Saturday, May 9, 2009

Menyanggah Kesibukan- Bicara Imtihan

Hari ini kesihatanku agak terganggu. Mungkin terlalu penat dan aktif. Minggu ini, setiap hari sampai rumah ketika jam sudahpun melangkaui pukul 7. Nasib baik ada KTM, jika tidak mungkin aku terpaksa menyusahkan 'orang lain' untuk meredah kesesakan lalulintas yang boleh dikatakan mencapai tahap maksima.

Walaupun begitu, tangunggjawab dan hak kepada pembaca2 blog ini tidak ditinggalkan begitu saja. Meskipun kesihatan ternagnggu, kuperah juga kepala otak untuk mengeluarkan yang terbaik untuk pembaca. Tiba2 saja teringat satu perkara yang akan diadakan pada minggu depan saja...

IMTIHAN! ya.. dalam kesibukan, boleh saja kulupa akan imtihan yang dari awal tahun sudah mengintai, dan kali ini dia menjengah dengan lebih lagi sebelum datangnya imtihan yang lebih besar.

Bercakap tentang imtihan, memang diri ini sudah banyak membicarakan tentangnya.Cumanya, kali ini, ana cuba tajdid kembali penulisan ana tentang imtihan yang lepas. Imtihan.. setiap kali dia datang bawa dengan seribu pengalaman dan pengajaran yang bertambah2..

Hadis Nabi:من كان يريد الدنيا فعليه بالعلم ومن كان يريد الأخيرة فعليه بالعلم و من كان يريدهما معا فعليه بالعلم

Maksud:" Sesiapa yang mahukan dunia, maka wajib ke atasnya ilmu, barangsiapa yang mahukan akhirat, maka wajib ke atasnya ilmu. Dan, siapa yang mahukan kedua2nya sekali, maka keatasnya ilmu"

Lagi: طلب العلم فريضة على كل مسلم

Maksud: "Menuntut ilmu itu satu kefardhuan atas setiap muslim."

Maka jelas di sini, sebagai sebuah agama yang mementingkan fitrah kebaikan, agama yang syumul, holistik, dan sempurna, Islam amatlah menggalakkan ummatnya menimba ilmu. Seperti mana yang telah kita lihat dengan dua buah hadis di atas, cukup jadi bukti. Meskipun berlambak lagi hadis, bahkan ayat Qur'an yang mengangkat tinggi darjat ilmu.

Apabila dikatakan Islam menggalakkan ilmu, bagaimana pula situasinya dengan orang yang malas belajar, dan lain2 lagi yang sewaktu dengannya. Senang saja, dia telah berpandangan serong dengan prinsip dan konsep Islam.

Hadis: اءن الله يحب اءذا عمل عملا أن يتقنه
Maksud: "Sesungguhnya, Allah suka akan apabila sesuatu amalam dikerjakan, ia dilakukan bersungguh2"

Jadi, sebagai bukti kesungguhan kita belajar setelah sekian lama, maka wujudlah satu perkara yang memang agak tidak digemari oleh segelintir manusia yang bergelar pelajar. (Oh! mungkin juga termasuk). Oleh itu, buktikanlah sejauh mana kita mengamalkan hadis Nabi ini dengan mengaplikasikannya dalam menuntut ilmu.

PERIKSA KECIK vs PERIKSA BESAR

Terkadang, kita terlalu mengecikkan skop. Apabila disebut periksa, terbayang kertas2 yang mengadungi soalan2 yang boleh memecahkan urat2 saraf dalam otak, takpun kertas pilihan OMR yang tinggal mahu hitamkan saja. Dan, apabila terbanyangkan semua itu, semua orang pun berlari menerkam buku masing2 untuk mengulangkaji dan menela'ah supaya tak GAGAL dalam periksa itu. Sangat takut gamaknya. Namun, bagaiamana pula dengan periksa yang berganda2 lebih besar?

Firman Allah:
كل نفس ذاءقة الموت

Maksud:"setiap yg bernyawa psti akan mati...."

Lagi Firman Allah:
ما يلفظ من قول الأ لديه رقيب عتيد

Maksud:"tiada yg dilfazkan drpd perkataan kecuali ada disisinya raqib dn 'atid...(yg mencatat setiap perkataan yg keluar daripada mulut manusia)"

Jadi, bagaimana? Jelas bukan? Periksa yang digambarkan di atas tadi hanyalah sekecil2 periksa saja, yang mana tidak ke mana sanagtpun jika mendapat terbaik, dan juga tidak kecewa mana pun (bagi org2 yang faham Islam) jika tidak mendapat yang terbaik. Itu semuanya tak menjanjikan kehidupan yang bahagia. Mungkin juga di dunia, jika dapat belajar tinggi2, result bagus, dapat kerja baik punya, dan hidup pun mewah tak terkata.. Tapi, untuk mendapat yang kekal abadi punya, mahu cari di mana? Bagaimana mahu mendapatkannya?

Jawapannya, ialah dengan membuat yang amat,amat,amat terbaik dalam periksa yang paling besar. Periksa yang mana, tak boleh lagi repeat2 jika dan tersalah langkah. periksa yang mana, yang menandanya bukanlah seorang guru yang boleh dibodek2 untuk belas kasihan. Periksa yang mana, bukan hanya dua,tiga jam sahaja.. tetapi seumur hidup. Yang mana, result baginya hanyalah diadapati setelah kebangkitan kita yang kedua.


DUA DALAM SATU, KECIK DAN BESAR

Jadi, bagaimana pula dengan periksa dunia tadi? Adakah biarkan saja failed dengan alasan ianya tak membawa kemana pun. Jika berjaya dalam periksa yang amat2 besar sudah cukup bagus. Mungkin ada juga yang bertanya "bagaimana pula mahu tumpukan dua periksa yang mana, dimensinya amatlah berbeza sama sekali. Susah bukan?"

Senang saja..

الدرس هو الطاعة الله
*"Belajar itu ialah ketaatan kepada Allah"

Di atas bukanlah hadis nabi, jauh sekali kalam Tuhan yg Mulia. Tetapi, ia adalah jawapan daripada seorang Syeikh kepada seorang Akh di Mesir, tatkala di minta syeikh tersebut memberikannya motiasi. RIngkas, tapi penuh dengan hikmah.

Bagaimanakah penghayatan terhadap perkataan yang pendek ini boleh menyebabkan diri berasa senang dan ringan untuk belajar? Seperti yang ana katakan tadi, ia ada menyentuh soal aspek hakikat hidup. Hakikatnya, segalanya tentang kehidupan ini ditentukan dan diciptakan oleh Allah.Begitu juga peperiksaan, tekanan, pelajaran, dan sebagainya. Maka barangsiapa yang belajar dalam ketaatan dalm belajarnya dengan penuh rasa khusyu' dan rasa kasih dan sayang serta cinta kpd Allah, ketika itulah segalanya2 tentang pelajaran menjadi senang. Apalah sangat sebuah yang dinamakan medan peperiksaan yang sangat kerdil bagi Allah yang Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu.. Maha Suci Allah...

Wallahua'lam...

*Tajdid daripada ini dan ini


No comments: