Sunday, May 3, 2009

Tersingkapnya 'Kekurang Bijakan'

Saya rasa berat lagi untuk mengupdate blog ketika masih dalam keadaan 'perasan sibuk'. Namun, terdapat beberapa perkara yang 'kelakar' bagiku saya yang membuatkan saya teruja untuk mengupdate blog kali ini. Gapo?

Teringat dahulu, tatkala menikmati kemanisan tarbiyyatul Islam, satu soalan dilontarkan kepada yang berhak menjawab, "Apakah tanda2 yang menunjukkan kita ini 'bergerak'..?" (bergerak dlm erti kata menyampai ataupun dakwah dlm bahasa Arab).

Lalu, jawablah yang ditanya itu, "Tanda2nya ialah, akan ada orang yang menyukaimu atas satu sebab, dan juga akan da orang yang membenci kamu, atas SEBAB YANG SAMA.."

Jawapan ini saya pegang sehingga kini, dan Insya Allah sampai bila2.. Termasuklah dalam aspek pembikinan blog ini yang tak lari dari 'menyampaikan' itu sendiri. Dek kerna sedar "من قال لاء اءله الا الله فهو داعي ".. Cumanya tahap saja yang berlainan. Jika rasa sudahpun bersedia untuk membahas perkara2 berat dengan ilmu dan kefahaman yang mantap dan padat, silakanlah.. Dan, oleh sebab itu, aku mulalah bergerak, dan alam masa yang sama tercari2 bukti yang mana menjadi kayu pengukur sejauh mana saya telah bergerak.

Semestinya jalan yang dilalui bukanlah mudah. Terkenang waktu Ar-Rasul dulu. Memang tak dapat nak bayangkan, sedangkan 'orang sekarang' senang sahaja duduk menghadap komputer di dalam bilik berkipas angin, menekan2 papan kekunci, menunggu dan menjawab komen, kemudian go on..begitulah.. Senangnya orang sekarang melabelkan dirinya sebagai pendakwah, siap boleh melenting lagi jika direndah2kan label mereka sebagai pendakwah. Kononnya sudah cukup baik..

Berbalik kepada kayu pengukur yang membuktikan saya berjaya bergerak dengan blog ini.. Memang maklum, ramai sudah yang memberi kata2 semangat.. Alhamdulillah, satu bukti muncul sudah, namun bimbang juga jika ianya terlebih. Jika hanya ada satu bukti, ianya tidak cukup untuk membuktikan apa yang saya mahu dari blog ini. Jika mahu orang suka, senang aja bukan? Ini yang menjadi kebimbanganku saban hari, takut kesesatan qasad dan niat mempengaruhi reaksi luaran daripada orang. Bimbang ia hanya satu mainan Syaitan L.A yang mempengaruh.. Banyak sudah saya terjerumus dengan mainannya sebelum aku wujudkan blog ini. Minta2 dijauhkan dari terjatuh lagi.

Akhirnya terjumpa juga! Inilah yang kunanti2kn sebenarnya.. bertepatan dengan "....dan ada orang yang akan membencimu dengan SEBAB YANG SAMA orang menyukaimu" Kritikan2 ilmiah tidak boleh dilabelkan dengan ini kerana ianya jelas bukan atas sebab benci, cumanya mahu ku menjadi lebih baik. Ini membuktikan 'menyukai'. Bak kata orang tua, "marah tanda sayang". Tapi, ini jelas perasaan benci itu timbul.

Mungkin kata orang, "hang tak marah ke tengok dia mengutuk2 sambil membela2 pihak dirinya.." lalu aku pun jawab, "Nak marah buat apa, aku gelak je baca komennya.." dan saya percaya ramai antara anda2 yang memahami Islam berlainan dari kacamatanya akan turut gelak sama.. Melucukan bukan? Mungkin bagi anda, ianya suatu yang remeh, namun bagi saya, ianya membuktikan satu kayu ukur kepada kesan penulisan sya kepada masyarakat yang saya kira sudah cukup baik dan berpuas hati, cumanya sudah tentu banyak yang perlu dibaiki.

Meskipun begitu, saya melihat ada perkara lain yang boleh saya ulas dan dikongsi bersama pembaca2 yang lain setelah melihat laman yang dikira 'melancakan serangan' kepadaku secara sembunyi2 itu.

1.PRINSIP HEDONISME YANG MASIH KABUR PADA MASYARAKAT

Sebelum saya mengajak anda berfikir lebih jauh, saya sarankan dulu menjenguk ke post2 yang berkaitan dulu seperti Media Massa vs Cara Hidup Islam,Serangan Ketenteraan vs Serangan Pemikiran, dan lain2 yg sewaktu dengannya..

Mudah bukan? Jika ia menolak penulisan saya hanya kerana saya mengatakan tentang agenda2 perosak keimanan remaja, sudah tentu dia akan menolak 200% penulisan saya yang lain berkaitan Hedonisme.. Memang jelas, ramai yang masih tak faham konsep hedonisme itu sendiri.. Tak payah jauh2 membahaskan tentang Hedonisme kpd orang seperti ini. Padahal halal dan haram sendiri tidak tahu.. Berat..berat..berat.. parah benor le gamaknye!


2.PERASAAN TAKSUB IDOLA.

Yang ini, memang sudah jelas.. Melenting sungguh dia tatkala saya sentuh tentang kerosakan iman remaja sekarang dan kebetulan secara tidak sengaja saya memilih untuk meletakkan gambar tersebut (yang ada paa entry nya juga) yang ada tulisan Siti Nurhaliza Tour, yang mana tertulis di atasnya "Agen2 Perosak Remaja Islam" yang telah saya ambil dari mana, saya pun sudah lupa.. Memberontak sungguh dia..

Padahal, tiada pun saya tulis perkataan 'Dato' Siti Nurhaliza' dalam entry saya itu dan entry saya memang keseluruhannya mengupas tentang realiti remaja sekarang yang imannya keluar-masuk dari hati.. Dan saya tiada langsung menyentuh tentang individu2, apatah lagi Siti Nurhaliza. Bagi saya, pembaca2 juga tak terperasan akan gambar itu bukan? Saya juga tidak terperasan..

Dan, kerana gambar itu, dia menolak penulisan saya yang telah saya cuba seboleh2nya membentuk ayat2 yang mudah diterima dan difahami oleh pembaca dari pelbagai lapisan masyarakat, dan ramai yg memberi komen positif, termasuk mereka yang lalai sebelum ini.. Tapi, ketaksuban kepada Dato' Siti semata2 telah menjadi penghalang kepadanya untuk menerima mesej harmoni yang ingin saya sampaikan.. Ai.. Taksub..Taksub..


3.BERMAIN2 DENGAN KONSEP IMAN.

Untuk ini, rasanya wajar jika saya copy sedikit ayat dari blognya yang untuk membuktikan apa yang saya faham dari ayat itu..

"Why?!!!... Dato'CT dh mnyesatkn kamu ker?!(jawab!!!)... Klu yer pon tentulah diri sendiri salah!... Mna perginya iman tu?!!!... Aqu nie peminat no.1 die tp aqu cm biaser gak baek jaa!"

Baik, di sini ada berapa point penting dalam tulisannya yang saya mahu highlightkan..

1.Katanya, saya salah kerana berkata Dato' Siti menyesatkan saya.
2.Oleh kerana dia sudah mengagak jawapan saya, dia pun membuat andaian lagi, katanya oleh itu, saya sekarang sudah sesat dan saya tulis entry tentang bende itu sudah tentu salah kerana saya tulis dlm keadaan masih disesatkan.
3.Oleh kerana itu, dia membuat kesimpulan awal, saya tiada Iman..
4.Dan, dia juga membangkang yg Dato' Siti perosak keimanan remaja dengan mengatakan yang dia masih 'baik' walaupun peminat no1 Siti. Dalam erti kata lain, dia IMANNYA MASIH SIHAT DAN TIDAK ROSAK.

Oleh karana dia menyoal, maka saya berhak menjawab bukan? Jadi, ini jawapan..

1.Ada saya kata Dato' Siti menyesatkan saya ke? Seperti yg saya katakan, saya hanya meletakkan gambar umum tanpa menekankan yang Siti itu menyestkan. Tuduhan itu juga amat berat untuk seorang Muslim kepada Muslim yang lain dan saya tidak pernah menulis sebegitu pun.
2.Jika saya sesat, saya tidak akan tulis entry sebegitu..
3.Kemana perginya Iman saya? Rasanya jika kamu baca sendiri lebih bagus bukan?
4.Lihat saja blog kamu. Indah bukan? Dengan gambar2 artis Malysia yang lain selain Siti. Jika kamu letak gambar Siti yang sopan bertudung dan mungkin berselendang nipis sahaja tak mengapa, boleh lagi bersangka baik. Tapi, bagaimana dengan pakaian2 artis wanita lain yang terdapat di blog kamu?

Firman Tuhan:"قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ "

Maksud: "dan katakanlah kepada orang2 mu'min, tundukkanlah pandangan mereka (kpd wanita ajnabi*bukan mahram) dan jagalah kemaluan mereka.. Itu dalah lebih suci bagi mereka dan Allah itu menegtahui apa yang baik bagi kamu"
(An-Nur30)

Senang bukan? Bagaimana?

4.MUDAHNYA MENJADI BAIK

Untuk kali ini juga, saya rasa perlu untuk copy sekali lagi.. hehehe.. maaflah.
Tulisannya yang berbunyi begini..

"Betulka Dato'CT pon perosak Keimanan Remaja Islam?... Astagfirullah!!!!... Artis yg bnyk kali mngerja Umrah & suda mnjadi Hajjah dikatanya sperti itu?"

Senang bukan? Sudah mengerjakan umrah, lalu dikatakan beragama.. Sudah bergelar hajjah, lalu sudah terlampau baik gamaknya.. Namun, adakah itu semua semata2 kayu pengukur kepada baik buruknya seseorang? Berapa ramai sudah artis yang mengerjakan umrah/haji? Namun, berapa kerat sangatkah yang tampil dengan perubahan selepas itu?

5.TERSINGKAPNYA REALITI UMMAT

Begitulah akhirnya, tersingkap sudah realiti ummat.. Bagaimana jika ummat seperti ini yang kita harapkan suatu hari nanti untuk membangunkan Islam di persada dunia.? Pada awalnya, saya ingatkan hanya sedikit orang yang tergamak mengeluarkan kata2 kesat kepada mereka yang mahu meneylamatkan agama, mungkin juga hanya seorang, iaitu dia sndiri yang tergamak, tapi, byk pula komen yang menyokong.. pelik bukan?

----------------------------------------

Dan last sekali, andailah 'mereka2' ataupun dia sendiri yang membuka blog ini, lalu hati bagai ditoreh oleh pisau penoreh getah disebabkan tulisan2ku yang di atas, ketahuilah pandanganku tentang Siti..

Dato' Siti Nurhaliza sememangnya boleh dikatakan seorang artis yang 'boleh tahan jugak' selepas pemergiannya mengerjakan haji. Katanya dia akan pakai tudung dengan konsisten suatu hari nanti.. Aku masih menanti..

Baru2 ini, dia pergi melawat Tok Guru Nik Aziz.. Alhamdulillah, harap2nya dia menjadi batu loncatan ke arah yg lebih baik..

NAMUN!, aku masih menentang konsep Hedonisme nya jika dia masih lagi membawa imej tersebut dan walaupun ketika itu dia melawat Dr. Yusuf Al-Qardhawi sekalipun, dan dengan imej bertudung terus melontar lenggokan suara mainan Syaitan, AKU MENENTANG!


10 comments:

SirAlep said...

Pemberi komen pertama!
(bajet pengomen2 kat keretamayat lah)

Post gempak mad.
nampaknya pemulisan anda amat dipengaruhi oleh HAMKA ya.
bagus la tu daripada dipengaruhi oleh penulisan2 yang berunsur HEDONISME.
Hehehe.

Rasanya tak payah kasi link blog orang yang mengkritik anda kot.
Takut takut boleh jadi aib.

Wallahualam.

mon said...

mad..peminat no 1 'ct' tu apa cita. dia baca tak post ang kali nie..apa perasaan dia..haha nak tegelak aku..

Nur Azila Yahaya said...

salam.pandangan sy pd peminat no 1 ct.kena kaji dulu kenapa orang mengkritik..jangan terus marah menyinga.
t'emosi n jd melenting bila orang mengatakan sesuatu tentang pujaannya,tertutup sudah segala kekurangan..

penulis ada mesej tersendiri y hendak disampaikn..nilai disudut positif, ambil y baik..

post y menarik.
harap y lain jg dapat sesuatu dari pengisiannya..

dr.EISmaAdiba.. said...

Akhirnya terjumpa juga! Inilah yang kunanti2kn sebenarnya.. bertepatan dengan "....dan ada orang yang akan membencimu dengan SEBAB YANG SAMA orang menyukaimu" Kritikan2 ilmiah tidak boleh dilabelkan dengan ini kerana ianya jelas bukan atas sebab benci, cumanya mahu ku menjadi lebih baik. Ini membuktikan 'menyukai'. Bak kata orang tua, "marah tanda sayang". Tapi, ini jelas perasaan benci itu timbul.


nak mintak jelaskan....ana x berape nak paham,,,,

dr.EISmaAdiba.. said...

syukran...tapi kalau lebih ramai membenci dari menyukai ...camner pula????

Anonymous said...

salam...

maaf, klu prnyataan tidak berapa bijak...
bagaiman anda tahu kata2 atau post di blog tersebut ditujukan kepada anta..?? anta sendiri memberithu.. gambar itu 'ntah diambil dari mana'...

kalu pertanyaan ini tak patut abaikan...

sedih melihat pemikiran dan pandangan masyarakat yg semakin merendahkn nilai akhlak... dn islam sudah tentu....

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Hahaha.. ana baru saja semak kembali tadi..

Ternyata dia telahpun mendelete link ke blog ana. Memang sebelum ini ditulis dgn jelas http://cetusanmindaseorangpemuda.blogspot.com./

Apa2pun, yg ade manfaat itu wajar diambil..

nisa fi dinul islam said...

alahamdulillah enta menjelaskan keadaan sebenarnya..rase macam maruah islam diperkotak-katikkan pulak dengan penulisan peminat no.1ct tu..

itulah dunia islam diakhir zaman..hedonisme menguasai diri..
bila dah terlalu fanatik,yg mungkar pun dikatakan baik..itulah yg dinamakan "insan yg mengaburi kemungkaran dengan kebaikan"

ape2 pun ana mungkin juga begitu..hehe..insan hina x terlepas dari kesilapan..

Wallahua'lam..

yang hina lagi dhaiff said...

salam, moga iman dlm keadaan sejahtera..
syukran sbb mnergkn dgn JELAS dan TERPERINCI psl bende nih, ana dah lme tertunggu post cmni..
blh ana tau,hedonisme tu ape??

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

yang hina lagi dhaiff :

Hedonisme ana dah jelaskan pada post ana yg lalu.. Sila carik utk lebih faham.. Kalau tak faham jugak.. Berikan 'kutukan' ok? Nanti mungkin boleh perjelaskan..