Thursday, August 21, 2008

Edisi Khas Merdeka-Bahagian Pertama:Merdekakah Kita..?

Seperti yang telah diwar2kan kt TV ke, radio ke, semua media seluruh negara, tepat pada 31Ogos2008, malam itu kita akan memulakan solat tarawih secara jemaah di semua surau dan masjid seluruh negara... Eh.. ape kene mengene dengan tajuk nih.. awal2 dh merepek dah.. Baiklah.. 31Ogos setiap tahun merupakan hari sambutan Kemerdekaan bagi Negara Malaysia yang "tercinta" ini (lah SANGAT..). Jadi, menjelang kemerdekaan ini, terdetik di benak fikiran ana untuk membuat beberapa siri artikel khas sempena kemerdekaan kita yang ke-err.. 51 ek? betullah tu..fikir

Aii.. apsal die tulis ke-50..? adoyai.. tersilap ameklah pulak,,, tp xper.. same je..


Jadi, anda telah baca tajuk yang di atas kan? Merdekakah anda? Merdekakah ana? Merdekakah kita? Jawapan dier adalah..... jaw
ap sndiri lepas baca post ini..



Sebenarnya, perkara ini tidak payah lagi dibahas panjang kt sini kerana post2 terdahulu sudah banyak yg menceritakan tentang pe
rkara yang berkaitan dgn perkara ni. Bagi mereka2 yang menjadi pembaca setia blog ini memang sudah tahu benda yang ana ingin cakap.. tak lain tak bukan ialah Ghuzwatul Fikr. Bagi mereka2 yang baru boleh lihat Perbandingan Malaysia dgn negara Islam lain,
Serangan2 Barat,dan juga Serangan2 yang tak Dikesan.



Seperti mana yang kita semua ketahui(yang tak tahu tu bu
at2 tahu sudahla), kebiasaan remaja sekarang mengikut budaya2 barat yang dibawa masuk dgn sengaja, tapi mungkin diikuti secara tidak sengaja oleh masyarakat. Tak sengaja? Bolehla diterima..


Kebiasaannya, malam merdeka in tak lain tak bukan, remaja2 akan gi naik motor pergi ke dataran merdeka, semata2 nak tgk bunga a
pi malam merdeka..betul ker? kalau semata2 nk pergi tgk bunga api buat ape gi bawak aweknya? (perghh..bahase sudah mengganas)... Ini apa ceritanya pulak? Adakah in yang dikatakan remaja2 semangat merdeka? Nak kata masih tak merdeka, takder lah pulak kereta2 kebal ker, tentera Jepun kt tengah2 jalan.. Jadi, jawapannya sgtlah sng.. Inilah yang dikatakan masih terjajah pemikirannya..


Menyentuh tentang "masih tak merdeka dari segi pemikiran" ini, ana suka untuk nyatakan bahawa, banyak pentafsiran yang boleh kita
tgk daripada frasa itu. Bagi mereka2 yang amatlah pro-nasionalisme, "dijajah pemikirannya" bermaksud, sudah tidak ada semangat cintakan negara ataupun senang citer semangat Patriotik dah hilang dari jiwa mereka. Maaf jika ana cakapkan ini agak menyinggung perasaan sedikit, tetapi ana agak tidak setuju dengan mereka yang berpendapat sebegini. Ana lebih suka kepada mereka yang cenderung kepada mereka2 yg dijajah pemikirannya ialah mereka2 yang telah diterapkan budaya barat dalam pemikiran mereka, mereka2 yang tidak mengamalkan islam dalam hidup mereka, dan juga yang sewaktu dengannya..


Mengapa ana cakap begitu? Sebenarnya, sehingga sekarang ana masih memikirkan, mengapa Tok Janggut yang berjuang mati2an di atas nama memperjuangkan islam begitu susah nak dapatkan kemerdekaan, tetapi Tunku Abdul Rahman yang mendapat pendidikan di England dengan senang(mungkin) dapat berunding untuk memerdekakan tanah Melayu(ketika itu).. Bukanlah mahu menimbulkan kekecohan ataupun menunjukkan ke'prejudis'an ana, tapi mahu anda semua berfikir secara mendalam... Adakah kita ini sudah benar2 merdeka..?


Kembali kepada remaja2 zaman sekarang... Ana ada terdengar suatu benda yang tak beberapa menyenangkan daripada sumber yang sahih... Meskipun ana memang menyangka benda ini berlaku, tetapi tidaklah ana menyangka ia akan seteruk itu... Straight to the point.......remaja sekarang khusunya gadis2 menyambut merdeka dengan mengorbankan 'kemerdekaan' diri mereka sendiri.MENGORBANKAN..? apsal lain macam bunyinya? Entahlah... nau'zubillahi min zalik... semoga anda semua tidak tergolong drpd mereka2 itu..
Yang lebih teruk yang ana cakap tadi ingin kongsikan ialah.... Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dikatakan setiap tahun 'berjaya' mengumpulkan hampir dua beg plastik sampah penuh KONDOM.... (bagi mereka yang x fhm anggap je kondominium kt tepi jalan yang tinggi2 tuh).. Masya Allah... amat memalukan...
kondominium.. hanya sekadar gambar hiasan semata2.. hehehe...

Jadi, jawapan kepada pertanyaan ana tadi, "Adakah kita Merdeka?"... Sudah dapat dijawab bkn? Bagi mereka2 yg masih pening2 nyam
uk lagi(eh!ade ker..?) bolehlah teruskan membaca.. insya allah akan diberi lebih penerangan..


Sekarang, hiburan dihidang di mana2 sahaja.. Bukak jer TV, tup-tup... AF lah, Geng Starz lah, OIAM lah... Ape lagi yg ana tak cakap lagi.. ha.. memandailah tambah sendiri...(nasib baik ana takder TV.. hehe
he..) Baiklah... kita tumpukan kepada hiburan... Adakah hiburan yang seperti sekarang ini budaya kita sebagai ummat islam? Maksud ana hiburan itu tidak salah.Islam itu bknlah agama yang menolak sama sekali hiburan, malah ia adalah agama yang menghormati fitrah manusia, tetapi adakah islam itu sama sahaja seperti hiburan2 yang lain? Berpeluk,bersenda gurau dengan laki dan perempuan... adakah itu yang dikatakan merdeka? Dan yang plg penting.. itukah yang dimaksudkan dgn hiburan sensasi sebuah negara ISLAM yang MERDEKA.?
Lu ada otak lu pikirlah sendiri..!


Jadi, ape citer? Masih ada yang meraba2 mecari ja
wapan kpd tajuk post di atas?
Macam mana nak buat ek? hmm.... Aha..! nak lebih jelas lagi, ana sarankan anda tonton video di bawah ini dgn penuh penghayatan dan hati yang terbuka.. insya allah.. Allah akan membuatkan anda lebih jelas tentang perkara ini..



Amacam..? Inikah yang korang katakan sebagai Merdeka? tu belum ana suruh anda tgk post2 yang terdahulu seperti "Macam2
Aznil".. dan sebagainya lagi yang korang boleh rujuk kat kotak CetuSaN MinDa terdahulu kt sebelah tepi ni.. Sekali lagi pertanyaan... Merdekakah kita?

Orang Inggeris tak payah susah2 nk siapkan kereta keballah, M-16 lah, rocket launcher lah, untuk menjajah kita seperti mana mereka menyerang Iraq, Israel, dan macam2 lagi.. Cukup dengan menhantar.... Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Gang Starz, Shuffle, dan macam2 lagilah.. Cukup sekadar itu sahaja, orang barat berjaya menjajah kita.
sekali lagi... hanya sekadar gambar hiasan semata2..

Adakah ini bermaksud kita ini merdeka? "Mengapakah mereka menyerang Iraq dan Palestine dengan tentera, kenapa tidak menyerang sebagaimana mereka menyerang kita?", persoalan yang pernah timbul dalam bena
k seorang saudara ketika ana menyuarakan pendapat ana kepadanya.. Alahai... itulah bermakna negara2 inilah(yang diserang menggunakan ketenteraan) yang sebenarnya betul2 merdeka dari sebarang penjajahan..mereka tidak langsung terpengaruh dgn serangan2 budaya sepertimana masyarakat kita terpengaruh sekarang.. Mereka langsung tidak 'lut' dengan serangan2 sebegini, yang telah 'menyerang' negara kita.. keadaan inilah yang memaksa Israel/Amerika terus je menyerang mereka dengan serangan ketenteraan.. Mahu tahu apa beza serangan ketenteraan dengan serangan budaya/pemikiran? Tekan sini..


Kesimpulannya, 'kemerdekaan' yang kita agung2kan sekarang ini hanyalah satu pemalsuan semata2... Untuk mengaburi mata kita daripada kebenaran yang hakiki. Tidak keterlaluan rasanya kalau ana ckp, British memberi kemerdekaan kepada kita setelah dia pasti yang Malaysia ini akan dpt dijajah selama2nya melalui pemikiran, kerana itulah sebenarnya objektif penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu. Untuk menyekat penyebaran Islam
melalui pelabuhan terkenal,Melaka. Jadi, setelah mereka yakin dapat merosakkan ummat islam di Malaysia dgn hiburan2 dan budaya2 mereka, buat apa lagi mereka letak tentera2 dia kat Malaysia ni? Dipendekkan cerita bagilah Malaysia ni 'MERDEKA'..


Jadi, apa tugas kita sekarang? Hanya buat bodoh je? First sekali yg plg pntg tolong sebarkan link blog ini supaya dpt dihayati oleh orang ramai. Dan, sudah tentu sekali, ubahlah diri anda.. Jika rasa mata2 tu
dah penat menonton Akademi Fantasia, bolehlah cuba2 elakkan.. Ingat!! Adakah anda suka membuatkan George Bush ketawa? Ketahuilah...dengan anda menonton AF itu sudah cukup untuk membuatkan Yahudi2/Barat mentertawakan anda kerana berjaya menjajah anda.. Kalau yang rase kat komputer tu banyak lagu Taman Linkin,(Linkin Park) ketahuilah bahwa di Malaysia ini banyak lagi taman2 yg best drpd Taman Linkin itu..
Jika rasa telinga anda sudah banyak mendengar lagu2 nyanyian Kacang Hijau Bermata Hitam,(Black Eyed Peas) ketahuilah bahwa ibu anda bersedia menyediakan hidangan bubur kacang hijau yang jauh lebih sedap... Insaf2lah dengan semua itu... Akhir kata...

Merdekakah Anda..?


(ingat.. ini baru bahagian pertama... Nantikan bahagian ke-2 tidak lama lagi.. Kalau takut terlepas rajin2kanlah buka blog ini setiap hari..sengihnampakgigi..kuang..kuang..kuang).

1 comment:

budakselangor~ said...

salam alayk...haha..
post yang agak menghiburkan..(yg last2 je laa...)..

ooo...kire kita ni belum merdeka laa nihh...baru ana tau...hehe..