Friday, June 12, 2009

Fantasi vs Realiti... Buntu!

Agak kebuntuan bila memikirkan apakah isu yang boleh lagi dibangkitkan dalam blog yang hampir bersawang itu. Lalu, untuk menenangkan kepala, cuba pula untuk mengaktifkan diri kembali dalam nasyid dan nasheeds ini.. Oleh itu, terupdate lah jugak blog sampinganku itu yang banyak kali tertunda oleh banyak sebab.. Jadi, terabailah sekali lagi teratak utama ini.. tetapi, tidak semudah itu aku tumbang dengan helah ini. Lalu aku cuba bangkitkan kembali sesuatu yang pernah menggegarkan kepala otakku dulu..

"kenapa ya... Bukankah Islam ini agama Allah, dan semestinya sangat kuat.Tapi, sekarang, Islam sangatlah lemah dan ketinggalan.. Bukankah ini agama benar yang sepatutnya sangat menguasai dunia dan sangat hebat dan sangat yang lain2nya.. Kenapa jadi begini?"

Sebetulnya, soalan ini mempunyai banyak dan pelbagai jawapan yang teramat tepat.. Namun satu jawapan yang pendek, tapi perlukan kepada penjelasan yg agak panjang menarik minatku..

"kerana Fantasi takkan dapat kalahkan Realiti"

Uhh! jawapan yang buat pertama kali dengar agak tinggi dan memang kaitan.. Senang cerita sesiapa yang dengar buat pertama kali terus faham, maka ketahuilah dia adalah seorang yang hebat lagi genius..

Apa kaitan realiti vs fantasi dengan lemahnya Islam sekarang? Nampak susah, tapi hakikatnya senang je nak faham.. Bayangkan, sebuah agama datang dari Allah, lalu mestinya kuat.. lawan dengan agama yang sesat, sudah tentu pandangan pertama yg datang Allah akan menang besar.. Tapi cuba bayangkan begini..

Seorang ahli tinju, mungkin Mike Tyson.. Berlawan dengan seorang kanak2 berusia 10 tahun.. Keputusannya senang, tanpa musykil lagi.. Kemenangan condong satu pihak, masakan pula Mike Tyson kalah..

Bagaimana pula jika.... kanak2 berusia 10 tahun itu berhadapan dengan Mike Tyson, tapi malangnya itu hanya patung Mike Tyson saja, bukan Mike Tyson sebenar.. Patung pula hanya diperbuat daripada kertas mahjong pulak.. Alahaiii!.. Senang juga keputusannya.. berpihak kepada budak 10 tahun itu..

Jadi, kesinambungannya dengan lemahnya Islam sekarang jelas.. Kita ibarat Mike Tyson dalam sketsa tadi, nampak sekali pandang..WoW!!.. pasti menang, namun malangnya hanya sekadar fantasi, bukan realiti.. Sedangkan org kafir sekarang benar2 realiti.. Mahukan bukti?

Bukti paling kuat aku petik dari Al-Qur'an sendiri...

"ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم "

"Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali redha denganmu sehingga kamu mengikuti cara hidup mereka" (Al-Baqarah : 120)

Itulah hakikatnya sebenar musuh Islam, yang mana mereka benar2 mengamalkannya.. Bermaksud, mereka benar2 realiti, bukan fantasi, patung, anime, animasi, dan sebagainya...

Lihat pula ayat ini..

"إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ"

"Sesungguhnya orang - orang yang beriman apabila disebut nama Allah, gementar hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat - ayatNya , bertambah keimanan mereka dan kepada Allah jua mereka bertawakkal . " (Al-Anfal:2)

Baca saja ayat di atas, tiada siapa yang boleh menyangkalnya.. Hatta aku sendiri pun teramat..amat..amat.. jauh sekali untuk memenuhi kehendak di atas.. Sedangkan ini baru satu ayat yang mana menunjukkan satu perkara yang mejadikan ummat Islam itu satu realiti, sebaliknya, sekarang hanya fantasi yang tinggal.. Tiada yang boleh mengamalkan aat di atas dengan sebenar2nya.. Tinggallah fantasi..

Lalu, adakah sesuatu yang nama saja Islam, yang datang daripada Allah, tapi hanya nama saja, dan FANTASI, berlawan dengan musuh yang REALITI? Akan menangkah sesuatu fantasi yang gebat pada nama menentang realiti yang lemah? Jawapannya ada pada anda..

Lalu, perlukah selamanya berFANTASI? Sehingga bilakah? Bangunlah DIRIKU! Bangunlah ANDA! Realitikan dirimu KITA...

4 comments:

morsmode said...

betul betul.

terlalu banyak fantasi.

Anonymous said...

Salam'alaik.

Sohih. juga pernah terbaca mengenai ini dalam majalah I nukilan saifulIslam.Hakikatnya musuh jauh lebih maju dari kita dan menepati ciri-ciri untuk membolehkan hidup dalam Realiti.

Nabi Muhammad berkata,"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan". --Bukhari dan Muslim--

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Ya! memang ini bukan cetusan asli saya.. Saya ingat ada bacanya di sesuatu, tapi x ingat.. Lalu rasanya patut dikongsi..

Saya akan cari link artikel asal di saifulislam untuk diletakkan sumber.. Ataupun sesiapa yg jumpa link artikel asal boleh beritahu ye..

Anonymous said...

Salam'alaik..

hmm.setakat ni saya masih belum jumpa dan tidak tahu sama ada artikel ini ada ditulis di internet. Tapi jika dalam Majalah I,ia adalah di bil.67,MEI 2008. m/s 46,di bawah tajuk "Tidak Bersih Islam dengan Kekotoran Muslim" pada segen Teladan Hidup.

Moga dapat membantu.

Wassalam