Saturday, October 4, 2008

Van Persie dan Warna Warni Eidulfitri

Takbir sepi membisik di hujung bibir, menerjah ke dalam hati.Tetap khusyuk tunduk menimbul rasa syahdu.Solat Raya dimulakan, dua belas takbir diangkat memuji kebesaran, dua rukuk serta empat sujud menandakan pengakuan diri sebagai hambaNya yg sgt lemah. Tidak lupa dua sesi khutbah menyuntik kembali booster iman setelah semangat Raya mengatasi segalanya. Selesai segalanya, pelukan, pohonan maaf, permintaan dan jemputan kedengaran di sekeliling oleh para jemaah yang mungkin sudah berkurun tidak bersua muka.



Setelah dua puluh sembilan hari menahan lapar (30 hari bagi Syi'ah), akhirnya Hari Raya menjengah juga akhirnya. Masing2 mempunyai perasaan sendiri dalam menyambutnya. Bagi yg mmg menantikan medatangannya sejak sebulan lebih lagi, pastinya beraya sakanlah nampaknya. Segalanya bergantung kpd ibadat puasa dan juga tarbiyyah Ramadhan selama sebulan.

Warna warni masyarakat menantikan keputusan kemunculan bulan sabit Ramadhan dan Syawal setiap tahun diterima dengan perasaan yg bercampur aduk. Yang penting sebenarnya yang ramai orang tidak menyedari ialah, penantian keputusan itu sebenarnya menandakan telah berlalunya setahun umur mereka. Berlalu setahun bermakna mereka sudah tak lama lagi menjejak kaki ke bumi ini. Ramai yg tidak meyedari, namun hakikat tak dapat disangkal lagi.
Dengan langkahan kaki keluar dari masjid, m
asing2 dengan semangat berkobar2 untuk menyambut Hari Raya. Ketupat dan rendang disediakan sebagai juadah di atas meja. Sanak saudara berkumpul untuk mengeratkan silaturrahim. Yang jauh di perantauan pastinya berusaha bersungguh2 untuk pulang ke tanah air. Yang tidak mampu pastinya kemudahan perhubungan yang ada digunakan sebaik2nya. Semuanya dalam keadaan gembira... Tanpa duka..

Tetapi....

Dalam masa yang sama.....


Rumah2 terus dirobohkan, manusia yg tak tahu mengapa ia dibunuh terus dilakukan sebegitu rupa, bantuan disekat, perempuan2 terus kehilangan mahkota kesayangannya,... semuanya menimpa nasib saudara kita di Palestin, dan beberapa bumi islam yang lain.Dengan 2,4 juta penduduk Yahudi yang menerobos masuk sesuka hati ke tanah mereka, sudah tentunya kemeriahan Aidilfitri dan kehangatannya jauh sekali nak dibandingkan dengan bumi yang sudah 50 lebih tahun mengecapi kemerdekaan.


Dan....
Dalam masa yang sama juga.......
Mungkin sehari selepas itu...


Ummat islam bermazhab Syi'ah yang sedang khusyuk mengerjakan solat E'id dikejutkan dengan letupan besar.Bukan satu lokasi, tapi dua! Bumi daerah Zafaraniya dan New Baghdad menjadi saksi kejadian tidak berperikemanusiaan ini. Dan seperti biasa, jari tangan pihak yg tak malu pastinya tertuju kepada puak Sunni Iraq yang mana telah siap menunaikan Solat E'id pada hari sebelumnya. Namun, hakikatnya seperti yg kita tahu, tak lain tak bukan mala'un2 A.Syarikat dan sekutunyalah yang selalu membatu apikan ummat islam di Negara yang terkenal dengan ilmunya suatu ketika dahulu. Sekarang hanya menjadi mangsa kerakusan Barat yang mahu menguasai pasaran minyak sedunia..


Dan juga....
Dalam masa yg lebih kurang sama...
Beberapa jam sebelum ummat islam di Malaysia mengangkat takbiratul ihram memulakan solat E'id....


Seorang pemuda, boleh dikatakan syabab ataupun ghulam yang berusia 25 tahun. Beraksi hebat gelanggang stadium Emirates, di mata persada dunia, lebih2 lagi sebagai seorang Muslim yang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk menghabiskan sisa bulan mulia Ramadhan, menggembirakan penyokong Arsenal seluruh dunia apabila menjaringkan dua gol yang mana, sebagai seorang muslim, pastinya lebih2 lagi merasakan kegembiraan tersebut. Dan, sudah tentunya jaringannya disusuli oleh laungan pekikan takbir di seluruh pelusuk dunia, meraikan kejayaannya. Sebagai seorang Muslim Robin van Persie menyambut Eidulfitri dengan gayanya yang tersendiri... Sungguh unik...


Dan beberapa jam selepas itu,

Aku yang meraikan Hari Raya di kampung halaman i
buku menerima berita2 yg di atas membuatkan otakku terus mencanak2, apa yang akan ditulis sekembalinya aku ke rumah aku, yang dilengkapi laptop HP dan yang penting, wireless 'sumbangan' jiran aku untuk aku menaip karya aku di dalam blog ini.. Takbir!!

"Nahnu ma'aka ya Van Persie!"

2 comments:

Anonymous said...

ana memang minat b0la ney!! membe2 sume xminat cgt... aduss... ana la muslimah pling plek kt skul ana!! hehe.. (agaknyer la..) tp kan van persie ney kn netherland (belanda la 2) cam sebe salah lak nak sokong beliau... Tp papehal p0n... Sem0ga arsenal menang EPL ta0n ney... (ikhlas daripada 'die hard fan MU') hehehehe...

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Belanda xder kene mengene dengan boikot.. Adakah anda tahu bahwa saudara2 kita di sana juga mendapat kesan drpd pemboikotan ini, dan mereka suruh diberhentikan segera..

termasuklah Van Persie kot.. hehehe.. (tp die duduk kt London)

Lg satu... pompuan minat skang nih x pelik.. x caye try tanye meber2 anti dgn ikhlas dan anti akan dpt jwpn yg mengejutkan...