ana pernah tegur dan nasihat sorg kwn perempuan ana utk jage aurat dan maruah dia. stiap kali ana akan nasihat dan tegur dia kalo dia kluar rumah pkai bju ketat dan x pakai tudung. alhamdulillah dia sudah berubah sikit2. tapi mslhnye skrg ni,die smakin menjauhi pkare2 baik yg ana ajarkan dlu. cthnye, die skrg slalu pki bju ktat dan kdg2 mnampakkan sdikit bhgn dadanya. tudung pun dah x pakai. alasan dia tak mahu pakai tudung bila keluar,untuk biar sy melihat kecantikan dia. dan bila ana menasihat dan menegurnya lagi,dia akan marah & mrajuk. apekah?

ya akhi,ana meminta enta menasihatkan ana,ape yg perlu ana buat utk ubah dia mnjadi muslimah yg solehah. sebab ana takut ana tak dapat kawal nafsu ana melihat kawan ana sendiri jdi bgini memandangkan dia adalah tunang ana. ana tak sanggup meninggalkan dia dan membiarkan dia terus bergelumang dalam dosa dan maksiat.

syukran.

wantaiko said...

dapatkan koleksi artikel2 keinsafan di blog saya..http://wantaiko.blogspot.com

khalifah said...

salam...
walaupun da byk(bole lah byk...) perempuan yg tutop aurat dgn sempurna, tetapi nape mash ade istilah couple , dlm suatu skola agama contohnye...ana bukan nk membangkang, tapi realitinye skrg nie teramat3lah susah nak jumpe llk yg jaga matanya..klu yg skola agama, mmg akhowat da tutop aurat sempurna, tapi masih ade mata2 yang selalu perhati(llk la tu..),nampaklah kat situasi ni bahwa pokok pangkalnye masing2 la...sungguh!mmg susah nak jumpa llk zmn skrg yg jage btol2 matanya dr panahan syaitan...

zz.ash said...

susah sebenarnya mencari lelaki-lelaki yang masih mempedulikan tentang wanita di masa kini. terima kasih kerana menjadi sebahagian daripadanya. ana sangat menyukai post anda. sangat berkesan....

zz.ash said...
This comment has been removed by the author.
cmud said...

syukran atas ingatan
sekarang ni susah nak jumpa lelaki yang mampu beri ingatan pada wanita
ana terima teguran anta
manusia dijadikan untuk saling ingat-mengingati

azrin|kun said...

SALAM

Adam Hawa sama sahaja.. itu seperti perbalahan..tahu mencari kesalahan orang lain.. pelik betul..

Anonymous said...

SALAM...
mgkin agk terlewat mmbaca blog ni..
trima kasih ats pringatan buat kaum hawa.

insan yg lemah said...

mohon share ye.. ana pun hadapi komen yg sama.. jazakallah =]

upss... said...

Aduhai..
bace komen kat sini dah macam bace artikel yang baru...

Wahai ukhti diatas..
Susah sangat ke nak ikut syariat islam??..
Senang camni lah..
Jika ukhti seorang yang "MURAH".. maka, dedahkanlah aurat mu..
Tetapi, jika ukhti seorang yang "MAHAL".. maka, ikutlah syariat islam..

Ukhti dedahkan aurat maksudnya ukhti seorang yang MURAH.. MURAH!!!

Yesss.. MURAAAHH!!!!

penghuni al-amin said...

sedih+kcewa.mgapa prlu saling salah myalahkan?bknkh Allah mnciptakn lelaki dn prempuan utk saling lgkap mlengkapi?klu bgitu apekah guna/hikmah Allah mnjadikn lelaki dn prempuan?seakan2 sdh mncabar ape yg tlh Allah jadikn..

mgkn ana x smpat nk mgarang sajak2 nan indah,tp tlg tlg dn tlg bukalah mata hati.org2 yg x nk/sukar mnerima nsihat tndanya hati sdh gelap.jernih2 kan kmbali.mmg pringatan slalunya pedih krana ia mgingatkn dn mnegur kt akan kslhn2 yg kt lakukan.itulah tjuan tazkirah.ilmu ana tdklh stinggi m.al-fateh,tp trgerak hati utk mnegur.sgt sdih + kcewa yg tramat sgt.prbanyakkan mmbaca al-quran

saranan ana,dgrlh lagu tombo ati-opick utk mndptkn tips2 mnjernihkan hati yg kian brkarat.wallahua'lam..

Insan said...

1st Comment memang teruk.. Tapi terima kasih atas nasihat..

kamilah... said...

Assalamualaikum...
kadang kala seseorang insan itu tidak mahu dirinya berubah disebaliknya...
mungkin perubahan yang berlaku pada dirinya disebabkan pelbagai faktor..
jika tiada siapa yang ingin menegur..
tidak mustahil dia akan terus tersesat..
insan lain yang hampir dengannya jangan hanya mengaburkan pandangan saja...
lakukan sesuatu pada insan yang anda sayang agar sama2 agar hidup penuh dengan keredhaan Allah...
Insyaallah..

kamilah... said...

Assalamualaikum...
kadang kala seseorang insan itu tidak mahu dirinya berubah disebaliknya...
mungkin perubahan yang berlaku pada dirinya disebabkan pelbagai faktor..
jika tiada siapa yang ingin menegur..
tidak mustahil dia akan terus tersesat..
insan lain yang hampir dengannya jangan hanya mengaburkan pandangan saja...
lakukan sesuatu pada insan yang anda sayang agar sama2 agar hidup penuh dengan keredhaan Allah...
Insyaallah..

kamilah... said...

Assalamualaikum...
kadang kala seseorang insan itu tidak mahu dirinya berubah disebaliknya...
mungkin perubahan yang berlaku pada dirinya disebabkan pelbagai faktor..
jika tiada siapa yang ingin menegur..
tidak mustahil dia akan terus tersesat..
insan lain yang hampir dengannya jangan hanya mengaburkan pandangan saja...
lakukan sesuatu pada insan yang anda sayang agar sama2 agar hidup penuh dengan keredhaan Allah...
Insyaallah..

Anonymous said...

Besabarlah wahai nasrullah..Allah sntiasa brsama2 org yg BENAR...Siapa yg mkn cili dia yg rasa pedasnye...pandanglh dri sudut POSITIF...Pandanglah dgn IMAN dan bkannya dgn hawa nafsu semata-mata...Islam itu INDAH..tetapi kite yg telah mengotorknnya dgn amalan maksiat n hawa nafsu...Majoriti penghuni neraka adalah kaum HAWA...pikir2kanlah...Betapa susahnya Rasulullah menaikkan martabat kaum hawa..tetapi begitu mudah sekali kaum hawa memperlekehkannya..tutup AURAT tue WAJIB...tapi zaman skrg soal aurat diperlekehkan..terikut2 dgn budaya BARAT yg terang2 menyesatkan...layak dilabel sbg PERUNTUH KEIMANAN KAUM ADAM..INGATLAH,dunia nie hanya tempat persinggahan,maka perbanyakkanlah amalan tuk bekalan akhirat...jgn sesekali mencari kesalahan orh laen semata2 kepentingan diri sendiri...RENUNG2KAN & SELAMAT BERAMAL..

sheira althafunnisa said...

alfun syukr krana sudi mnulis satu note yg bgi ana agak mnyentuh...lpas ni adalaa idea ana nk tulis luahan buat kaum adam plak...
opss..jngn slah sngka...ana bukan nk berremosi atau saling menyalahkan...
tapi niat d hati hanya nak sling brpesan-pesan..
sabda Rasulullah;mafhumnya:"manusia itu seperti banggunan...kerana saling bersandaran antara satu sama laim"
mksudnya..:saling bpesan-pesan...sykran...

sheira althafunnisa said...

alfun syukr krana sudi mnulis satu note yg bgi ana agak mnyentuh...lpas ni adalaa idea ana nk tulis luahan buat kaum adam plak...
opss..jngn slah sngka...ana bukan nk berremosi atau saling menyalahkan...
tapi niat d hati hanya nak sling brpesan-pesan..
sabda Rasulullah;mafhumnya:"manusia itu seperti banggunan...kerana saling bersandaran antara satu sama lain"
mksudnya..:saling bpesan-pesan...sykran...

~ cahaya yang dicari ~ said...

Assalamualaikum..... jazakallah.. atas entry nya yg sangat menarik perhatian ana....sesungguhnya kaum hawa tetap hawa dan tidak tahu kemungkinan2 pemikiran sang Adam,,,, begitu juga sebaliknya... apa salahnya klw kita terima dlm keadaaan positif...sekurang2nya ia mengingatkan kita wahai akhowat semua bagaimana pandangan si Adam terhadap kita yg digelar muslimah..... oleh itu....saranan ana yg juga sebagai seorang muslimah....... positifkanlah pemikiran kita...insyaALLAH kita akan jumpa manfaat yg banyak dlm entry2 seperti ini.... wallahua'lam.

Hamba ALLAH.. said...

Assalamualaikum,
terima kasih atas nasihatnya.
Moga-moga semua mengambil pengajaran atas ape yg dinasihatkan.
Kadang2 kita tak penah sedar apa kesalahan kita,dan sbagai seorang mu'min yg bersaudara sudah menjadi kewajipan untuk kita saling nasihat-menasihati antara satu sama lain. Dan tentunya ia akan menjadikan kita HEBAT suatu hari nnti. Insya-ALLAH.
wALLAHua'lam.
syukran ya akhi..

Anonymous said...

~salam ukhwah~
semoga dipermudahkan....
adakalanya tak semua apa yg kta fikir itu btul..mmg agak sukar sedikit untuk menegur org yg lansung tak mahu menerima tguran,situasi mcm ne selalunya dah terhantuk baru nak terngadah..pd waktu tu, baru lah dia sedar tggi rendahnya langit...
input ne membuka akal&fikiran sy.
wasalam