Tuesday, July 8, 2008

Solatku..... Sempurnakah ia...??

Ku memberi salam kedua mengakhiri solatku. Sejurus saja selepas itu, kedengaran lah suara2 yg mula membising di sekitar ku.. "isy,isy,isy... x boleh senyap sekejap ker, bdk2 nih x berdoa' ker" detik hatiku... Selesai imam memanjatkan permohonan kpd Tuhan dan diaminkan oleh sekalian jemaah, aku mengikut rutinku seperti biasa untuk menyempurnakan mana2 bahagian yg tidak sempurna kekhusyukanku di dalam solat td dengan menunaikan solat rawatib(ba'diah). Sebelum memulakan solat, aku menoleh ke belakang melihat kengkawanku yg melakukan kerja seperti biasa iaitu BERBORAK kosong. Hatiku terdetik kekesalan, tetapi apakan dayaku.


Tetapi, sesuatu yg mengejutkanku berlaku. Seorang rakanku yg biasanya mengetuai pakatan beborak selapas solat tiba2 bangun, lagaknya seperti mahu menunaikan solat sunat. Dan sebagai kejutan buatku, dia benar2 menunaikan solat seprti yg tidak disangka2. Hatiku melonjak keriangan melihat situasi yg baru berlaku.Teringatku kata2 seorang naqib ke
sayngan sewaktu di 'sekolah' dahulu,"kemanisan berdakwah dpt dirasai apabila kita melihat suatu perubahan.ketika itu, tiada siapa yg dpt menggambarkan betapa gembiranya hati."


Jadi, dedikasi kpd situasi tadi, ana ingin sekali menyentuh tentang isu yg byk dipandang remeh oleh kebanyakkan org islam sekarang iaitu, SOLAT RAWATIB...





SEMPURNAKAH SOLATKU SETIAP HARI?


Dalam menempuh hari sebagai seorang muslim, solat merupakan suatu yg x munngkin dilupakan oleh seorang yg mengaku dirinya seorang muslim. Bagi yg tidak menunaikan solat, memang sudah kritikal keislamannya. Jadi, dalam menunaikan solat setiap hari adakah kita yakin yg solat yg kita lakukan memang cukup sempurna 100%.? Mampukah solat kita yg tidak seberape itu diterima oleh Allah..? Jika dikira sah atau tidak sah, sudah tentunya kebanyakkannya solatnya sah... Tetapi adakah kita tidak takut sekiranya solat kita digolongkan di dlm solat yg tidak sempurna..? Azab yg pedih menuggu bg mereka yg tidak sempurna solatnya.


Tuhan telahpun menyediakan peluang kpd kita sebenarnya untuk memperbaiki solat kita yg tidak khusyuk dgn menampal segala kekoyakan/keurangan ketika solat fardhu. Walaubagaimanapun, bagitu ramai yg mensia2kan peluang yg telah Allah berikan kpd kita untuk menampung kekurangan ini dgn menyangkakan bahawa solatnya sudahpun lengkap sepenuhnya
.Sedangkan die tidak tahu bahawa cucu Nabi,iaitu Hassan R.A pernah berkata:
"Kalau solat kamu itu tidak dpt menahan kamu drpd mngerjakan perkara mungkar dan keji, maka kamu dianggap tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti, solatmu itu akan dilemparkan ke mukamu semula seperti bungkusan kain tebal yg buruk."




Jadi, tidakkah anda semua tidak merasa takut dgn ancaman tersebut..? Sehingga boleh sahaja terus berborak2 kosong tanpa mengambil walaupon sedikit masa untuk memanjatkan doa' supaya solat kita diterima Allah, iaitu dgn menunaikan solat rawatib...? Wajarkah lagi jika kita mengatakan bhw solatku sudah cukup sedangkan ia tidak dpt menahan kita drpd melakukan perkara keji..? Sedarlah sahabatku, marilah kita sama2 mengerjakan solat sunat rawatib. Mahukah kita dicampkkan amalan solat ke muka kita seperti segumpal kain buruk..? Oleh itu, marilah kita sama2 mula mengerjakan bagi mereka yg melum pernah dn bg mereka yg baru bermula, ana harap dpt istiqomah... Insya Allah....

2 comments:

Ibnurashidi said...

salam...

seringkali kita mendengar tazkirah berbunyi solat itu menghalang kemungkaran..tetapi sejuah mana keberkesanannya..minta pendapat..

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Ya Allah, kau terimalah solatku ini..
Sungguh cuak diri ini jika solat x diterima oleh Allah... seperti yg telah ditulis di post ini, sekiranya solat itu tidak dpt mencegahnya drpd melakukan mungkar, maka ianya dikira tidak melakukan solat dan pd hario akhirat amalan solatnya akan dilemparkan ke mukanya... Na'uzubillahi min zalik...

Jadi, marilah kita sam2 melihat solat kita.. sempurna atau tidak..? jika tidak, tampunglah ia dgn solat sunat rawatib.... insya allah