Monday, November 17, 2008

What did i do TODAY




What did i do today?? Soalan yang amat-amatlah kena kepada diri yang mana telah mengalami kekosongan cuti sekolah selama 7 minggu.. Berbagai perancangan berjaya ditulis namun hanya secebis sahaja yang berjaya dilaksanakan.. 'Planning is to easy but to do the job is not easy'.. Cuba berbahasa inggeris walau tidak pernah dalam hidup score 'A'..




Diri ini bukan ingin berkisah tentang perancangan diri namun ingin dikongsi bersama ikhwah dan akhawat sekelian tentang pentingnya keteguhan hati.. Dalam erti kata lain ialah pegangan kita kepada sesuatu perkara yang kita yakini.. Contohnya planning tadi yang mana kita yakin dengan ada perancangan sahajalah diri kita akan terjaga dari segala perkara yang akan menghumbankan diri kita ke dalam perkara-perkara yang keji.. Contoh lain ialah Islam pada diri kita itu sendiri.. Sekiranya lemahnya atau tidak teguhnya hati kita atau lemahnya keyakinan kita kepada agama ini, maka secara automatik diri kita akan segera meninggalkan atau melepaskan segala apa yang dituntut dan yang disyariatkan ke atas kita..

Kebiasaannya manusia terlalu yakin bahawa dirinya dah cukup kental atau dirinya dah dipenuhi dengan sinaran iman.. Ana katakan bahawa mereka silap kerana semakin kita nak diri kita hampir dengan Al-Khaliq semakin beratlah tribulasi yang akan diberikan kepada kita.. Mungin setengah dari kita pernah merasai muraqabatullah atau hampirnya diri dengan Allah, persoalannya, adakah ianya berkekalan sehingga hari ini? Apakah perasaan hari ini sama seperti mana perasaan awal-awal kita merasainya? Berkurang bukan? Atau sudah hilang dah perasaan itu akibat tidak menjaganya dengan sepenuh hati.. Amat-amatlah sayang sekali kerana kehilangan permata yang tidak terhitung nilainya.. RUGI!!

Pesanan Umar Al-Faruq kpd kita:

"hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitungkan."

Sentiasalah MUHASABAH apa yang telah kita lakukan hari ini agar sentiasa terjaga dan janganlah sekali2 berputus asa dengan rahmat Allah..

"Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana org yang berputus asa dr rahmat Allah hanyalah org2 kafir"

WALLAHU'ALAM

(tazkirah khas untuk diri dan mereka2 yg fatrah dlm cuti ni..he3..)

2 comments:

jelikweyh said...

rancang2 pn , dpt pahala sunat gak ... rancang blh sm dgn niat ... pd p'dpt ak ler kn ... x tahu lak org lain pikir cemn ...

Anonymous said...

assalamualaikum..
satu artikel yg agak mngena batang hdung..
syukran krn mengingatkan..