Saturday, July 12, 2008

Tidak Sanggupku....

Dia melepaskan keluhan berat. Haba bahang panas mentari langsung tidak bererti apa2 buatnya. Perasaannya bergelojak sejak dari pagi tadi. Meskipun mukanya menunujukkan tiada apa2 dan bersahaja, namun dia merupakan org yg pandai menyembunyikan perasaan yg terbuku dlm hati. Keributan hatinya menyebabkan dia tidak dpt menumpukan perhatian pd langkahan kakinya, lalu menyebabkan dia tersepak sebijik batu besar. Mujur tidak jatuh, tetapi sakitnya hanya tuhan yg tahu. Tetapi, itu tidak bermakna apa2 bgnya lantaran perasaan hatinya yg berbelah bahagi. Tidak tahu apa yang dirasakan. Mungkin sedih, mungkin juga gembira. Mungkin bersuka, mungkin juga berduka.


Pagi tadi merupakan hari yg memang memeningkan kepala bgnya. Kejadian itulah yg menyebabkan kepalanya masih tidak dpt menafsirkan perasaannya sehingga kini. Walaupon dia sudah lali dengan kejadian itu, mungkin hampir setiap kali dia bertukar tempat belajar, tapi kali ini melihatkan sedikit kelainan. Banyak juga sebenarnya.

Sejak dr awal tahun perkara itu telah menghantui dirinya. Dengan meminta dn memohon kpd Tuhan yg Maha agung supaya memberikan yg terbaik buatnya. Tetapi, dia lebih terdorong untuk mengelakkan diri drpd perkara itu. Mengingatkan faktor2 yg byk mempengaruhinya pd awal tahun dn persekitaran yg lain drpd yg lain, dia seboleh2nya mahu mengelakkan diri. Namun tuhan tetap tahu mana yg terbaik buat hambanya. Suatu benda yg cukup berat bak gunung Kinabalu diletakkan di atas tengkuknya. Bagai memikul sesuatu yg cukup berat. Bagai menyuburkan sebuah padang pasir sahara yg sudah gersang, bukanlah suatu perkara yg mudah. Dia mengeluh lagi.....

Bagi org lain, mungkin ianya merupakan suatu kelebihan berbanding manusia2 di sekelilingnya selain berlainan dr segi warna pakaian, ia juga sebagai medium menonjolkan diri. Namun tidak terlintas langsung di fikirannya tentang perkara tersebut. Yang ada di fikirannya hanyalah ketika di Alam Barzakh nanti, disoalkan kpdnya akan segala tanggungjawab yg terbeban keatasnya. Dan juga ketika Yaumud Din(hari pembalasan), di mana seluruh manusia akan di balas atas segala yg dilakukan. Dan sudah tentunya beban yg amat berat bgnya ini akan turut dipersoalkan di sana nanti. Keluhan yg entah kali ke berapa terlepas dr bibirnya.


Tiba2, akalnya teringatkan sebuah hadis yg maner sgt popular di kalangan pelajar di tempat dia belajar dulu. Ia juga popular di blog ini... ianya x lain x bkn ialah:

من رأ منكم منكرا فاليغيره بيده فاءن لم يستطع فبلسانه فاءن لم يستطع فبقلبه فذالك أضعف الاءيمان

maksudnya:"siapa di antara kamu yg melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mencegahnya dgn tangan(kuasa). Jika tidak mampu cegahlah dgn lidah, jika x mampu cegahlah dgn hati. Maka itu adalah selemah2 iman..."
Hatinya semakin tenang apabila teringatkan hadis tersebut. Ternyata dia amat merasakan bahawa tuhan telah memberinya apa yang terbaik. Ini menjadikannya sebuah kelebihan dgn dpt menggunakan pilihan pertama dlm hadis tersebut. Maka ia boleh memperoleh peluang untuk melakukan perkara yg menjadi sekuat2 iman, bukan selemah2 iman seperti pilihan yg ketiga dlm hadis tersebut.


Untuk menenangkan hatinya yg sudah semakin tenang, dia menylok poketnya lalu mengeluarkan sebuah kitab suci Al-Qur'an yg memang sentiasa dibawanya, lalu membukanya. Sedang dia menyelak2 kitab tersebut, terlihat dia akan sepotong ayat:

كانوا لا يتناهون عن منكر فعلوه لبءس ما كانوا يفعلون

maksudnya:"mereka tidak mencegah perkara yg mungkar, bahkan mereka melakukannya, sungguh celakalah apa yg mereka telah lakukan"
Hatinya kembali berasa tidak tenteram. Istighfar diucapkan acap kali. Mata dipejamkan bagi merehatkan otak yg semakin berserabut. Akhirnya dia terlena dibuai mimpi. Sebelum dia tidur, dia bertekad bahawa dia akan melakukan yg terbaik setelah dia dberikan jawatan untuk disandang dgn melakukannya sebaik mungkin.

Dia terjaga dr lenanya. Dalam tidurnya, dia bermimpi di mana dia berada dlm zaman dulu, ketika Rasulullah masih hidup. Dia melihat adegan di mana Abu Hurairah meminta supaya dia diberikan tanggungjawab ataupun jawatan. Masih segar dlm ingatannya jawapan Rasulukllah ketika itu, "barangsiapa yg meminta diberikan tanggungjawab, maka Allah akan membiarkannya melakukan tanggungjawabnya sendiri. Tetapi, jika tanggungjawab itu diberikan oleh Allah kerana dia org yg layak, maka Allah akan membantunya dlm urusannya"

Hatinya kembali tenteram......

(maaf bg mereka yg tidak faham... bg mereka yg faham, ambil lah sedikit sebanyak dr ape yg ana ingin smpikan... insya allah...*isy,isy,isy...jawatan....jawatan...jawatan...)

1 comment:

ainunsailahnordin said...
This comment has been removed by the author.