Sunday, November 23, 2008

Berkongsi serta Menyampai Pengalaman (part2)

Usai solat Zohor, peserta2 dibahagikan kumpulan makan.. Dan sudah tentu inilah satu2nya mase yg dilihat peserta2 tidaklah tension sepertimana waktu2 lain.. Maklumlah.. makan. Sudah dua hari aku berkhidmat untuk Kem Hafazan dan Motivasi Ibadah sempena cuti sekolah ini dan ini masuk hari ketiga. Penat juge melayan karenah budak2 ini.. Lebih2 lagi waktuku untuk kailullah (tidur sebentar untuk mudah bangun pd malam hari tahajjud) amat terbatas.Selepas makan, pukul2-3.30 ade LDK (latihan dalam kelas). Ini adalah untuk pengetahuan2 tentang agama yg mana ramai masyarakat amek remeh sekarang.. Dua hari sebelum ini aku mengelakkan diri drpd masa ini untuk kailullah, nampaknya hari ini aku tidak dpt lari lagi..

Untuk LDK, mereka dibahagi2kan mengikut u
mur masing2. Darjah 1,2,3 satu tahap, darjah empat lima enam satu tahap, tingkatan 1,2,3 satu tahap yg lain.. Disebabkan darjah 4,5,6 terlalu ramai, maka tahap ini dibahagi dua.. Ini bermakna semuanya mempunyai 4 fasilitator untuk mengajar tahap masing2.. Aku menunggu arahan drpd ketua fasilitator untuk pembahagian tugas ini.Mengikut mesyuarat tempoh hari, hari ini mereka dijadualkan diajar Sirah Nabi. Aku bab2 nih mungkin boleh dikatakan pakar.. hehehe..

"Ustaz Muhd, boleh ambik yg tingkatan 1,2,3 ye..?" pertanyaan bercampur arahan dan pemberitahuan daripada Ketua Fasi itu aku jawab dgn anggukan sahaja.. Pasrah...Sekali lagi dapat tahap paling tingg!! "Ini modulnya.." sambungnya lagi menghulurkan kertas 'berstapler' menandakan lebih dr
pd sehelai kertas.. Aku hanya melihat tajuknya yg tertulis besar.. "Kisah Nabi Yusuf".. Aha! Aku dah tau nak buat ape buat bdk2 form1,2,3 ini...

"Ok semua.. harini kita akan belajar sirah Nabi iaitu Nabi Yusuf," ucapku selepas memuji Allah serta selawat, lazimnya apabila aku memberi sesuatu ucapan mahupun pembentangan ketikaku dalam kelas
separuh teriak untuk menarik perhatian budak2 yg aku faham keterpaksaan mereka dalam penyertaan kem ini. Maklumlah, lebih2 lagi yg form3, baru sahaja lps PMR dan mahu membebaskan diri drpd belenggu tekanan, terus kene masuk kem ini.. Demi agama..

"Sebelom ana mulakan,erk...ustaz mulakan, ustaz menyarankan korang ambek buku dan pen untuk catat sebab lps nih ustaz akan bagi soalan," aku cuba memancing tumpuan mereka..Sejujurnya bertambah janggal menggunakan title 'ustaz' itu, lebih2 lagi dgn budak2 besar.. Maka bergeseranlah kaki kerusi, tidak lupa juga kaki meja akibat peserta2 yg bangun drpd tempat duduk mereka untuk mengambil pen dan buku tulis sbgi catatan untuk soalan aku nanti. Nampaknya segalanya berjalan lancar. Mereka seperti sudah kendur sedikit sifat keterpaksaan mereka..

"baiklah, sekarang ustaz nak mulakan. Siapa kat sini ade Qur'an terjemah?" aku memang bercadang menggunakan terjemahan qur'an semata2 kerana di situ ade keberkatan yg lebih tambahan lagi meyakinkan dan membuatkan peserta2 itu mungkin akan lebih membelek2 qur'an lps nih.. Ade due orang mengankat tangan. Aku perintahkan mereka buka Qur'an terjemahan mereka bg yg ade dan begitu juga yg hanya ada qur'an biase.. Sambil Qur'an terjema
h aku sendiri aku hulurkan kpd peserta yg duduk barisan plg hadapan.. Aku pun mulakan dengan membuka Qur'an kecilku dan mula mengajar tanpa menyelak langsung kertas yg diberi kepadaku.. Bagiku Surah Yusuf telah menerangkan sejelas2nya dgn terperinci setiap kejadian Nabi Yusuf..

Namun begitu, kisah penuh Nabi Yusuf tidak dpt dihabiskan kerana masa yg terbatas.. Hanya sampai babak die meminta dipenjarakan kerana godaan2 yg melampau oleh Zulaikha.. Dan sudah tentu mereka paling teruja babak climax ketika Yusuf digoda Zulaikha.. Aku berusaha mengawal 'keterujaan' mereka itu dengan mengatakan beberapa kali.. "Ha'alah.. Ustaz tak suruhpun kamu bayangkan.. yg korang bayang buat per..?! kalau ustaz xper ah.." aku menambah sedikit senda di situ..

Aku sengaja menekankan part itu kerana mahu menarik perhatian mereka.. Kalau tidak, sudah tentu ramai yg tumbang dan tewas kpd bisikan syaitan yg menyruh menutup matanya.. Tambahan ketika itu tengah hari dan memang org ckp waktu tido.. Maka, aku yg termasuk dalam golongan org2 yg dilanda sifat ngantuk ini berusaha menyegarkan diriku sendiri dan juga anak2 muridku.. Ternyata usahaku berjaya.. Aku harap tidak lebih drpd itu..



Memang menyeronokkan mendidik budak2 ini yg sangkaku mula teramatlah susah payahnya.. Tetapi aku mengaku, byk benda yg aku perlu berikan, tetapi aku masih belum beri.. Hanya menuggu masa yg sesuai, ataupun mmg tak sesuai untuk berikan kpd mereka, wallahua'alam..


Selain kisah Nabi Yusuf, ade jugak aku selitkan info2 menarik seperti pemain beragama islam.. Dan seperti yg dijangka, semua terkez
ut, sekaligus aku berjaya utk keberapa kalinya menaikkan semangat mereka untuk mendengar pengajaran daripadaku .. Bila dinyatakan sumber, tidak lain dan tidak bukan.. website mane lgi ade info tntg pemain islam secara unik kalau tidak bukan......... (Ah..lu sambunglah sendiri!)

Ustaz lepasan Syubra Al-Azhar yg sudah habis kelasnya di sebelah menoleh ke arahku tika aku baru hendak menutup kelasku dengan tasbih kafarah dn surah wal'asr.. Tatkala ku keluar, dia menyapaku, "eh ustaz, ana dengar tadi macam meriah je.. Diorang takder yg tido ker?" ustaz itu yg turu
t membahasakan diriku sebagai ustaz walaupun sudah lepasan Syubra Al Azhar.. "erk.. xder ah ustaz.. diorang steady je.. xder yg tido2 punye.. lagipun kan cerita tentang sirah Nabi Yusuf.. sukalah diorang..". Ustaz tersebut menangguk faham sambil senyum sinis..

Apa yang aku harapkan sebenarnye ialah kemampuan mereka untuk menukar niat serta tujuan2 mereka datang ke Kem Hafazan dan Motivasi Ibadah ini.. supaya tidaklah sia2 mereka penat2 datang semata2 kerana dipaksa oleh mak, sekaligus melenyapkan pahala mereka yg menggunung ...Peserta bce Ma'sturat lps solat Asar

Hadis Nabi:

"Sesungguhnya seseorang yang berpagi-pagi pergi mempelajari ayat-ayat dalam Kitabullah lebih baik yang seperti itu daripada mengerjakan sembahyang sunat 100 rakaat.” Dari hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas , Rasululah juga mengatakan :”Siapa-siapa yang mempelajari Kitabullah, kemudian diamalkannya isi yang terkandung di dalamnya, Allah akan menunjukinya dari kesesatan dan akan dipeliharanya pada hari kiamat dari siksa yang berat.”


Semoga mereka2 yang dihantar oleh makbapaknya ke kem ini tergolong sepenuhnya drpd golongan ini, sekaligus manjayakan harapan ummat islam untuk melihat org islam kembali kpd Al-Qur'an dan sunnah dan akhirnya membangkitkan islam kembali..

1 comment:

Anonymous said...

xtahan mase yg ni, haha...->

"Ha'alah.. Ustaz tak suruhpun kamu bayangkan.. yg korang bayang buat per..?! kalau ustaz xper ah.."

engat cket, k0 p0n bawah um0 jugak..hikhik,,

-> yup! smoge mreke sume iklas dalm mengharungi detik2 dlm kem tuh...