Monday, July 7, 2008

Doa'...Keperluan atau Tuntutan..?

Melihat orang mengerjakan sembahyang setiap hari menerbitkan pelbagai persoalan di dalam hati ini... Tidak kira di sekolah ataupun di surau ... namun apa yang ana ingin katakan di sini adalah tentang berdoa'.. Ia bukanlah tika sembahyang sahaja, tetapi dlm kehidupan seharian...

Seperti yg diketahui doa' merupaka satu elemen penting dlm kehidupan seorang mu'min. Ia merupakan pengakuan drpd hamba kpd tuhan. Ianya bukan hanya sekadar ketika kita berhajat atapun mempunyai sesuatu yg membebankan. Namun begitu, ana hanya melihat doa' sekadar bg meringankan beban ataupun mempunyai hajat tertentu. Ini dengan jelas dpt dilihat dlm kehidupan para pelajar apabila mereka hanya berdoa' dgn bersungguh pd waktu periksa sahaja. Selepas waktu periksa, dimanakah mereka meletakkan Allah..? Hanya bertuhan waktu periksa saja kah..?Pelik2....

Sebenarnya, doa' bknlah hanya sekadar untuk meminta, tetapi lebih drpd itu. Dan jika betul kita hanya berdoa' untuk meminta, kenape ade mase kita berasa malas untuk berdo' kerana setiap masa, detik, jam, hari kita bergantung semata2 kpd Allah... Kita sentiasa perlukan pertolongannya. Tidak sedarkah kita perkara itu..?


Selain itu, seperti yg diberitahu td ia juga merupakan pengiktirafan kita sbgi hamba kpd tuhan di mana hanya kpdnya kita bergantung..
Selain itu, ianya ialah suatu tuntutan yg memang amat digalakkan dlm Islam sendiri. Sabda nabi:"Mohonlah kebaikan drpd Allah kerana sesungguhnya ia suka akan org yg meminta-minta kpdnya dan sebaik2 ibadah ialah menuggu kelapangan(terlepas drpd kesusahan)- riwayat Tirmizi-

Bagi mereka yg memang merasai keislaman serta pergantungannya kpd Allah, doa' merupakan penggerak dalaman serta memberi kekuatan, keberkatan dlm hidup. Tambahan lagi bg mereka yg sentiasa berhadapan dgn masalah, mungkin Allah mahu kita mendekatkan diri kpdnya dgn cara berdoa'. hanya gambar hiasan

Di samping itu, orang yg berdoa' juga memperoleh fadhilat serta kebaikan yg byk. Ia berperanan sebagai sesuatu yg penting bagi mendapatkan keberkatan, keredhaan serta perlindungan Allah. Orang yg tidak selalu berdoa' pula atapun hanya berdoa' apabila berhajatkan sesuatu bukan sahaja menutup pintu2 kebaikan yg dtg kpdnya, bahkan dimurkai oleh Allah.
Sabda nabi: sesungguhnya org yg tidak meminta kpd Allah, dia murka kpd mereka.


Akhirnya, hakikat ummat kita sekarang hanyalah berdoa' sebagai rutin harian bg mereka yg solat di masjid ataupon surau... Bagi mereka yg solat di rumah entahkan doa' entahkan tidak.. isy,isy,isy... itu tidak dikira lagi mereka yg hanya berdoa' apabila hendak periksa ataupun ketika tahlil arwah.. tambahan lagi mereka2 yg x fhm apa yg mereka doa'kan..memang rosaklah ummat kita.. sedang doa'lah salah satu senjata canggih ummat islam bg berhdapan dgn musuh2 yg mempunyai senjata2 yg termatlah canggih... Marilah kita sama2 menyedari bahawa berdoa' bukanlah sesuatu yg dilakukan hanya dikala berhajat ataupun rutin harian..


Marilah kita sama2 berdoa' dn mengajak rakan2 kita meminta pertolongan kpd Allah agar memberi hidayah kpd mereka2 yg jahil din luar sana..
Sebelum mengakhiri post ini, ingin sekali ana kongsikan satu lagu.. Moga2 bermanfaat...

No comments: