Sunday, December 14, 2008

Karaoke, satu budaya baru?

Si anak dan ayahnya melangkah menuju ke ruang tempat duduk yg tersedia untuk para tetamu selepas berjabat dengan tuan rumah.. Makanan diambil dan bersedia untuk menjamah. Kedua2nya kelihatan berusaha sebaik mungkin untuk mejamah makanan dengan penuh selera.. tetapi tewas.. Ini kerana suarau serak2 orang tua yg kedengaran memecah gegendang telinga setiap orang di kawasan itu melalui corong speaker besar, dan juga orang yg bertanggungjawab menguruskannya, yg mungkin lebih dikenali sebagai "DJ"..

Si anak kelihatan resah. Mungkin bertalu2 carutan yg keluar di lubuk hatinya yg tak kedengaran oleh telinga.. manakala si Ayah tetap cool, meskipun ketidaksenangan itu jelas di wajahnya.. Si anak memandang Ayah.. si Ayah pula mengangguk sambil terus bangun mengorak langkah ke arah tempat microfon dan 'DJ' dengan pastinya.. Si anak mengorak senyum..


"Adik, nak microfon sekejap boleh tak?"

"Boleh sangat..Pakcik nak lagu ape?"

"Err... tak payah susah2.. pakcik nak cakap je.."

"erk!..ok2."

Dan buat pertama kalinya sejak majlis Kenduri Perkahwinan itu bermula pagi tadi, dan setelah sejumlah orang mengumandangkan dengan sumbang lagu2 yg dipilih mereka, kali ini seluruh tetamu berpeluang mendengar tazkirah ringkas, tapi pedas dan tepat menuju ke lubuk hati masing2..

--------------------------------------------------

Itulah realiti yang berlaku.. dan semestinya aku adalah si anak dan si ayah ialah ayah aku yang tercinta. Untuk pengetahuan, ayah aku memang agak kerap melakukan seumpama itu pada majlis2 perkahwinan yg dihadirinya terdapat karaoke, lebih2 lagi jika tuan rumah itu adalah keluarga sendiri ataupun kenalan yg agak rapat.. Lagi lama, dan lagi mendalam..

Sejujurnya aku sebagai anak kpd ayah yg berani ini memang kecut perut dan menggigil juga apabila ayah pertama kali membuat perkara itu.. Pertama kali ayah buat begitu pada majlis saudara terdekat.. Almaklumlah, ketika ramai muda-mudi yg sudah siap beratur menunggu giliran untuk menayangkan suaranya yg tak kemana itu, dengan si 'DJ' yg tersedia dengan menuggu masa untuk memberi komen selepas itu, tambahan lagi tuan rumah yg sudah bersusah payah menjemput 'DJ' yg entah dari mana dengan bayaran yg sudah ditetapkan, pastinya ia adalah suatu perkara yg agak berisiko.. Namun, yg benar tetap benar..

Sebenarnya, aku pun pelik dek kebangkitan budaya karaoke di dalam Majlis Perkahwinan sejak kebelakangan ini.. Apabila dikira2 balek, 3 daripada 4 Majlis Kenduri Perkahwinan yg ku kunjungi pada cuti sekolah ini mengandungi karaoke.. Memang tak dapat dimaafkan.. Tapi, bila difikirkan kembali hikmahnya, nampaknya Allah memang suruh ana buat satu post khas untuknya.. hehehe..

Tak payah susah2 kita terjun ke dalam Kaedah Feqah ataupun perbahasan Feqah Kontemporari untuk menyelami dgn mendalam bab ini.. Alat muzik bertali dan bertiuplah, suara perempuan, pergaulan, waqi' semasa dan macam2 lagi.. Cukup sekadar membincang kesan2 buruk dalam masyarakat 'so SIAL' ini yg semakin lame semakin jauh dari Tuhan..

Apabila kali pertama aku berjumpa dgn majlis yg sedemikian, terasa lawak dan mahu gelak.. Entah ape2 terjerit2 macam beruang sarkas.. Langsung tak sarkastik.. Yang muda mudinya langsung tak tahu malu.. Agaknya orang zaman sekarang memang semuanya jenis tak tahu malu.. Tapi, bila cakap dia tak tahu malu tahu pulak nak marah.. Itu boleh lagi.. Paling aku tak tahan bila ada golongan2 warga emas yang tua2 nih .. alamakk.. Nak mengumpat nanti takut katanya kurang ajar dengan orang tua.. Sudahlah bab orang tua..

Masalah paling besarnya karaoke ini yang rasanya dapat diterima oleh semua jenis lapisan masyarakat ialah menganggu conversation ataupun perbualan ketika Majlis.. Almaklumlah, sekian rakan dan taulan yang sudah berabad tidak bersua,cikgu2 waktu sekolah dulu, dan juga rakan main gasing sama2 dulu waktu kecik yg mana ketika itulah baru kita dapat bersua muka.. Ini amatlah kerap terjadi apabila ayahku ada Majlis Perkahwinan di kampungnya.. Dan inilah 'main point' ayahku tiap kali tazkirah free nya menjadi 'halwa' telinga special tiap2 orang yg menjadi tetamu..

Sudahlah tak sedar diri yang suara itu hanya layak sebagai 'penyumbang' suara semata2.. memecahkan gegendang telinga para tetamu je.. Aku pun pelik kenape perkara ini boleh diterima oleh orang.. Telinga diorang pekak ke ape? Patutlah sekarang amatlah susah masyarakat nak terima Islam.. Hati dah keras dek muzik2 dan hiburan yg tak bertapis dan berlebihan lagi pulak keterlaluan..

Katanya nak berkaraoke ini nak tenangkan fikiran..

Ibnu Qayyim pernah menegaskan bahawa dalam hati itu terdapat kekalutan yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan mengadap kepada Allah


1. Dalam hati itu terdapat sifat liar yang tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan berjinak-jinak dengan Allah

2. Dalam hati itu terdapat rasa dukacita yang tidak mungkin dihapuskan kecuali dengan merasa gembira dengan ma'rifat terhadapNya dan juga benar dalam bermuamalah dengannya

3. Dalam hati itu terdapat perasaan keluh kesah yang tidak mungkin ditenangkan kecuali dengan berkumpul dan menumpukan diri kepadanya

4. Dalam hati itu terdapat kegolojohan dan penyesalan yang tidak mungkin dipadamkan kecuali dengan redha dengan perintah, larangan dan qada' Allah dan menahan sabar menghadapi perkara tersebut sehinggalah ke masa pertemuan denganNya

5. Dalam hati itu terdapat rasa kepapaan yang tidak mungkin disekat kecuali dengan perasaan kasih dan penyerahan diri kepadaNya,berterusan berzikir dan kebenaran keikhlasan kepadaNya. Jika dikurniakan dunia dan segala kandungannya kepada hati yang dihidapi perasaan papa maka ia tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut.

Tak dapat nak tulis banyak2.. Sebok sket skang, tapi akhir kata harapnya budaya Karaoke tak terus menular dan terus menjangkiti msyarakat Malaysia yang telah cukup banyak dengan hiburan.. Janganlah calarkan majlis yang asalnya Sunnah ini dengan kemurkaan dari Tuhan..

3 comments:

jelikweyh said...

saya adlh org yg sgt anti dgn karaoke walaupun d'kelilingi kwn2 yg hantu karaoke ...

memang x dinafikan perkara ini menjadi seperti budaya masyarakat kita sejak kebelakangan ini ... tapi saya setuju dengan entry ini yang mengatakan suara mereka semua adalah tidak sedap ... buat qiraat quran sedaplah ... pada saya , semua suara tak kiralah sedap ker , parau ker , serak ker ... semua akan menjadi merdu jika melagukan ayat2 suci al - quran ...

dlm p'ngalaman sy , sy pnh m'hadiri majlis walimah yg d'seri kn dgn majlis forum perdana pd mlm nya , majlis walimah yg m'undang kumpulan2 nasyid utk m'ceriakan majlis serta majlis walimah yg m'jemput qari2 utk m'p'dgr kn bacaan ayat suci al - quran ...

saya x pnh jumpa lg majlis walimah spt d'mesir yg d'hidangkan dgn sedikit tazkirah ( talking about nikah or something like that ) dr kedua - dua mempelai ( pengantin br )

sekian shj coretan utk d'kongsi b'sm anda semua ... wassalam

Anonymous said...

ya rasenyer hny 10% walimah yg pena aq pegi xde kara0ke.yg lain semuanya c0mplete DJ dan set kara0ke nyer..

terasa menyesal lak dulu mase pakcikku kahwin,, aq turut menyumbangkn suara yg sedia sumbang ini... adehh.. bile tringat menyesal lak walaup0n dah 4 ta0n berlalu...
astaghfirullah...

arapnyer mase walimah aq suci bersih dari kara0ke...hahaha,, Amin...

SirAlep said...

mad bapak enta gempak!!!
series gempak!
bile enta lak nak ganti bapak enta??
hehe..
erm setuju sgt psl tajuk nih..
kalo pompuan muda2 yg suara lunak nyanyi xpe gak(eheh xde lah istighfar sket)..
tp ni pakcik or makcik yg suare serak2...Ya Allah x tau nk ckp ape..rase lawak ade..rase nk rampas mikrofon tu dr diorang pn ade..
x fhm tol org yg carik ketenangan melalui care ni..
tanggungjawab kite la utk bagitau diorang care nk dpt ketenangan abadi..
ye dak??
salam..