Monday, August 4, 2008

Mengumpat? Aii.... Ada boleh Ada tak boleh...

Hidup dlm persekitaran org Melayu, pastinya x dpt lari dr perkara mengumpat nih.. Setiap hari, x sah jika x dgr org mengumpat. Tak kira di sekolah, di kedai, di surau, dan di pejabat, semuanya pasti akan ada perkara terkutuk ini. Masalahnya sekarang, hendak terjebakkah dgn perkara ini? Lebih memeningkan kepala lagi apabila seseorang yg mengumpat itu ditegur,"eh... ini perkara betul.. bukan main cakap jer.."... Aisyy..! macam2 org Melayu sekarang ini.. Perkara yg asas mcm tu pon masih ssh lagi nk fhm... Kalau kita ckp perkara yg betul, itulah yg dinamakan mengumpat. Jika perkara itu tidak betul, maka fitnah namanya.. Jadi kalau ada org jwb mcm tu lagi bila kita tegur, bagitau die perkara ni.Kesian ana dgn org jahil ni. Kalau dier x nk dgr jgk, bg jer penampar... Habes citer...


Selain drpd jwpn yg di atas td, tidak kurang juga yg menjawab,"ini x dikira mengumpatlah.. mana ada.."ataupon"ini mengumpat harus..xperr.."
Masya allah.. makin merekacipta org zaman sekarang nih..tanpa mengetahui perkara itu dengan lebih lanjut, selambe die jer ckp bende
2 yg dia sndiri tidak begitu pasti tntgnya.. Alahai,ummatku....


Ha.. bile dh ade org ckp mcmtuh, makin byk pulak timbul persoalan dlm benak fikiran mereka2 yg x tahu apa2 ni.Lebih teruk lg kalau yg pandai2 buat andaian sndiri,"oh, ade jgk mengumpat yg diharuskan.. kalau cmtuh bolehla ngumpat lps nih". Alamak, cmner nih..


Jadi, bg menguraikan segala kekusutan yg terdapat dlm minda semua org yg ade terfikir tntg perkaran ini,maka di sini ingin ana jelaskan perkara sebenar dlm konsep umpat mengumpat ini.
Secara asasnya, firman Allah:
ولا يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه

Maksud: dan janganlah kamu mengumpat sesama kamu,adakah antara kamu suka akan memakan daging saudara kamu sndiri nescaya kamu akan membcinya.


Jadi, kita dpt lihat disini, Islam amatlah sama sekali memandang perkara umpat-mengumpat ini sbgi perkara yg keji. Pertama sekali baik ana nyatakan dahulu ta'rif mengumpat mengikut kefahaman org ramai iaitu, menyatakan perkara tntg org lain di belakangnya yg dimana jika org itu mengetahui kita bercakap tntg perkara itu pasti dia akan marah. Lebih senang mencerita keburukan org lain dibelakangnyalah.. Tapi, adakah semua keburukan yg diceritakan kpd org lain dikategorikan sebagai mengumpat..? INilah yg ana ingin sekali jelaskan buat mereka yg masih kabur..


Imam Ghazali menggariskan 6 keadaan dimana kita diharuskan menceritakan keburukan org lain..iaitu:

1.Di depan hakim, iaitu dlm membela seseorang drpd penganiyaan.

2.Apabila meminta bantuan org lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran ataupon mengembalikan seseorang kpd kebaikan.

3.Mengingatkan tentang kejahatan seseorang dgn tujuan suoaya menjauhkan org lain daripadanya atas sebab kejahatannya, atapon supaya org tersebut berhati2 jika ingin mendekatinya. Ini juga dikira dlm menceritakan kesesuaian seseorang dlm memilih pasangan hidup.

4.Apabila seseorang itu memang sengaja terang2an membuat maksiat dn kefasikan dn bermegah2 dgnnya.

5.Ketika meminta fatwa atau sesuatu hukum dlm agama.

6.Apabila seseorang itu terkenal dengan suatu gelaran itu dn org hanya mengenalinya melalui gelaran itu sahaja. Maka tidak salah untuk menyebutnya walaupon itu nampak seperti mngumpat. Ataupon untuk mengenali seseorang itu, contohnya ade org tanya"nmpk Mad tak?" kita pon tanya balik, "Mad yang mane? yg gemuk2 tu ker?"... Ini juga dibolehkan...


Selain itu, menceritakan keburukan org lain juga amat penting untuk memilih pemimpin,seperti juga memilih bakal pasangan..(alamak, dh masuk politik sikit nih.. hehehe..). Pemberitahuan tntg keburukan org untuk memilih pemimpin hendaklah bersandarkan asas untuk memberitahu org ramai 'org yg seperti ini x layak mnjd pemimpin'. Imam Yusuf Qardhawi menyebut dlm kitabnya, Halal dn Haram dlm Islam, "Jika pemberitahuan itu dpt ditempuh dgn sindiran, maka tidak perlu berterus terang". Tetapi org ckp, org Melayu ni kalau x ckp direct die x terase.. dn ssh nk fhm.. tu yg kadang2 kene fire jer terus. Bagi sedar sikit.


Sudah2..melalut sampai politik pulak. Apa yg ana ingin nyatakan di sini sebenarnya, dalam menceritakan keburukan org lain mengikut 6 perkara yg dinyatakan di atas, kita hendaklah juga memelihara adab dn tidak menjatuhkan maruah sahabat2 seislam kita yg lain..Dan juga, cuba bersungguh2 untuk mengelakkan perkara mengumpat ni. Besar dosanya..wallahua'alam..





.

3 comments:

Afiq Fahmi said...

...aslmkm wahai saudara al-fateh

terima kasih kerana tulis tajuk pos ni...

pndpt ana,pos ni mmbantu ana..syukran...

Afiq Fahmi said...

aslmkm..saudara al-fateh

pndpt ana pos ni mmbantu ana apa yg ana bljr dr bab mengumpt.lebih2lg pos ni mangingatkn ana...syukran.ya al-fateh..

Anonymous said...

ini die..
syukran muhammad atas link trsebut