Friday, June 5, 2009

Zina Hati...Apakah itu?

Dah lama rasanya tak menulis. Maaf kerana sibuk. Post ini juga mungkin hanya satu persoalan yg dilontarkan kpd ana untuk menjawabnya, dalam keadaan ramai lagi yg lebih layak untuk menjawabnya. Namun, sebagai memenuhi hak iaitu meraikan si penyoal, maka aku cuba juga kupaskan isu yang sudah lamma berlegar2 di alam maya ini.

Soalannya, "boleh tak buat post tentang zina hati?? ana teringin nak tahu.."

Lalu, mulalah aku cuba menulis sebagai jawapan mengikut ilmu dan kefahamanku yang memang tak seberapa ini.

Zina hati ialah satu perkataan yang ntah beberapa tahun yang lalau mula muncul di web2 islamik yang mana banyak menggemparkan kebanyakkan orang. Mestilah, bunyinya pun dah menggerunkan. Tapi, kupasan tentangnya hanyalah separuh2, ataupun tidak dibuat oleh org yg ahli dlm bidang ini (aku juga bukan orang yang ahli) yang hanya sekadar mengikut logik akal saja. Ini membuatkan ramai org yg keliru, ataupun faham separuh jalan saja. Jadi, mule2 sekali, dari manakah terbitnya perkataan tuh?

"Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan alat sulit kelamin atau digagalkannya." (HR Bukhari).
Rujukan:Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.

Dari situlah sebenarnya terbitnya perkataan 'ZIna Hati'. Memandangkan ini perkara ini adalah soalan yang biasa dikupas, lalu aku bukanlah mahu menghuraikannya lebih lanjut memandangkan aku bukanlah orang yang layak. Namun, apa yang penting soalan2 ataupun kemusykilan yang selalu berlegar2 di fikiran.

Sebelum itu, semua org pasti sudah maklum dengan perkara berkaitan hati. Apabila disebut hati, maka tak boleh lari dari ilmu 'Tasawwuf'. Jadi, jelas ianya bukanlah sesuatu yang boleh diterangkan oleh org2 sebarangan. Jadi, untuk meyakinkan anda semua, aku akan menulis berdasarkan ilmu tasawwuf yg telah ku pelajari setakat ini.

Berikut adalah soalan2 famous yang telah menerjahku sejak zina hati semakin berleluasa kebelakangan ini..

Kemusykilan pertama: "apakah maksud detail zina hati?"

al-jawab: Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu: berhasrat,berharap,membanyangi. Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, hiraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana. Maaf, matan hadis dalam bahasa arab tidak dapat diletakkan atas beberapa masalah.

Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur'an: "janganlah kamu mendekati zina" (al-isra':32)

Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah "mendekati". Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah "perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan". Harap maklum.

Kemusykilan kedua: "adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asik teringat padanya, itu termasuk zina hati?"

al-jawab: Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?

Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara'nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.

PERINGATAN: Baca penulisan ini sehingga habis kerana soal perasaan ini akan di detailkan lagi..


Kemusykilan ketiga: "abehtu, apakah yang termasuk dalam zina hati?"

al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak...

ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.

(rujukan: Minhajul 'Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu 'Atoillah)

KESIMPULAN

Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara2 yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.

Seperti juga kemusykilan kedua tadi. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL. Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie'. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.

Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara2 seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi. Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.

TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. yANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU..

Sekian dariku yang terAMAT..AMAT..AMAT.. dhaif..

17 comments:

matadore said...

Thanks for the article.
Really-really appreciate it.

****** said...

syukran kerana sudi menjawab persoalan yang sentiasa bermain di kolam pemikiran..

SuFeE said...

Nukilan yang sangat bagus dan berkesan...teruskan menulis perkara2 yang bermanfaat seperti ini...

Anonymous said...

minta link talib al-habib..
maaf dah trkeluar tajuk..

islah said...

salam
ana mtk izin utk copy entry ni
utk shbt2 ana
bleh kn?
syukran~

by d way,keep it up
do d bez 4 islam

Anonymous said...

alamak!
best ah post ni =')
ni nk tampal kt satu class ni,hahaha
thanks2!

susahhati said...

urmp...

ana pun ade suke gak kt sorg budak nih..

tp just simpan senyap2 dlm hati je la..

so tu kirenye bukan zina hati la an?

habis uh kite bukan boleh control pun nk suke ke xnk..bende dah dtg sendiri an..

emo said...

bapak ah. pasal perasaan, cinta, bla3, semua pakat komen.

wakakaka, aku pun komen sama. Hahaha

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Pergh.. asal cinta je memang cepat naik komen2.. cet, ape nak jadik?

-------------------------------------
matadore:
Syukran.. artikel ini biasa saja..

-------------------------------------
******:
fuh.. lega kerana berjaya menjawab tuntutan persoalan.. Takut tanye lain, tulis jawab benda lain.. hehehe..

----------------------------------
SufeE:
terima kasih atas sokongan!

----------------------------------
Anonymous:
ada di sini rasanya.. sila carik..
http://nasyiddownload.blogspot.com/
---------------------------------
islah:
Silakan! amat dialu2kan.. lebih sopan letak link untuk rujukan sahabat2 anda jugak.. benda baik elok dikongsi bukan?

----------------------------------
Anonymous (2):
Saya tau artikel ini memang best.. Bukan kerana saya yg tulis.. Kerana tajuknye yg hot bagi remaja.

----------------------------------
susahhati:

Jika betul, melalui penulisan anda saya sudah tau siapakah gerangan anda.. Kantoii..

Perasaan boleh control, malah wajib dicontrol.. Yang x bolehnya menghalang perasaan.. itu lebih tepat..

---------------------------------
emo:
ko nyebok je keje... Ape2 pon, anda pengkomen ke8.. tahniah! hahaha

Anonymous said...

aku sedang mencari seseorang untuk mengisi hatiku...





mahukah anda wahai ustaz yg sering didambakan wanita solehah?...







namun, aku tidak memerlukan anda...










kerana...









cinta Yang Maha lebih romantis....

Anonymous said...

congratz

mujahidah said...

Assalamua'laikum.. salam perjuangan mencari redha ilahi..

tahniah atas penulisan yang mantap.. semoga istiqomah, insya'ALLAH.. wassalam

shah said...

Salam wbt, entah kenapa tiba2 tajuk macam ni menarik minat saya.

Secara jujurnya, saya memang bersependapat dengan anda. Islam memang bukan agama yang berkonsepkan syadid(kekerasan) sampai membebankan umatnya. Islam itu mudah dan tidaklah membebankan umatnya. Tapi, tak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Taklah dengan hanya mengingati ajnabi kita dijatuhkan hukum zina hati. Lainlah pula kalau ianya melalaikan sehingga menyebabkan kita lepas tanggungjawab kita dalam beribadah atau melaghakan. Tetapi yang lebih dilabelkan sebagai zina hati itu apabila kita mengingati seseorang sehingga membayangkan auratnya atau mengharap dan menginginkan kehendak nafsu berahi.

Kalau taip msg, chat, ym ect dengan bukan muhrim macam mana? Zina tangan ke tu? Pada pandangan saya, tangan yang memegang mana2 anggota badan bukan muhrim dengan nafsu berahi atau tangan yang menaip url laman web lucah, itu yang lebih dikatakan zina tangan kerana ianya perbuatan yg boleh juruskan kita melakukan zina yg sebenarnya.

Pergaulan antara lelaki dgn perempuan pula kenalah terikat kepada syariat yang Allah gariskan dalam alQuran serta melalui sunnah Rasulullah. Semuanya dah dijelaskan dalam dua sumber tu. Lagi satu, fahamlah kta ikhtilat tu apa.

Ini qoute saudara saya, leokid melalui replynya dlm salah satu forum dekat iluvislam;
Yang saya peliknya, bila melihat ramai yang menganggap diri mereka sebagai "polis cinta" dan "anti-couple" sebagainya, mudah sekali me-lump-sum @ melonggokkan semua itu dibawah kalimat "zina".

Mungkin para polis cinta itu boleh menyoroti kisah cinta Mughits dan Barirah. Takkan nak kata Mughits pun zina kaki, zina mata dsb terhadap Barirah?

Sedangkan Rasulullah yang kata, "Tidakkah engkau merasa takjub dengan rasa cinta Mughits pada Barirah?"

Berpada-padalah!

budak-budak said...

tengs 4 the post ..

Anonymous said...

Assalamualaikum,saya ingin bertanya.apakah salah kalau kita teringat pada orang yang kita suka tetapi dia telah meninggal dunia.perasaan itu masih tidak dapat dilupakan tetapi kejadian ini tlah membawa saya untuk lebih mendekati Allah.apakah berdosa jikalau masih mengingatinya?tolong jawab pertanyaan ini.terima kasih..

Anonymous said...

this post is very usefull thx!

kai_zer02 said...

salam..saudara,terima kasih atas perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat ini.. sya ingin bertanya, bgaimana sekiranya seseorang itu mghntar sms yg berbaur lucah, ataupun sms yg membuatkan penerimanya (ajnabi)membayangkn sesuatu perkara yg menghampiri zina..?? tq~