Sunday, August 17, 2008

Merealisasikan Sebuah Team Islam... Adakah Arsenal?




Barclay Premier League membuka tirainya malam tadi. Berbagai isu2 hangat yang diperkatakan dlm mane2 website yg mengambil berat tentang bola, yang menjdikan bola sebagai salah satu daripada agenda hidup mereka, dan yg bermacam2 lagi. Dan sudah tentu, sebagai seorang insan yang berjantinakan L, maka bola2 ini memang tak dapat dipisahkan daripada hidup(walaupon boleh jer sebenarnye). Tetapi, demi seorang yang bergama islam dn mengamalkan Al-Quran sebagai cara hidup, maka ana pun mengikutlah satu firman Allah:

واءن تطع أكثر من في الأرض يضلواك عن سبيل لله

Maksud:"dan sekiranya kamu mengikuti kebanyakkan orang di muka bumi ini, pasti mereka akan menyesatkanmu daripada jalan Allah."

(surah Al-An'am:ayat 116)


Jadi, ke arah membentuk muslim yang sejati, kita p
asti tak akan ikut mereka2 yg membincangkan dengan lantang dan sanggup bergaduh hanya kerana BOLA, mereka yang sanggup tak tidur malam dan hasilnya ngatuk kat dalam kelas hanya disebabkan BOLA, dan lebih parah lagi mereka yang sanggup melambat2kan solat Isya' semata2 untuk melihat pasukan yang mula bermain pada jam 8 malam waktu Malaysia hanya kerana BOLA.

Memandangkan itu, pastinya seorang Muslim itu perlu tahu di mana batasan dalam mengambil bola dlm kehidupan seharian. Bukanlah islam itu sebuah agama yang menolak sama sekali hiburan, malah ia menghormati fitrah manusia. Sebagaimana yang telah disebutkan di atas, kita pastinya tidak patut mengikut kebanyakkan orang pada zaman ini yang menjadikan bola sebagai suatu yang penting dlm hidup. Pada perenggan di atas adalah sifat kebanyakkan orang pada zaman hari ini. Adakah kita seperti mereka? Jika ya, silakan terus membaca.



BOLA MENGIKUT PANDANGAN MASYARAKAT HARI INI

Seperti yang kita ketahui, zaman sekarang orang ramai lebih mengutamakan bola daripada segalanya. Ramai yang pergi kerja ngantuk hanya kerana BOLA. Pergi skolah pon takde bezanya, pasti mengantuk disebabkan BOLA. Dapat disimpulkan di sini bahwa orang sudah mendahului BOLA daripada pelajaran, malah pekerjaan itu sendiri.



Ana tidaklah melihat benda ini sebagai teruk sangat,(bahkan ana pon terkadang termasuk dlm golongan itu), tapi yang ana risaukan ialah mereka mendahulukan bola daripada ibadat, serta agama itu sendiri. Malah sanggup mengorbankan pahala solat awal waktu pada wwaktu isya'. Lebih menyedihkan lagi ade yang bergaduh dan terasa hati apabila org mengutuk pasukan kesayangannya. Sampai bertumbuk bergaduh, ukhwah pon tergadai, itulah yang golongan kuffar nak.

Jadi, sekali ana ingatkan dan tekankan ayat atas sekali yang ana nyatakan. Harap dpt batul2 menghayati kerana ayat itu memainkan peranan yang besar dan juga punca isi penting dlm post ana kali ni. Dan mengikut ayat tu, sebagai ummat islam, jangan sesekali mengikuti segala sifat yang ana sebutkan di atas.




BOLA SEPAK DAN KEDUDUKANNYA DALAM AGENDA GHUZWATUL FIKR


Baiklah, pertama sekali ana ingin nyatakan di sini ana bukanlah orang yang besar pun dlm gerakan dakwah ni. Bukan juga orang yang fikrahnya tinggi, tapi ana ingin sekadar berkongsi sebuah CetuSaN MinDa yang ana rasekan wajar untuk dikongsikan. Jadi, jika ade ape2 salah silap ana harapkan teguran yang bernas daripada anda semua.

Keduanya, ana rase anda semua boleh faham dengan "Ghuzwatul Fikr". Kepada yang belum fhm, Ghuzwatul Fikr bermaksud serangan pemikiran, ataupon perkataan asalnya daripada dua perkataan arab. Ghuzwah=perang, Fikr=pemikiran. Ghuzwatul fikr ini telah dilancarkan oleh golongan2 kuffar yang ingin melihat ummat islam lenyap dari muka bumi ini. Lenyap bukan dgn bermaksud membunuh seluruh ummat islam di dunia ini, tetapi dengan menghilangkan identiti islam itu sendiri daripada penganutnya.

Ianya disebutkan dalm Al-Quran:

ولن ترضى عنك اليهود ولن نصرى حتى تتبع ملتهم

Maksud:"dan tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani ke atas kamu, sehinggalah kamu mengikuti cara hidup mereka"
(Al-Baqarah:ayat 120)


Jadi, mungkin ramai yg masih pening2 lalat, apa kaitannya dengan bola sepak? Jawapannya, bola sepak juga adalaha antara salah satu agenda Yahudi yang sudah semakin berleluasa sekarang. Tiga 'S" yang kebanyakkan orang yang berada dalam arena dakwah sudah popular dgn bende nih. Sport,Song,Sex sudah menjadi antara senjata Yahudi yang semakin menular. Namun, ramai sekarang lebih bersetuju dengan 3'F' daripada 3'S' tadi. Fun.Food,Fashion. Ini kerana 3'F' tadi orang islam sudah semakin pandai memanipulasikannya.

Song, sebagai contohnya sudah menyebabkan kemunculan ramai kump. nasyid yang tidak kurang hebatnya sambutannya di dunia ini. Dengan pelbagai genre yang ada, daripada irama traditional sehinggalah hihop, nasyid sekarang sudah ramai menyebabkan orang islam berpaling arah. Outlandish,D-Clique,Native Deen 786 Boyz, dan bermacam2 lagi medium untuk ummat islam hari ini yang menjadikan Song bukan lagi satu senjata yg berkesan. (hanya ummat islam di Malaysia sahaja yg masih terlena oleh muzik2 non-islamic ini.)



Jadi, berbalik kepada bola sepak...ianya juga sudah menjadi seperti Song di atas. Sudah ramai yang menyedari akan pro dan kontranya bola sepak ini. Malah kadangkala ada yang mengambil manfaat untuk beribadah. Contoh terbaik adalah sebuah Masjid di Singapura telah menyediakan sebuah layar gergasi bagi membolehkan ahli qariahnya menonton perlawanan Euro2008. Ia adalah untuk menggalakkan ahli qariah mendirikan qiamullail. Sungguh hebat...

Selain itu... terdapat juga contoh lain yang terbaik...



MEREALISASIKAN SEBUAH TEAM ISLAM...ADAKAH ARSENAL?


Melihat kepada tajuk di atas, sudah tentunya anda
baru teringat,"aikk... baru nak masuk tajuk?". Sedar tak sedar, dari perenggan ke perenggan, tak sedar sudah lari jauh daripada tajuk yang asal. Sebenarnya tiadalah melencong sangat, cuma hanya mukaddimah untuk menerangkan tentang pendirian penulis blog tentang bola sepak dalam kehidupan. Bila dah terangkan semuanya, barulah kita masuk kpd tajuk.

Jadi, antara penyebab agenda Yahudi yang tergol
ong dalam Sports ini sedikit gagal ialah kebanjiran pemain islam yang professional(pernah diterangkan dalam post terdahulu). Yang melalui keturunan, memang tidak ada kepelikan yang timbul.Tetapi, sekaran sudah ramai yang masuk sialam atas dorongan teman2 sepermainan. Masya allah..lihat sahaja bagaimana islam itu boleh tersebar melalui bola sepak. Contoh terbaik ialah bekas pemain Arsenal yang sekarang bermain untuk Barca iaitu, Thierry Henry. Keislamannya terserlah apabila perpindahannya ke kelab yang mempunyai ramai pemain isla itu yang terdiri daripada Eric Abidal dan Yaya Toure.

Baiklah......kembali kepada tajuk. Persoalan yang pasti akan timbul, mengapakah Arsenal?

Jawapannya.....Arsenal telahpun dikatakan aktif d
alam musim perpindahan pemain baru-baru ini. Dan antara pemain yang dibelinya ialah sorang pemain islam yang muda warganegara France berketurunan Algeria iaitu, Samir Nasri. Dan lebih menyeronokkan, dia telah pun menjaringkan gol pada perlawanan pertamanya untuk Arsenal semalam. Kemsukannya ke dalam Arsenal juga menjadikan Arsenal sebagai kelab paling banyak pemain islam. Samir Nasri juga dirakamkan berdoa' sebelum bermulanya sepruh masa kedua.

Antara pemain islam di Arsenal....

Kolo Toure
Atmand Traore
Robin Van Persie
Bacary Sagna

Dan.......ini yang terbaru...

Samir Nasri

Beliau juga pernah dirakamkan membaca doa' ketika membantu pasukan kebangsaannya, Perancis... dan diaminkn oleh Nicolas Bilal Anelka...


Jadi, berbalik kepada persoalan utama.....Adakah Arsenal dapat direalisasikan sebagai kelab Muslim? Dengan 5 pemain utama yang ada sekarang, ana rase tidak mustahil... Cuma sekarang tinggal Arsene Wenger sahaja...
Hang dah tua dah...bila lagi nk masuk Islam? hahaha.. gurau sajer...


(Pada mulanya hendak menyantaikan minda sahaja buat post ini.. tetapi rasanya terpanjang lah pulak... Anyway, penyokong ManU dan Liverpool jgn marah yek.. anda telahpon menyokong pasukan yang anda sepatutnya tidak sokong sebagai seorang muslim kerana... *lu pikir la sendiri*)

.

14 comments:

Anonymous said...

Good artikel.. banyak info.. mmg patut la kan, sebab peminat bola sepak n arsenal..

berbanding ana, kalo minat pn, xminat sgt, just utk suka2 kalo lepak dgn kawan2 yg minat bola2 ni.. n team ana plak, liverpool.. kenapa? sbb, abg n adik ana sokong yg lain.. kwn pn sokong yg lain, so jenis ana smtimes suka lain dr yg lain..

ok.. arsenal sbg team islam.. no offence.. kalo jd, alhamdulillah.. die akan jd team yg lain drp yg lain.. tp, itu team arsenal.. bkn urusan kite, kite minat pn, hanya bleh minat jer..

seperti yg penulis kate, team arsenal mayb bleh jd laen dr yg laen dgn jd team islam.. tidak kurg nya diri kita sendiri.. kite bleh jd peminat bola sepak yg lain dr yg lain..

1. kite bleh jdkan sukan tu sbg penghubung ikatan baru dan pengerat ukhwah yg sedia ada.

2. bola sepak tu bleh melatih fizikal diri (tp ragbi lg jelas melahirkan rijal2)

3. mcm yg masjid td buat, peminat2 yg bgn malam tgk bola tu, bleh la buat dan ajak kawan2 buat 2 rakaat solat sblm or selepas perlawanan, xpn semasa rehat separuh masa..

4. bleh la amik pengajaran drp pemain islam td, main bola pn die jadikan dakwah.. so kite sbg hanya peminat jer, ad byk masa, xkan xnk buat keje dakwah kot.. kan..

so, sama la cam song td, ade kump2 yg berjaya mematahkan serangan ghuzwatul fikr tu, bola ni pn bleh wat cmtu jgak, dgn cara tidak terpedaya dan pandai memanipulasi..

anyway, tetap berhati2 jgak dgn team arsenal tu, tgk manager die sapa (sori ana xtau).. islam ke x.. tidak mustahil ade komplot tertentu..

anyway, good artikel, moga2 dpt membuka pemikiran 'peminat biasa' arsenal..

wallahu a'lam

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

SEperti biase... syukran atas sesiapa yg sudi melontarkan komen..

Pertama sekali, ana bknlah seorang peminta bola yg sgt fanatik.. mungkin hanya lebih sikit drpd Akh Hussain, dan Juga bknlah minat sgt kt Arsenal.. hanya terfikir tntg kebanjiran pemain islam..

sangat setuju dgn semua yang telah ditulis oleh akh hussain.. syukran sekali lagi atas penambahan..

tentang manager die tuh.. ana dh sebutkan kt perenggan last sekali..
Arsene Wenger.. semestinya bkn islam.. tiada lg manager islam yg ana jumper.. cuma harapkan sesuatu yg lain drpd yg lain.. Come on Arsenal.. you can do it!

budakselangor~ said...

salam ya akhi...

post yg boleh membuka minda sesiapa yg membacanye...tp igt ana akn sokong liverpool....(tp x de laa gile2)..
anyway...mmg post yg best..selamat maju jaya dlm jalan dakwah nta..

SirAlep said...

viva arsenal!!arsenal selamenye!!tp mad mengikut hemat ana yg x seberape nih, pembelian wenger trhdp org2 islam bknlah dgn tujuan nk wujudkn team islam..cume nk buat cmne pemain islam yg berbakat amat byk..so wenger pon beli jer la..tetapi x salah kalo kite ebrimpian bhw satu hari nanti akan wujud sebuah team bolasepak profesional islam..yg mane team tu akan mempunyai seorang pemain yg cukup digeruni oleh semua team di seluruh dunia..pemain itu adlh MUHAMMAD ALIF IMRAN..(haha mende merepek nih??) ok mad good post keep it up..

akhir kate bln 5 2009 arsenal mng epl..percayelah~!

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

syukran jazilan atras semua...

suka yang ini.."wenger bkn beli untuk wujudkan team islam, tapi tidak salah kalau kita berimpian begitu.."

Jangan risau alip.. ana juga berimpian bahawa suatu hari nanti EPL didominasi oleh pemain islam keseluruhannya..(kecuali MU sbb die team Setan Merah..) dan, dalam pada itulah kita tgk senjata Yahudi yang tergolong dlm 3'S' ini akan menjadi seperti senjata makan tuan.. hahaha...

anyway... ana masih membutuhkan penghayatan islam itu daripada pemain2 islam itu sendiri.. seperti Samir Nasri yang sanggup berdoa' dpn org ramai.. Yang ana masih belum lihat pemain islam yg mempraktikkan islam ialah Robin Van Persie.. harap2nya die merasa i'zzah dgn islamnya.. bukan sekadar masuk islam untuk berkahwin dgn isterinya yang bergama islam semata2...

harapkan penambahan drpd pembaca yg lain.. wallahu a'alam..

rodzi said...

1st of all ana nk gtau yg ana ni peminat arsenal...sronok bila bca artikel ni mngatakan bhawa team ni mmpunyai byk player islam...bknnya ana xtau yg team ni ada plyer islam,cuma sblom ni ana xpenah bca artikel yg semcm ini yg mngatakan islam boleh tersebar malalui bola sepak antarabangsa yg scara umumnya diketahui bola sepak antarabngsa dikuasai majoriti pemain bkn islam....

perkara utama yg ingin dprkatakan di sini ialah ana mngharapkan keislaman player2 ini akan lebih terserlah bkn hanya berdoa di khalayak ramai,tetapi turut berpakaian menutup aurat....
sprti yg kita ketahui bhawa pemain bola sepak semuanya berseluar pendek mendedahkan sebahagian aurat lelaki iaitu lutut...kan lebih baik aurat itu ditutup untuk mnunjukkan bhawa aurat bkn batasan untuk bersukan....sekurang-kurangnya player bola sepak ini boleh memakai 'tight' atau seluar ketat di bhg dalam untuk menutup aurat tersebut...bknnya susah pon...kita pon tahu yg aurat lelaki hnya dari paras atas pusat hingga ke bawah lulut,namun amat susah bg lelaki zaman sekarang untuk menutupnya....hairan!!!

contoh terbaik yg kita boleh lihat ialah seorang pemain hoki malaysia yg sekarang telah pon brsara dpd pasukan kebangsaan (ana pon lupa nma dia,azlan kot nma dia klo xsilap,sbb ana tak ikut sgt prkmbangan pasukan hoki malaysia),dia menutup aurat dgn mmakai tight utk mnutup bhgian lutut walaupun brseluar pendek,dtmbah pula dia berkopiah ketika bermain (klo xsilap,ana pon xpasti) menyerlahkan lg bhw dia amat menitikberatkan aurat dalm brsukan.....
itu bg contoh seorang lelaki,bg perempuan pula kita dpt lihat contoh terbaik seorang pelari pecut (dr ngara mna ntah,ana xingat) yg memenangi pingat emas acara 200m pada sukan asia doha,dimana beliau memakai pakaian sukan yg menutup aurat seorang perempuan dari ujung rmbut hngga ke kaki kecuali muka dan kedua belah tangan...lebih mmbanggakan tudung yg dipakai beliau semasa larian itu ditaja oleh nike mnunjukkan bhawa jenama trkenal ini juga menaja pakaian untuk ahli sukan islam....

cuma apa yg diharapkan sekarang ahli2 sukan yg lain patut mngambil contoh yg telah dtunjukkan krana pakaian mnutup aurat tidak mmbataskan ketika bersukan tetapi lebih elok dipandang dan tidak mnjolok mata sprti pakaian pelari pecut yg lain yg separuh bogel (dah mcm nak pegi mandi plak,padahal nk lawan lari...pelik!!)...tetapi disebabkan perkara sprti ini dah xdiambik kesah dan majoriti manusia melakukannya maka kita sndiri pon akan merasa biasa dgn prkara pelik trsebut....

akhir kata,harap artikel ini akan mnyedarkan kita,ana cuma ingin menympaikan apa yg trbuku dihati ini...apa yg salah harap dimaafkan dan diprbetulkan....wassallam

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Bagus komen akhi.. sebenarnya ana pon agak pelik kenape persoalan ni x pernah timbul selama mana ana post artikel ni...

first sekali, tight ataupun seluar ketat panjang kt dalam (ana rase) tidak dibenarkan pakai. Aatas sebab ape? Peraturan..ana mmg jenis org yg anti-peraturan.. tulah pasal kt skolah asek kene marah jer sbb x ikut peraturan yg kengkadang melibatkan perkara remeh..

Second, setakat ini ana x pernah tgk Anelka dn Henry (sejak dia masuk islam) pakai seluar pendek waktu training.. mungkin ada sebab selain agama, tapi ana ingin tekankan di sini bahawa ada beberapa pemain islam yg memang cukup kuat pegangan mereka.. dan ana rasa mmg mereka dilarang pakai tight atau ape2 sekalipun.. kalau x mereka dh pakai dh..

Contoh terbaik adalah Federic Kanoute, pemain Sevilla,,(dulunya Tottnham).. Dia amek hadiah Pemain Afrika Terbaik pakai jubah tu.. WOW!! ana mengaku dgn jujur bahawa kalaulah ana berada di tmpt dia (bajet je), ana pon x sanggup pakai jubah dalam acara penyampaian hadiah tersebut.. Anelka pulak sebaik sahaja mengumukan masuk islam di sebuah masjid(ketika itu dia bermain untuk Mancity), dia terus memutuskan untuk berpindah ke kelab Turki, Fenerbahce atas sbb nk mendalami islam..

jadi, bila ana melihat kpd cara hidup mereka2 ni, kalaulah diberi peluang untuk pakai tight ataupun bende yg boleh cover lutu diorang diorang akan pakai.. Doa' kt tgh padang pon diorang boleh buat, sedangkan kt tgh Eropah yg mengamalkan islamophobia..

wallahu a'lam.. ana hanya berfikiran positif ataupun dlm bahase arab, husnuz-zhon.. semoga apabila sudah ramai pemain islam nanti, mereka akan buat memorendum untuk dibenarkan pakai seluar panjang.. insya allah..

Anonymous said...

salam ukhwah..
alhamdulillah.. tak sangka saya akan terjumpa artikel sebegini.. sememangnya kita berkongsi fikiran yang sama mengenai pasukan arsenal.. salah satu sebab utama kerana ramainya pemain beragama islam di dalam pasukan.. selain man utd yang terang2 menampilkan imej syaitan.. dan liverpool yg terang2 dgn imej alkoholnya.. artikel yang baik..

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Syaitan dan alkohol mmg menjadi sebab paling utuh untuk menolak mereka.. Tak gitu?

Tapi Liverpool ada Nabil El-Zhar, pemain morocco muda Islam.

Anonymous said...

salam,
snanya ana ni agak minat gak ngan arsenal sblm ni(tp xdela fanatik sgt kot)..tp ana difahamkan arsenal adlh slh satu kelab yg kte kne boikot,btul ke?

ummu uswah said...

salam. Ana ada tulis cerpen ttg 'bola sepak?' , klw berminat boleh la baca. http://anak-teladan.blogspot.com/2009_01_01_archive.html. Semoga impian akan menjadi realiti.

sakinahsk said...

salam,
terima kasih krn post macam ni. saya rasa terbuka minda sikit kerana sbnrnya x salah nk tengok bola, tapi yg salah tu adalah kita lebihkan bola drpd amalan wajib.

jd, saya minta izin utk kongsikn pendapat anta ke dlm blog ini: http://generasi12.blogspot.com

insya-allah saya link blog ni pada post tu.

jazakallah.

Unknown said...

i like this post... because... argh malas ar nk english...

ha... best ar.. post pasal bola... harap2 banyakkan lar post pasal bola... coz ak x thu ape itu bola....hahaha/....•:Y┘ⁿ

Aizen said...

artikel yang sgt baik.
sememangnya liverpool & manutd menampilkan imej negatif.. arak dan syaitan.. setakat ini arsenal menampilkan imej bersih dan berdaya maju kerana mengembangkan pasukan dengan pemain muda yang diasah bakatnya.

apa yang bermain difikiran saya ialah, ada kemungkinan arsene wenger juga menganut agama islam, kerana terlalu ramai pemain yang dibeli oleh arsenal yang beragama islam. contoh yang terbaru apabila arsene wenger ingin membeli pemain morocco, marouane chamakh.

mungkin arsene wenger sengaja tidak mahu mendedahkan keislamannya.

ini sekadar kemungkinan bukanlah fakta yang mampu saya buktikan tetapi saya merasakan terdapat sesuatu disebaliknya.

semoga islam terus subur tak kira dibidang atau lapangan apapun selagi ianya membawa kebaikan untuk semua.