Tuesday, August 5, 2008

Maka......Bertahajjudlah........

Bangkit drpd tidur merupakan nikmat yg amat patut kita syukuri kerana berapa ramai yg kita tahu menemui ajalnya ketika sedang nyenyak tidur. Jadi amat wajarlah kita mensyukuri nikmat tersebut. Bagaimana? Adakah dengan bangun pada pukul 7.00 pagi, seperti kebiasaan org? Oh... luper pulak, hari sekolah bangun awal sikit kan? hahaha..

Islam adalah suatu agama yg mengajar seluruh cara hidup kita, sejak bangun dr tidur, sehinggalah tidur, sampai mampos.. Jadi, agama islam a
matlah menganjurkan ummatnya bangun malam menunaikan solat tahajjud. Ini sebenarnya mempunyai manfaat yg teramat besar tersendiri. Bagi seseorang, tahajjud merupakan kayu pengukur kpd kehidupan yg dia akan lalui pd hari tersebut.


Firman Allah:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Maksud: dan sebahagian drpd malam bertahajjudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu,mudah2an tuhan akan mengangkat kamu ke makam yg terpuji.


Hadis Nabi:أ
فضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل
Maksud: Puasa paling afdhal selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah yakni Muharram,dan solat paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat malam. (Riwayat Bukhari)


Jadi, selepas melihat hadis dan ayat Quran di atas, jelaslah bahawa sembahyang tahajjud ini memang menjadi suatu tuntutan yg amat besar bg org muslim. Ketika Salahuddin Al-Ayyubi memilih tenteranya untuk berjuang di barisan hadapan sekali juga, ia memilih yg solat tahajjud. Bukan itu sahaja, selain Salahuddin, ramai lagi panglima tentera islam yg mengamalkan sistem ini. Antaranya Khalid Al-walid sendiri, Umar Al-Khattab, Tariq bin Ziyad, dan lain
lain.

Jadi, masalhnya sekarang, ramai yg mahu mendirikannya, tetapi x tahu cara2 yg berkesan untuk berjuang habis2an menentang Nafsu yg sentiasa menggoda. Hasilnya, ramai yg tumpas di medan tidur di atas katil sndiri. Tidak kurang juga yg memegang kpd prinsip, niat sahaja sudah dpt pahala. Alahai.....macam2 bdk zaman sekarang. Nak pahala niat saja...kalauu die nmpk
pahala solat itu sndiri nanti pd hari kiamat, baru menyesal x sudah.\

Sebenarnya, ia dh terdapat dlm hadis...... Alamak, terasa malas pulak nk menaipnya. Bagi Adress jelah... pandai2 lah anda cari sndiri.. hahaha... kengkadang kene jugak bg pembaca ni bergerak sket otak dier.....asek nk kene suap jer.... smpi bler nk usaha sndiri...
(Sunan An Nasaie' Kitab Qiyamullail:No hadis1763)


Kite jugak disuruh mengejutkan ahli keluarga yg lain untuk bangun sekali solat tahajud. Seperti Rasulullah. (Sunan An-Nasaei' : no hadis1592)

Antara tuntutan yg lain jugak ialah memanjangkan berdiri dengan membaca surah panjang,(alamatlah susah nk buat..... dh lerr ngantuk... tp demi mendapatkan pahala sunat kita mesiti teruskan perjuangan!)........ dan juga melamakan sujud dgn membuat permohonan kpd tuhan waktu tgh sujud tuh.. ini kerana waktu sujud merupakan waktu kita paling dekat dgn Allah, jadi doa akan dimakbulkan dgn lebih cpt. Alamak.. hadis No baper dh
luper pulak...... Tapi rasenye Muttafaqun Alaih.. ader dlm Sahih Muslim.

Kesimpulannya, marilah sama2 kita tanamkan azam dlm diri kita. Bagi mereka yg masih belum mula bertahajjud, eloklah mulakan, Ramadhan pun dh nk dekat.Sama2 lah kita buat persediaan seadanya. Bagi mereka yg sudah mula, tapi x istiqamah, marila sama2 kita cube istiqamahkan. Bagi mereka yg sudah istiqamah, harapnya dpt menambah lagi amalan2 yg lain dn jadikanlah ini sebagai motivasi(eh, btul ker.....betul lah tu..). sekian........









.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum...
entri yang mantap..
ana baru ke blog nie...
pengisian yang simple tapi dapat menyentuh hati ana...
moga same2 diberi kekuatan tuk bertahajjud di bulan mulia nie..