Thursday, September 18, 2008

Malaysia dan Sepanyol, Murtad dan Mu'allaf










Melihat kepada tajuk, rasanya banyak menimbulkan tanda tanya kepada yang sedang mengadap blog ini, yang sedang membaca ketika ini. Kenape yek tajuk dia macam terlalu mengancam? Sengaja letak tajuk best sikit nak tarik korang untuk membaca artikel ini… kalau tidak buat penat je aku buat artikel ini… kuang kuang kuang….

Jadi, berbalik kepada TAJUK, Malaysia dan Sepanyol, Murtad dan Muallaf. Mengikut akhbar AC Press di Sepanyol, dalam masa lima tahun terakhir ini, jumlah orang yang masuk islam di bumi yg pernah ditakluk oleh Tariq bin Ziyad itu mencecah 10,000..Wah!! Tak sangka di Sepanyol ini penambahan ummat islam semakin pesat. Mengikut sumber lagi, jumlah muslim yang ada di Sepanyol sekarang ialah 1-2 juta orang. Wah! (sekali lagi)..

Di Andalusia, 3,500, di Catalonia 3,000, manakala warganegara asli Sepanyol yg beragama islam adalah 25000 dalam tempoh lima tahun ini.. Masjid di Sepanyol pula berjumlah 11 buah dan 480 pusat kegiatan islam. Satu daripadanya terletak di tempat tinggal seorang pemain bola sepak professional beragama islam yang bermain untuk Sevilla FC, iaitu Federic Kanoute di Seville yg majoriti penduduknya Bergama Kristian Katolik.




Apa pulak kaitannya dengan Malaysia?
Di Malaysia, seperti mana yang korang tak tahu lagi, gejala murtad semakin berleluasa sekarang dan semakin merebak, menular, menjangkit dan sebagainya lagi. Perkara ini tidak boleh dibuat main, malah angka sebenar tentang perkara ini pun masih belum jelas, dek pihak berkuasa yang tidak memandang serius perkara ini.


Mengikut seorang bekas paderi Kristian di Sabah yang telah memeluk islam, pada tahun 1991 sahaja, sudah 15,00 orang Berjaya dia murtadkan.. Woha!!.. Korang mesti kenal Lina Joy bukan? Mengikut satu sumber yang sahih, dia telahpun mengamalkan agama Kristian sejak tahun 1990. Ini bermakna, murtad di Malaysia ini bukan sahaja bila timbul kes, baru nak kecoh, ataupun bila permohonan nak murtad ditolak, padahal dia dah murtad lama dah. Kalau permohonan dia ditolak pun dia tetap murtad kan? Kalau korang tengok kat Jabatan Pendaftaran Negara ditulis beragama islam, padahal dia dah mengamalkan Kristian tetap dikiran murtad kan?

Mengikut Mufti Perak, di Malaysia ini, terdapat 100.000 orang yang telahpun murtad dan sedang berbaris namanya di Jabatan Pendaftaran Negara. Woha!! (buat kesekian kalinya). Katanya, laporan dan kajian itu dibuat oleh sekumpulan golongan professional Melayu dan berintelek. TPM, Najib Razak pulak berkata, “jumlah itu bukanlah suatu yang tepat dan tidak berasas serta tiada bukti yang jelas..” demi mempertahankan imej islam di Negara inilah katakan…

Jadi, melihat kepada perkara ini, apa yang korang fikir? Sebuah Negara Eropah yang terkenal dengan permusuhannya terhadap islam, orang yang masuk kedalam islam semakin bertambah, manakala sebuah Negara islam contoh (bak kata PakLah), yang pernah menjadi pengerusi OIC, mencatatkan orang yang murtad dengan angka yang amat besar sekali. Tak malu ker? Korang memang tak malu…

Andaikan, kebangkitan islam yang dijanjikan oleh Allah akan diterajui oleh sebuah Negara Eropah seperti Sepanyol, sedangkan kita yang duduk ni Nusantara Melayu yang terkenal dengan keislaman hanya mampu melihat kebangkitan itu dipimpin oleh orang Eropah… Jadi, apa yang korang patut buat sekarang? Fikirlah sendiri… takkan semua nak kene suap jer… memang payah la..

(Ya Allah... kau tunjukkanlah jalan yg benar buat manusia di seluruh dunia ini..)

No comments: