Sunday, September 21, 2008

Nicholas Anelka,Robin van Persie, dan Tariq bin Ziyad


Baiklah, sekali lagi aku sediakan tajuk yang maut untuk korang. Kalau korang tak nak baca lagi aku pun tak tahulah. Pertama sekali seribu jari disusun buat mereka2 yang berjantina P atau lebih senang pompuan, kerana mungkin tajuk sedikit keliru, dan mungkin ada sedikit bahagian daripada artikel ini yang anda sedikit pening2 lalat, namun ana jamin anda akan dapat juga apa yang ana mahu sampaikan.


Seperti yang mana kita lihat, bula
n puasa merupakan suatu bulan yang diwajibkan puasa, sekaligus terkenal dengan bulan penat,keletihan,lemah tak bermaya, dan macam2 lagi yg dilihat pada zaman sekarang.Kalau di sekolah pula, ia menjadi alas an yang paling konkrit untuk pelajar2 mambuat muka ngantuk, ataupun yang ‘baik’ sikit, terus tidur. Puasa………puasa. Ada yang lebih ‘cemerlang’, terus ponteng sekolah, sampaikan dalam sehari 8 orang pelajar tak hadir ke sekolah dalam satu kelas. Memang ‘cemerlang’ lah kelas tu.


Tapi, sebenarnya ummat islam sudah lupa akan sejarah2 kegemilangannya yang banyak dicatat ketika bulan Ramadhan, yang popular perang Badar Al-Kubra. Perang Uhud yang berlaku pada bulan Syawal pula boleh dikatakan sebagai ‘kalah’.


Di antara pe
rang2 yang berlaku pada bulan Ramadhan:
1.Badar Al-Kubra-17 Ramadhan 2 Hijrah
2.Fathul Makkah-20-21 Ramadhan 8 Hijrah

3.Penaklukan Andalusia a.k.a Sepanyol-28 Ramadhan 92 Hijrah

4.Perang Ain Jalut-15 Ramadhan 658 Hijrah


Dan banyak lagi yang mungkin aku terlepas pandang….


Lihat sahaja, sudah ternyata,terbukti,terpampang kepada bahawa Ramadhan memang memberi kekuatan yang luar biasa kpd ummat islam!. Terutama perang Ain Jalut dan Pembukaan Andalusia oleh Tariq bin Ziyad.. Bayangkan… Sepanyol tuh beb! Boleh takluk dalam bulan Ramadhan.. Kita pulak menggunakan bulan Ramadhan sebagai alasan dalam pengecualian bermacam2 kerja, termasuklah pergi ke kelas/sekolah.

Sedikit info tentang Futuh Andalus.. Tariq bin Ziyad, seorang panglima perang yang asalnya hanya hamba kepada pemerintah islam ketika itu, Musa bin Nusair Berjaya membuka penaklukan islam ke atas tanah Eropah pada tahun ke92 hijr
ah. Daripada Negara Arab, mereka menyeberangi benua Afrika hingga ke Eropah, berjaya menakluki sebahagian besar Eropah, hampir menyerang Perancis, kalau tak oleh sogokan yang diberi kepada Khalifah di Turki oleh orang2 Eropah… semuanya pada bulan Ramadhan.. Tak ke hebat.. Ramadhan memang bulan kekuatan ummat islam!!

Baiklah, itu semua berusia beratus tahun yang dulu, yang mana ummat islam pada ketika itu masing2 mempunyai angka/nilai. Masing2 mempunyai pegangan agama yang kuat, aqidah yang mantap, dan segalanya lah. Jadi, mungkin agak mustahil jika nak dibandingkan korang dengan merek
a, pastilah jurang bagai langit dengan bumi.. . Jadi, ana pun carilah contoh terbaik untuk korang, dari ummat zaman kini. Apa yang ana jumpa amatlah memberangsangkan, namun mungkin hanya sebahagian daripada kita. Ini kerana seperti mana yang ana cakap tadi, ummat islam zaman sekarang sudah tidak punya nilai lagi.. Nilai 3 tempat shopping barang murah taulah..


Jadi, yang ana dapat sudah tertancap di atas sekali, iaitu tajuk. Nicholas Anelka, Robin van Persie, dan Tari
q bin Ziyad.

Baru sahaja mentelaah tentang kekuatan muslim pada bula Ramadhan ini untuk dimuatkan di dalam blog, tiba2 diri ini tertarik pulak untuk membaca perkembangan bola sepak Liga Perdana Inggeris.
Penyerang dan juga pemain bola sepak untuk kelab Arsenal, Robin van Persie, menjaringkan gol pertama perlawanannya pada hujung minggu
lepas. Wah! Bukan setakat itu sahaja, seorang lagi pemain islam, Abdul Salam Bilal a.k.a Nicholas Anelka juga menjaringkan gol untuk pasukannya pada hujung minggu lalu.

Lihat! Bukankah aku sudah cakap.. Kekuatan islam itu terletak dalam bulan Ramadhan. Bukan setakat perang sahaja, sehingga perlawanan bola sepak sekalipun.! Woha! Dan tambahan lagi, kelab yang terdiri daripada 5 orang pemain kesebelasan utama beragama islam, iaitu Arsen
al berjaya membelasah pasukan lawan 4-0, yang mana Van Persie antara salah seorang penjaringnya. PADA BULAN RAMADHAN!!.


Siapa cakap hanya orang yang terdahulu sahaja boleh mendapat kekuatan pada bulan Ramadhan? Van Persie dan Anelka Berjaya menyangkal dakwaan itu! Dan, pada tahun lepas, seorang pemain lagi pemain bola sepak islam, Franck Bilal Ribery Berjaya merangkul anugerah pemain bulanan terbaik Liga Jerman pada bulan Ramadhan. Woha!.. Dan dia sendiri berkata:"Fasting and get the Best Bundesliga Player of The Month"



Bayangkan… Nicholas Anelka, Robin van Persie, dan Tariq bin Ziyad, dalam bulan Ramadhan… Anda pula bagaimana?

6 comments:

SirAlep said...

"hampir menyerang Perancis, kalau tak oleh sogokan yang diberi kepada Khalifah di Turki oleh orang2 Eropah…"boleh tau mane dpt info nih..setau ana yg org islam mmg dah serang france dah tp terhenti kt battle of tours atau 'balad as-syuhada'..dan khilafah waktu tu bwh abbasiyyah bkn kt turki..and lagi satu ape pndgn ana ttg sissoko meminta maaf kt teammate dier sbb maen x semangat & letih2 waktu ramadhan?

SirAlep said...

silap2 bkn abbasiyyah tp umayyah..

NahnuNasrullah said...

Ok2... baiklah.. kali ini memang ana mengaku info nih tak berapa tepat sbb dah lame dpt info nih.. dan syukran atas pembetulannnya..

(Perghh,.. Alip, hang punya otak pasal sejarah ni mmg dasyat ek.? ana salute lah anta.. x sia2 satu dorm dgn ana dulu.. hahaha... bpk kaitan)

Tentang Sissoko tuh.. hmm... itu nampaknya kene mintak tunjuk ajar kt Riberylah... *mane anta dpt info tntg sissoko nih ek..? sharinglah sket..*

SirAlep said...

'sejarah itu dah menjalar di dalam darahku'ocheh gelabah plak keke..muthanna dorm terhebat tol x?ana dpt dr the star 25/9/08..bole la jengok2

budakselangor~ said...

ehem2....weyh mad,nta baru tau ke yg alep terer gile sej...weyh korang jgn lupe lak dorm maslamah.. nta jgn nk lupe dorm sndiri...sbb dorm tu mmg didiami oleh org yg hebat sprti.....hehe malas nk bitau...(ana laa...)

manusia dod0l said...

eh,

"hampir menyerang Perancis, kalau tak oleh sogokan yang diberi kepada Khalifah di Turki oleh orang2 Eropah"

tp, kalau xsilap ana la..memang betul nak serang perancis. mereka dah sediakan semua peralatan, yang lain memang tetap teruskan perjuangan tu..

bak kata SirAlep:

"setau ana yg org islam mmg dah serang france dah tp terhenti kt battle of tours atau 'balad as-syuhada'..dan khilafah waktu tu bwh umayyah"

cuma pertikaiannya disini:

TARIQ je tak ikut, sebab Tariq taAt kpd khalifah. Khalifah yg di sogok harta oleh orang2 eropah, beliau pun terus pulang ke tanah airnya.. Demi taat dan cintanya pada khalifah..

*maaf jika tersalah..