Thursday, September 25, 2008

Aku dan Kamu..Apakah Sudah Mahu Berpisah?

Kuperhatikan mentari yang sudah mula mahu menyorokkan diri. Kalau tidak dek kerana bulan yang mahu menonjolkan diri pula, sudah tentu ia masih lagi mahu terus berada di persada penglihatan masyarakat bumi. Sementara itu, bayangan sekeliling mula menggelapkan diri. Seakan berada di monitor yang mana seseorang sedang meng'adjust' bright and contrass-nya. Ini semua bermakna siang sudah tamat pada hari ini. Hanya menanti ketibaan malam yang sudah bersedia mengambil alih. Ini semuanya kepatuhan kepada peng'adjust' alam yang juga penciptanya. Mencipta langit. Mencipta bumi. Juga diriku ini. Semuanya tak mampu melawan kuasa yang dipunyainya. Harus menurut, mesti diikut.Semuanya sepi....tanpa kata.


Dan aku melihat padamu. Turut sepi mengingatkan perkara yang akan berlaku selepas ini. Sebetulnya, masing2 sudah ghalib dan faham dengan fi'il masing2. Masing2 sudah tahu apa yang patut, dan semestinya berlaku. Meskipun sedikit rasa terkilan dan terseksa, kepatuhan pada sunatullah mengatasi segala.Perpisahan.... Oh!! betapa pedihnya.. bagi yang merasai..

Bagiku pedih, kerana dirimu itu menarik. Aku terkesima ketika mula2 kau menampakkan diri. Walau sudah sekian kali mendengar akan perihal kau, pertemuanku dgn kau langsung menyuntik rasa.... arghh!.. Alangkah manisnya..




Isi PenuhAku pasti akan terkenang saat bersamamu. Ketika ku lapar, dahaga, kau berikanku kesabaran, kau berikan smangat kpdku untuk meneruskan hidup. Dan aku juga pasti takkan dpt lupakan saat kau berikan suntikan pertolonga, tatkala nafsu dan dunia datang mengasak drpd pelbagai arah, meskipun kehilangan tonggak utamanya dek kehadiranmu. Namun semua itu pasti akan berakhir...

"Adakah kau tetap mesti pergi?" lontaran soalan olehku yg aku sudah tahu sendiri jawapannya..

"Sudah tentu.. sudah sampai masanya.. masakan aku mampu mengelak"

"Tidak bolehkah ditangguhkan mungkin sehari, dua untuk aku bersamamu lagi?"
aku mengharap perkara yg sudah pasti tidak akan dapat....

"Peremuanku ini bukan dirangcang olehku.. jika begitu, pasti akan ku peruntukkan selamanya bersamamu.. kerna aku tahu sndiri yang kau mahukanku" jawapan ikhlas tadi menggelojak perasaanku..

Ku tundukkan pandangan menghadap ke bawah lantai.. Cairan hangat melalui pipiku, langsung mencecah lantai. Ku lihat perkara yang sama berlaku padamu.

"Kau tahu, bukan semua orang menghargaiku.. maksudnya kau orang yang istimewa bagiku.. bukan semua orang sepertimu.." lontaran perasaanmu kembali menggugah jiwaku...

"kau pasti, tiada cara lain untukku bersamamu lebih lama?"
kulihat kau seperti berat untuk menjawab.. barangkali mencari jawapan untuk memaskan hatiku yang semakin mengasak soalan kepadamu..

"Kau tahu, perpisahan ini takkan dapat dielakkan lagi, tapi sekurang2nya, kita boleh berharap untuk bersama lagi..mungkin untuk jangka masa yang akan datang sekiranya ditakdirkan.."

"Ya, kau betul... sejujurnya, kau pandai mengambil hatiku yang sedih dgn perpisahan ini. Kau tahu, aku takkan lupakan segala tarbiyyah yg kau curahkan, segala harapan yg kau bentangkan untukku, segala mcam yang kau telah peruntukkan untukku.... dlm jangka masa yang teramat pendek ini..arghh!."

aku x dpt menahan pilu yang semakin menusuk2 kalbuku. Perasaan itu menghalang aku meluahkan perasaan yang terbuku di lubuk hati..

"Kau tahu apa yang aku mahukan selepas perpisahan ini untuk pertemuan yg akan datang.?"

Aku tersentak seketika.

"Aku mahu melihat kau yang sekarang merupakan kau untuk hari2 berikutnya, sehinggalah kita ditakdirkan bersua lagi... Aku tahu kau tahu satu perkataan.. Istiqamah..."

Aku mengukir senyum... Ternyata nasihat inilah yang membuatkan dia kelihatan istimewa pada pandanganku..

"Aku terpaksa pergi sekarang...."

"baiklah... semoga bertemu kembali... dalam keadaan yg lebih baik.. "


Aku kembali memandang bulan yang semakin menampakkan dirinya.. Laungan takbir menerjah gegendang telingaku daripada corong speaker surau kampung.. Ku tersenyum seketika...

"Semoga bersua kembali ya Ramadhan!"


9 comments:

Anonymous said...

Perghh... mati2an aku igt hang bercouple dgn sape tadi... awatnyer ayat jiwang giler... kalah aku..

Anyway, mmg penulisan plg bgus tentang Ramadhan yg pernah akub bace.. salute lah!

NahnuNasrullah said...

Rilek brader... jiwang x semestinya dgn aweks.. setuju?

SirAlep said...

setuju bebenor la..erm ni buat sendiri ke kopi & tampal jerk?

NahnuNasrullah said...

sendirian berhad ler brader...

Anonymous said...

Perghh!! gile x tahan ayat die.. geli geleman sial.. lagi2 part yang ini...


"Kau tahu, bukan semua orang menghargaiku.. maksudnya kau orang yang istimewa bagiku.. bukan semua orang sepertimu.." lontaran perasaanmu kembali menggugah jiwaku...


Wah! Tapi bagus, memang menyentuh.. Baru terasa pilu nak tinggalkan Ramadhan.. kalau tak biase je sblom ini.. tahniah Alfateh!

ArLynn said...

Artikel yg cukup menyentuh hati dan sanubari. hampir menitis airmata ni baca.. huhu.. moga bertemu dengannya kembali.. insyaAllah..

mohon izin copy ke blog ana bleh?? x bleh xpe.. heehehe

budakselangor~ said...

salam ya akhi...

perrggghhh...ayat yang penuh syahdu dan menusuk ke telinga dan terus ke hati...mane belajar nihh...

wassalam~

ammar_soleh99 said...

salam...
mantap mantap....
x terpikir llak aku nie tentang ramadan...gua ingat awek maner hang bercouple tadiii...
selamat menyambut aidulfitri dan maafkan gua kalo ader silap dan salah.....

NahnuNasrullah said...

budakselangor...

Ana belajar dengan sape? Otai2 Hira'lah..Sape lagi yg boleh buat ayat cmtuh.. 2 tahun duduk Hira' ape gunenye? hehehe...

Penghargaan tertinggi untuk Abg Akhi..kehkehkeh....