Thursday, December 18, 2008

Argh!! Tak kena!

Rasanya tak terlewat untuk ana membincangkan tentang perkara hangat 'si Hero' Negara Arab, mungkin juga seluruh ummat islam dan tak mustahil juga seluruh dunia yang memberanikan diri menggunakan sepenuhnya kesempatan sebagai seorang wartawan untuk meletakkan tahap seorang pemimpin dunia yg disanjung tinggi kepada tahap yg lebih rendah drpd tapak kasutnya sendiri.. Begitulah kejadian yg menggemparkan seluruh dunia, bahkan ana yg tiada TV di rumah ini pun diberi kesempatan oleh Allah untuk melihat berita tersebut gara2 adik-beradikku yg mahu mengikut ayahku 'outstation' di K.Terengganu.. Hasilnya ana terlambat untuk mengulas kejadian ini.. Namun begitu..

Namun begitu, ana tak mahu sesekali ketinggalan untuk membincangkan perkara ini.. Lebih lambat, lebih banyak lagi pendapat2 org yg dapat kita lihat, lantas simpulkan, malah sehingga sekarang, reaksi2 dari seluruh dunia lgsg tak terkejar oleh wartawan kita untuk mendapatkn maklumat..

Yang terbaru,rakyat US membuat aksi sokongan kepada Wira Muntazer Al-Zaidi dengan membaling kasut ke arah Whitehouse..


Menarik... Apa kata kita dengar kata2 rakyat US ini..

Seorang rakyat US, Tighe Barry memakai kostum banduan bermukakan Bush, kemudian dibaling beramai2 oleh rakyat yg menyokong Al-Zaidi.. Kata Tighe Barry,

"Saya melakukan ini untuk main2 saja. Kalau saya benar-benar seorang Bush, saya lebih baik mati dan masuk neraka. Dia) manusia yang takder hati,"

Kata rakyat US yg lain,"Sungguh memalukan, Zaidi diancam hukuman dua tahun penjara karena dianggap menghina Bush, sementara Bush yang jelas-jelas bertanggung jawab atas kematian 1,5 juta rakyat Irak dan kematian 4.200 tentara AS serta 5 juta rakyat Irak yang menjadi pengungsi, tidak dihukum. Bush lah yang seharusnya dihukum dan diseret ke pengadilan sebagai penjahat perang."

Cukup setakat itu.. rasanya banyak lagi susulan daripada kejadian yg tak disangka ini.. Tetapi ada juga manusia yg menanggap ianya hanyalah satu lakonan yg telah dicadang oleh Bush kerana lihat Bush seperti dh bersedia untuk menghadapinya.. Siap boleh dua kali elak lagi tuh.. huhuhu.. hebat! Anyway, Wallahua'alam..

Seperti kebanyakkan orang, ana tahu anda semua pasti berasa tersangat-sangat-sangat geram apabila Bush mengelak kasut itu.. Paling kurang pun kena telinga pun jadilah.. Tetapi sayangnya sikitpun tak kena.. Rasanya ramai antara kalian yang rasa.. "Aiii..!! kalaulah aku yang baling tuh.. perghh! dah kene dah.."

Jadi, anda nak lepaskan geram? Balinglah sebanyak mungkin kasut ke arah Bush dengan melayari web INI.. Bukan sahaja anda dapat merasakan baling ke arah Bush, malah anda boleh lihat ranking anda dan juga negara anda.. Dan buat masa ini balingan terbanyak ialah daripada US sendiri diikuti Perancis, Australia, dan kemudian barulah Arab Saudi.. Ke mana Malaysia? Tiada lgsg dlm Top25.. hahaha.. Jumlah keseluruhan balingan yg mengenai Bush ialah 35321299 balingan.. Wah! secara puratanya 31773766 balingan sejak website ini dibuka.. Dasyat!

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..
klu betullah pndpat yg mngatakn bush dh rncang pasal pembalingan kasut tu..
kenapa.... dia nk sruh org baling kasut kt dia..??
insyaALLAH ana akn melayari laman web tu..
tp, dia x saman kn, sesape yg baling2 tu..??
mna thu dia dpt detect...
hhahaha

Anonymous said...

ish xsabaw nk baling...hahaha,,
durjana betul..bush..

tv9 memg gerek abis,
d0rg siap tunjuk lagi laman web 2
after berita tv9...
memang seronok...hahaha,,

tv9...dekat di hati...kui3.7x,,

SirAlep said...

peristiwa pembalingan kasut ni bkn sandiwara seperti yg dikatakan beberapa pihak.bush dapat mengelak kasut yg dibaling hanyalah kerana dia sudah selalu(lali)dibaling kasut oleh First lady laura bush.itu sebabnye dia dapat mengelak dengan mudah.
sumber dari : (reka sendiri)

tapi kalo pikir btol2 ape yg die dpt dr baling kasut tu..
dah la x kene pastu kene tangkap..
silap2 dia berdosa..
nabi x ajar gune cara camni..
ni mcm tunjuk nafsu marah dia dh menguasai dia..
wallahualam

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Hahaha.. teori yang bguas SirAlep..

sebenarnye pendpat itu hanya sekadar untuk memenuhkan post semata2.. tanpa ade walaupun satu perastu persetujuan terhadap itu..

Detect? Boleh je.. Habislah.. rumah anda akan jdi sasaran FBI lps nih.. hahaha.. (jgn risau, Bush dh nak blah dah!)