Sunday, May 24, 2009

Aii..!! Susahnya..

Mulanya berkira2 mahu berehat, biarkan saja teratak biru ini bersawang. Tetapi otak diterjah2 pula oleh beberapa perkara yang rasanya membutuhkan untuk saya menulis lagi. Maka, dengan ini penulisan saya yang tak seberapa saya cuba sediakan untuk semua. Satu isu yg dulu amat kerap saya menulis tentangnya, namun dah lama rasanya saya tidak sentuh perkara ini.

Tidak lain tak bukan ianya ialah berkenaan dengan akhir Zaman. Zaman fitnah, dunia yang makin dekat menuju pengakhirannya. Macam2 perkara memeningkan kepala berlaku. Daripada orang atasan sehinggalah pencacai bawahan. Dengan gila kuasa, politik wang, dadah, rompak, ragut, mat alfateh rempit, rogol, dan macam2 lagi.

Bagi mereka yang tak pernah lagi, ataupun baru di Cetusan Minda ini, takpun mereka yg belum lagi membaca tulisanku berkenaan perkara sewaktu dengan ini, mungkinlah masih belum mengetahui punca2 berlakunya perkara ini. Bagi yg dah lama di sini pula, kalau masih termangu2 memikirkan punca semua ini, amatlah tidak wajarnya. Punca kepada semua kejadian2 akhir zaman ini ialah KETANDUSAN IMAN. Opp.. ade yang tak faham? Senang cerita kerana tidak berpegang teguh kepada Islam sepenuhnya. Sebab itu rahmat Allah tidak turun.

Dalilnya, Hadis Nabi:

"Seorang penzina tidak akan berzina ketika ia berzina dalam keadaan beriman. Dan tidaklah seseorang meminum khamar ketika ia minum ia dalam keadaan beriman.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lalu bertanya lagi manusia, bagaimana iman seseorang itu boleh hilang? Dalam konteks akhir zaman ini, rasanya sesuai kalau saya sertakan satu lagi hadis:

"Iman dan malu itu dua perkara yang berkaitan. Sekirang hilang salah satu daripadanya, maka hilanglah kedua2nya.."

Pokoknya di sini ialah malu. Hilangnya sifat malu dari diri kita. Sebagaimana dalam hadis yang lain mafhumnya(maaf, tak sertakan matannya), jika Allah mahu musnahkan sesuatu kaum itu, ia akan menarik sifat malu mereka dahulu. Mudah bukan? Itulah yg berlaku dalam persada dunia berorientasikan fitnah ini.

ISLAM DI ZAMAN FITNAH

Yang ini, saya mahu sekali lagi sertakan hadis Nabi:

"بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء"


Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan asing , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. (RIwayat Muslim)

Hadis ini jelas sekali bukan? Penerangan tentang satu benda yang memang secara lazimnya dapat kita perhatikan dalam suasana sekarang. Bayangkan saja, seorang yang lengkap berjubah, berserban, dengan janggut panjang masuk ke dalam sebuah pasaraya, ataupun masuk ke dalam KTM. Bagaimana rasanya.. asing bukan? Itulah antara ciri2 bahawa Islam sudah kembali asing, seperti mana yg tertera dalam hadis tadi. Bahkan turur asing dalam kalangan ummat islam sendiri. Tak percaya? Saya cabar anda pergi ke Midvalley dalam memakai kopiah saja sudah cukup. Ade berani? Jelas bukan? Keasingan itu amat terasa.

Tambahan pula bagi mereka yang bergelar muslimah. Satu yang amat sedih ingin saya katakan apabila melihat kehidupan mereka. Sangat sedih melihat mereka yang mahu berubah, dan mendapat tentangan. Lebih sedih lagi jika mereka terus berhenti daripada percubaan untuk berubah itu. Mudah2an tiada yg seperti itu.

Ada yang asalnya tidak pakai tudung, lalu cuba berubah untuk pakai tudung, dikatakan kene panah petir, lalu otak jadi terbalik, lalu pakailah tudung. Yang dari tudung bawal pendek tahap maut nak bertukar kepada tudung labuh, diperlinya "ustazah", alim gila nak mati, dan macam2 lagi. Bila fikir situasi ini, tiba2 ter're-call' balik satu hadis Nabi:

"Akan datang satu zaman yang mana seseorang itu berpegang kpd Islam ibarat mengenggam bara api" (Riwayat Tarmizi)

Maka, tak perlulah bersedih, hairan, pening2kan kepala memikirkan kenapa semua ini terjadi. Semuanya sudah disebut nabi. Tinggal perlu fikir saja apa yang perlu dibuat oleh segala2 gejala yang mendatang ini.

POSITIVE THINKING DAN REVERSE PHSYCOLOGY

Jangan berkerut sangat memandang sub tajuk di atas. Itu hanya gimik saja. Apa yang saya akan tuliskan adalah sesuatu yang sgt mudah untuk difahami. Ia adalah bagaimana seseorang itu perlu reaksi apabila ia berdepan dengan situasi yg telah disebut di atas. Anyway, mungkin tak berapa berkesan untuk perempuan kerana ana rasa perempuan lebih emosi (jgn marah, ianya fakta). Berlainan dengan lelaki yang boleh berkeadaan selambe dalam ape keadaan sekalipun keadaan itu memang berkehendak kepada keseriusan.

Bagi mereka yang dicaci2, diperli, dikutuk, dan macam2 lagi atas sebab cubaan anda ingin berubah, maka ketahuilah bahwa anda tidak perlu berasa sedih, berduka, dan yg sewaktu dengannya. Kenapa pula?

-Anda diperli dengan "weyh, ape ah ko ni 'alim sangat", ketahuilah bahwa itu bukanlah satu yang perlu dianggap sebagai kutukan atau perlian, malah itu adalah doa' untuk kita. Jadi, bergembiralah dan aminkanlah apa yg mereka katakan kerana doa' seorang rakan kpd rakannya yg lain adalah lebih mustajab berbanding doa' untuk diri sendiri. (meskipun jelas niatnya ialah untuk memerli)

-Jika anda dikutuk "fullamakk.. dah jadi Ustazah.." ataupun.. "woi, jage sikit cakap tuh.. Ade sutazah kt sini", ketahuilah juga, anda termasuk dalam golongan yg di atas tadi.

-Ataupun jika anda di caci, dicerca, dengan kata2 yg lain daripada yg di atas, ketahuilah bahwa anda sudah pun masuk dalam kalangan orang2 yang disebut oleh nabi dalam hadis2 yg telah saya nyatakan tadi. Maka, berbanggalah, kerana itu tanda2nya anda seorang mu'min sejati.

Kesimpulannya:

Biarlah apa pun mereka nak kata, sehebat manapun tentangan, dan sekeras manapun cacian kutukan yang dilontarkan kepada mereka ingatlah, semua itu tak lebih daripada hanya sekelumit daripada apa yang telah ditimpa oleh nabi dan para sahabat. Cuba banayang2kan kembali bagaimana Nabi berdakwah ke Ta'if, balik dalam keadaan bermandi darah, dilempar batu oleh budak2 hingusan yang sudah menunggu di jalanan. Ketika itu, Nabi masih boleh lagi mendo'akan hidayah untuk penduduk Ta'if. Menakjubkan. Bayangkan pula Bilal bin Rabah, yg dijemur panas terik matahari di tengah padang pasir. Seketul batu berada di atasnya. Arghh! tak sanggup aku.

Bila mereka disiksa, mengadulah mereka pda Nabi..

lihat firman Tuhan Al-Baqarah ayat 214..:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ

Maksud:" Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga sedangkan kamu tidak lagi ditimpakan ujian seberat umpama kaum2 sebelum kamu?..(ila akhir ayat)"

Lalu, di manakah kita jika mahu dibandingkan dengan mereka? Sama2 muhasabah diri masing2..

6 comments:

muhammad_alfateh said...

Bismillah...
Assalamualaikum wbt.

Saya suka apabila dikutuk. Peribahasa Cina mengatakan "Yang mengutuk itu guru, yang memuji itu musuh".

Satu soalan buat penulis; adakah orang lelaki berjubah dan berserban itu dikatakan alim dan soleh?

Sepanjang pembelajaran saya, saya memahami Islam tidak membawa budaya pemakaian yang khusus, tetapi hanya menggariskan panduan pemakaian. Tidak dikhususkan bahawa ia mesti jubah dan serban.

Justeru, orang yang memakai jubah dan serban tidak mendapat pahala. Rasulullah SAW tidak pernah menyuruh kita memakai jubah dan serban.

Melainkan dia memakai jubah dan serban kerana sayangkan Rasulullah SAW. Maka baginya pahala mencintai Nabi SAW. Dengan itu, kita perlu suka untuk memakai jubah dan serban. :)

Justeru, saya lebih suka andai penulis menggunakan analogi "Kalau kita pergi ke Mid Valley dgn menundukkan pandangan atau baca doa masuk pasar".

Sekadar itu sahaja. Ini hanyalah pandangan. Membezakan baik dengan yang lebih baik sedikit. Analogi anda sudah cukup baik kerana memahamkan pembaca.

Terima kasih. Saya sayangkan anda kerana Allah. Nastafid ba'duna ba'd. wassalamualaikum wbt.

hamba Allah said...

Salam,

Post ni macam pasal ana je??
Tapi apapun memang betul la kata nta...
Kata-kata itu suatu doa......
Then, ana patut berterima kasih kepada dia sebab mendoakan ana...

Syukran ya akhi...

hamba Allah said...

ana ada soalan,apa yang nta maksudkan >>

"Akan datang satu zaman yang mana seseorang itu berpegang kpd Islam ibarat mengenggam bara api" (Riwayat Tarmizi)

>>dengan isu yang nta bincangkan di sini??

-ana kurang nak faham..

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

muhammad_alfateh:

Ya! sudah lama saya tidak menjumpai komen yg sebegini.. Sesungguhnya ya Akh, anta telah beri banyak..

-menambah sebab kenapa saya meletakkan "Kutukan Ikhlas Terkini" menggantikan perkataan komen. Sebelum ini hanya berpegang kpd kata2 Saidina 'Ali:"saya takut kepada rakan yang selalu memuji" (tak tahu ia adalah hadis Mauquf atau tidak). Pepatah Cina telah menambah pengetahuan saya.

-asiff, tapi saya rasa tak salahnya jika saya menulis berserban dgn berjubah kerana:

1)saya x mengatakan mereka yg tidak memakai itu semua sebagai yg tidak mengamalkan islam, tapi apa yg saya mahu highlightkan ialah pandangan orang2 yg slack terhadap mereka.

2)tentang jubah dan serban itu, saya setuju ianya tidak disuruh nabi, bahkan zamand dulu hatta Abu Jahal dan Abu lahab dan pembesar2 QUraisy lain pun memakai begitu.Tapi, saya rasa apabila di Malaysia, org yg berpakaian begitu x kan lari dari niat 'mahu memartabatkan sunnah nabi'. Jadi, sekali lgi saya katakan, yg salahnya ialah pemandangan slek org2 skeliling.

3)Dalam kitab اداب الدنيا والدين ada satu hadis dalamnya yg mafhumnya lebih kurang begini: "antara tanda2 takabbur seorang itu ialah dia berjalan tanpa penutup di kepalanya". Ini hanya saya dengar dari ustaz yg dipercayai, bukannya saya talaqqi kitab ini. Jika mahukan kepastian, tanyalah syeikh2, kan banyak kat Mesir.. (saya yakin kerana ustaz itu dikira thiqah)

-saya juga sayang MUALLIM, seorang yang bergelar guru bagi saya.. Jika ada lagi mahu dibalas kembali, silakan..

-saya hanya hamba lemah, budak hingusan yang perlu lebih..lebih..lebih..lebih banyak lagi belajar

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

hamba Allah:

Anda bukan orang pertama yg pernah menghadapi situasi ini yg pernah saya jumpa..

berkenaan hadis nabi itu..

- Orang yg mengamalkan Islam sangat susah, ibaratnya mengenggan bara api.
-cuba banyangkan, genggam bara api yang tengah marak menyala. Panas bukan? Tapi, kita mesti mengenggamnya supaya tidak jatuh (bara api umpama Islam itu sendiri)
-Tapi, amatlah panasnya bara api itu sehinggakan kita terlalu susah untuk pegangnya, hampir2 untuk menjatuhkannya..Jika kita lepas, bara api jatuh, tapi jika terus pegang, ianya sangat panas.

begitulah perumpamaan susahya mengamalkan Islam pada akhir zaman. Jika kita amalkan islam, kita akan ditimpa ujian dan cabaran yg banya (seperti panasnya bara api tadi), tapi jika kita lepaskan Islam, kita terpaksa gadaikan agama kita..Jelas bukan? Jika mahu penjelasa lebih boleh tanyakan lagi.

muhammad_alfateh said...

Dear Muhd Al-fateh,

Ya, betul. Saya setuju dgn pernyataan anda:

"Tapi, saya rasa apabila di Malaysia, org yg berpakaian begitu x kan lari dari niat 'mahu memartabatkan sunnah nabi"

Cuma sedikit tambahan, sunnah yang terbesar ialah sunnah dakwah. Mungkin anda lebih patut 'highlight' kan yang ini.

(Tapi ini isu kecil sahaja)

Syukran ^_^