Friday, December 5, 2008

Wayang, Oh...Wayang

Maka, menulislah orang yg menulis akan kehendaknya mendengar pendapatku yg hina ini tentang wayang..

Katanya:
mohon enta menulis ttg
hukum tgk wayang.
maklumlah, cuti ni ramai
yg menjadikan wayang rumah
kedua mereka..bminat nak
membaca a piece of your
mind about this wayang
thing.

Dengan itu, bermulalah ku memerah kepale otakku yg berselirat ini dengan pelbagai idea2 yg mungkin boleh masuk akal setiap manusia yg menjenguk blog ini, drpd Malaysia sehingga ke Ivory Coast..

"Eh, ape salahnya pergi tengok wayang? Bukan nk tengok orang pun... Kita nk tgk cerite.."

"ape la kau nie, stakat menonton wayang je..bukan pi wat maksiat pun..zaman2 mcm nie pun ade org kolot lagi..wei, kau tgk zaman la!! ..."

"kteorang menjaga hak cipta orang, jd tak beli CD cetak rompak untuk tgk.. pgi jelah wayang.."

Begitulah kata mereka2 yg 'tak kolot' dan mengikut peredaran zaman.. Secara umumnya hanya berkisar kpd hujah "bukan buat ape pun".. cuma alasan yg terakhir tuh sedikit maju dan moden.. Namun hakikatnya alasan tetap alasan..

Bercakap tentang hukum, bukanlah suatu yg mudah dan boleh dikupas2 oleh manusia sepertiku ini. Yang tahu hanya mengupas kulit epal yg disembur racun untuk menjaga kesihatan.. Namun, memutuskan suatu hukum amatlah jauh sekali kelayakan. Tetapi, ana tetap akan menyimpul2 drpd pengalaman dan pembacaan serta ilham yg mencurah.. Namun, apabila pertama sekali orang bertanya tntg wayang,ana kana bertanya pergi dgn siapa.. Jika dgn kawan2 maka jawapan biasanya, "tak boleh".. Tetapi, seperti biasa...orang pasti nakkan yang peling ringan.. Biasalah, ummat zaman sekarang.. Pasti nak yg paling ringan dan mudah.. Supaya nafsu mereka dpt dipuaskan.. Maka..

Oleh itu, ana pun berbincang2 bersama2 member2 dan ustaz2 kenalan internet untuk menggariskan bentuk apakah wayang itu dibolehkan.. Dan yg paling ringan ana dapat ialah dengan mengamalkan 4 langkah ini... barulah jawapan bertukar kpd "boleh KOT".. Kenape KOT..? nak tahu bace sehingga bawah.. ape2pun kita lihat dulu langkah2nya..

1. Siasat dahulu cerita apa yang bakal kamu saksikan. Bacalah sinopsis, review dan social ratingnya dahulu. Social rating seperti U, 18 SG, 18 SX dan lain-lain sgt berguna untuk menentukan kandungan cerita yang bakal ditonton. Tapi hati-hati, social rating di Malaysia dan oversea lain, 18 SX kita mungkin hanya U bagi diorang!. Tapi secara umumnya di Malaysia, rating U itu sesuai untuk semua orang kerana FINAS masih bolehlah lagi dikatakan peka dengan nilai dan adab ketimuran kita.

2. Bawalah sekurang-kurangnya 3 rakan yang anda kenal dan hormat akan iman, ibadah dan akhlaknya dengan baik.Senang ceritanya 'thiqah'.. Ustaz saya hanya menyebut satu perkataan apabila bercakap tentang hal ini, iaitu MALU. MALU ini jugalah yang akan menundukkan pandangan kamu dan mencegah maksiat sekiranya kamu terlupa pada Allah. Semoga kamu semua memahaminya

3. Timing wayang sesuai dengan waktu solat. Kalau clash juga, utamakan solat dahulu.

4. Enjoy

Dan sekali lagi ana ingin ingatkan, itu hanyalah untuk mereka2 yg memang mahukan kesenangan di dunia yg fana ini beserta kemudahan meskipun hadis nabi:

"dunia ini penjara bagi orang mu'min"

Jadi, berpandukan hadis ini, keluarlah beberapa kontra yang ana rase boleh memansuhkan lebih kurang 75% drpd langkah2 di atas..

Ade orang cakap "kalau masuk wayang amalan tidak diterima selama 40 hari"
Ade juga yg mengatakan "masuk wayang sebelah kaki kita dalam neraka"

Kata2 yg kedua ana tidak lagi menjumpai dalil2 yg sah merujuk perkara itu memandang wayang itu sendiri perkara yg baru.. tiada pd zaman nabi.. Tetapi, anda perlu berhati2 kepada kata2 yg pertama kerana......

anda semua yg pergi wayang...anda bayar tiket wayang tu..
kemudian anda semua masuk ..dan kalau anda semua perasan..
anda semua akan di hidangkan dgn iklan2 arak dan tubuh2 manusia yg terbuka..
so senang kata..anda semua bayar utk org yg buat iklan tu...

Ingat!!
Sapa2 yg membantu dlm menyebarkan arak..tak kira la yg membuat,yg menghantar,yg menjual, yg mengangkat, yg membungkus...akan dapat dosa drpd Allah SWT kerana menyebarkan arak...
dan anda semua yg tgk wayang...anda BAYAR syarikat arak utk terus mengiklankan arak...
jadi mengikut kuliyyah2 yg ana ikuti di mana2 ada hadis yg mengatakan siapa yg minum arak maka amalannya 40 hari tidak diterima..

Mungkin tidak terlalu tepat mereka yg mengatakan "pegi wayang amalan x terima 40 hari", tetapi hanya ingin membela yg org ini bukan bercakap hanya mengikut nafsu semata2.. dan mereka ada dalil.. Mungkin tak berapa tepat, tetapi cukup untuk menguatkan hujjah tengok wayang "tak boleh"

Itu belum lagi kira aurat bukan mahram, masyarakat sekeliling.. Fitnah timbul atas sebab gelap.. Suara perempuan jerit, watver yg boleh menjatuhkan hukum haram.. Yang mana alasan ini kebanyakkan orang tak boleh terima atas sebab zaman sekarang dah tak boleh elak untuk tengok aurat bukan mahram.. Tetapi buat masa ini tiada siapa yg boleh membantah akan bicara arak tadi..


Jadi, sudah tiba masa untuk menyimpulkan.. Jika anda mahu menjadi seorang Muslim sejati yg bernilai 100% bukan seperti muslim2 yg biase, anda sepatutnya lebih banyak berhati2 daripada menunggu orang mengatakan sesuatyu benda itu haram.. Sekarang, apabila orang cakap benda itu haram barulah mahu terima.. Jika hanya 'tidak boleh' terus sahaja disanggah mana ulama' atau Majlis Fatwa yg cakap tak boleh.. Lain sekali pada zaman Rasulullah s.a.w dan juga kata2 seorang sahabat yg hidup selepas kematian Rasulullah s.a.w dgn mengatakan "hari ini, orang melihat suatu dosa seperti seekor nyamuk hinggap di atas kepalanya, yang mana dosa itulah pada zaman para aku dulu dianggap seperti bukit yg mahu menghempap kepala".. Itu baru beberapa tahun selepas Rasulullah wafat..? Hari ini? Na'uzubillah..

Anda Mu'min? Jauhi wayang..

8 comments:

Anonymous said...

yup! setuju bangat deyh dengan idea kamu...

moga2 di rahmati Allah...

Semoga semua muslim di dunia mengambil iktibar dan tindakan sehingga wayang terus bankrap!

argh..ini hanya cita2 ku yg agak mustahil di akhir zaman ini..

ngeh3x,, tp kuasa Allah meliputi segala kan? yeah!!

Anonymous said...

hesh takotnye!
bru nk tgk Harry potter taon dpn
tp kalau xd iklan arak,boleh x?.
hehe :P.

Anonymous said...

ana sokong!!

hurm..br tau nape famili ana x pena
jejak wayang pon..termasok ana..

pesankue pd yg membaca..
lg2 yg berpakaian muslimah maybe..

klo gi wayang tuh..
jg la maruah sbg pompan..
n ana sarankn..
baik x yah gi..lg2 yg pakai tudong labo..

kalau nk gi jugak...
pegila satu group..
banyak skit..
n mcm kat atas..
tgk citer pe yg bakal ditonton..

buat malu jer kang..
pakai pakaian muslimah..
masuk wayang citer ntah pape...

bkn malukn diri jerk..
sekaligus memalukan islam..
sbb pe..pikir sndiri

Nujum Pak Lipas said...

saya sokong,,
ader sesetengah org masok wayang wat pojek(!?)..
zzzz....
bek download citer kat limewire...
lg bez dan siap high quality beb..
maksod pown ader...

Anonymous said...

kupasan lanjut dalam hal yang serupa tetapi dimensi berbeza.

http://khalifahkhaliq.blogspot.com/2008/09/hukum-tengok-wayang.html

Taubat itu wajib bagi seseorang.
Tapi lebih wajib lagi baginya untuk meninggalkan dosa.
Perjalanan waktu ini sangat mengherankan.
Tapi lebih mengherankan lagi kelalaian manusia terhadap waktu.
Sabar dalam menghadapi musibah itu sulit.
Tapi hilangnya kesabaran itu lebih sulit lagi akibatnya.
Semua yang bisa dicapai itu dekat.
Tapi kematian lebih dekat dari kesemuanya.

-Sayyidina 'Ali bin Abi Thalib-

*reminding you just in case you forgot..

SirAlep said...

bagus.
bagus.
bagus.

anda bijak, ikut cakap penulis.!

Trinisaurus said...

mcmne ko tau lau msuk cinema, penonton akn dihidangkan dgn iklan arak and etc2. ko pnh gi ke?

lepastu, cthnye cte tue best, nk tgk sgt, penting n papelah. cd ori konfem lgi mhl dri ticket movie, dvd apetah lgi. xkan nk beli pirate kot. bek tgk je kan kt panggung? lgipun tiket kn hrge student.plus, bukan gi ngn bf pun.

RuMaH TuA said...

Satu fikir risau tentang umat lebih baik dari dunia dari seisinya*.

*amalan - amalan para salafussoleh.