Tuesday, September 16, 2008

Nuzul Qur'an dan Muhasabah Ramadhan

Tidak lama lagi, seperti mana yang kita ketahui,(lebih tepat lagi hampir terlupa), Nuzul Qur’an akan menampakkan dirinya. 17 Ramadhan semakin hampir dan semakin hampir kpd kita. Bagaimana dan apa serta kenapa peristiwa Nuzul Qur’an ini terjadi, itu semua terpulang kpd mereka yang lebih ahli dalam bidang ini. Apa yang akan dibawa dalam post ini juga bukanlah tentang Nuzul QUr’an itu sendiri, namun tarikh 17 Ramadhan itu yang akan diperkatakan, Yang di mana 17 Ramadhan menandakan sudah 17 hari kita melalui hari kita dengan berlapar.



17 hari kita menunaikan puasa, menahan diri dari desakan hawa nafsu (bagi mereka yang betul2 menahan lah).Ini juga bermakna hanya tinggal 13 hari lagi sahaja tinggal untuk kita menikmati keindahan hidup tanpa syaitan L.A ini. Dan 3 hari sahaja lagi untuk kita memulakan misi mencari ليلة القدر . Pantas sungguh bulan mulia ini mahu meninggalkan kita (bagi mereka yg merasakannya pantas lah). Para sahabat pernah memohon kpd Rasulullah untuk meminta kpd Allah agar jadikan Ramadhan ini sepanjang tahun. Tapi, sepertimana yang kita lihat dan perhatikan sekarang, berapa ramai yang sudah tidak sabar untuk keluar daripada Ramadhan yang mulia ini.Oh… takper2, mungkin pahala dia dah boleh mengalahkan sahabat, jadi tak payahlah dia kejar lagi peluang yang terhangat di pasaran ini.

Sabda Nabi:

عن أبو هريره :من قام رمضان اءيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه (رواية أبوا داود)

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh kimanan dan pengiraan, diampunkan dosanya yang terdahulu” (riwayat Abu Daud)

~lihat Sunan Abi Daud, hadis ke-1371 dalam كتاب شهر رمضان (kitab bulan puasa). Bab qiyam Ramadhan. ~

Dan berkata Abu Daud lagi, dalam riwayat yang lain, من صام رمضان وقامه .


Kata Tarmizi pula, dalam riwayat lain ditambah وما تأخر bermaksud “dan yang akan datang”

Wallahu a’lam (nak hurai hadis serahkan kpd yg pakar)


Menjelang 13 hari terakhir bulan Ramadhan kali ini, apa kata kita renungkan beberapa perkara yang kita perlu renungkan..(perghh… ayat ape lak ni):

-sepanjang 17 hari yang lalu, berapa harikah kita solat tarawih, dan bagaimanakah pula dengan solat witir kita?

-selama 17 hari kita bersahur, berapa kalikah pula kita bertahajud?

-berapa juzu’kah dalam 17 hari ini yang kita sudah dapat tilawah serta tadabbur?

-setelah kita merasai ‘kenikmatan’ lapar dan dahaga seprti orang miskin, sejauh manakah puasa itu telah mendorong kita untuk bersedekah?

-17 hari bersamaan dengan___ minit. (kiralah sendiri). Jadi, selama sejumlah minit ini, banyak manakah kita peruntukan untuk bertasbih dan banyak mana pula kita peruntukkan untuk bersembang kosong. (mengeratkan ukhuwwah katanya… jika betul begitu, pahala lagi besar dari berzikir).

-pelbagai lagi persoalan yang korang patut buat sendiri. Aku dah penat taip ni.

Marilah kita sama muhasabah diri.Mungkin kita sendiri tidak mampu menyempurnakan kesemua di atas. Walau tidak mampu buat semua, jangan lak tinggal semua..(bak kata Hasan Al-Banna lah).

Terkadang, bila memerhati masyarakat sekeliling, bingung kepala aku memikirkannya (aku tau korang tak). Apa taknya, Syawal punyalah lama lagi dia sibuk dengan seribu macam persiapan. Syawal sememangnya tak dapat dinafikan lagi memang menggembirakan (aku tak), tapi tidakkah kita berasa sedih dengan peninggalan Ramadhan ini? Bulan yang di mana promosi yang terhangat di pasaran berlaku. Sahaat sendiri mahukan bulan Ramadhan ini sepanjang tahun (berape kali nak cakap), kita pulak sibuk nak tinggalkan Ramadhan.Aduh…Aduh..Aduh… tak faham aku dengan diorang nih.

Sudah cukupkah pahala yang kita kaut sepanjang Ramadhan ini, sehingga sudah tidak sabar2 lagi menyambut raya, ataupun kita sudah jamin tersemat nama kita sejak azali lagi di list nama yang dipegang oleh malaikat ridhwan? Bukakanlah otakmu wahai ummat islam…Wallahu a’alam….


(wah! sempat lagi mencurik2 masa untuk taip post yg pendek.. rujukan tak berape banyak, nasib baik.. tumpukan ibadat Ramadhan.. ngeh..ngeh..ngeh)


1 comment:

Anonymous said...

salam ya akhi(bahasa arab la pulark)
stuju gak ngan pendapat anta tadi....
ana amik contoh keluarga sendiri la... bukan aper ah kan.. tapi blom habis lagi ramadhan dah nak tukar sofa la, itu la, ini la...hai.pening kepala...bukan perabot jerk..umah pon pindah skali...waktu puase lark...letih giler babeng ah nak angkat barang...(mengadu nasib la pulark)...ntah la...nak cakarp pon susah...tapi kiter terime jerla hakikat sebahagian masyarakat kiter tak mengunekan promosi atau offer yang ALLAH bagi...terime hakikat terime jugak..yang penting mari kiter samer samer menafat kan dan menyeru agar masyarakat menguner kan promosi nie.... harap anta dapat berkongsi pendapat dengan ana sila layari blog nie