Wednesday, June 24, 2009

Secebis Kerajaan Perpaduan

Gawat.. Gawat.. Begitulah yang terjadi di nagara tercinta dek beberapa golongan yang suka melihat benda2 yang tak sepatutnya berlaku. Terumbang-ambing rasanya. Seperti melihat bencana yang datang, akan menimpa, begitulah keadaan seantreo politikus Malaysia sekarang. Dan, dengan beraninya, aku sebagai seorang budak hingusan cuba menulis tentang isu besar yang meletup2 sekarang. Memang tak layak rasanya nak mengupas topik besar ini, tapi memandangkan ramai pula orang sekeliling yang semakin menjadi2 membuat pembentangan yang amat lari jauh sambil mengutuk2 segelintir golonga, maka aku saya beranikan juga untuk menulis..

Tak perlu rasanya aku saya terangkan, apakah itu kerajaan perpaduan (unity government) kerana meskipun isu itu sangat hangat tahi ayam kini, namun masih ramai sebenarnya yang tak berapa faham apakah sebenarnya yang dimaksudkan. Ini juga berlaku kepadaku. Bukan tidak faham, atau apa.. Cumanya terlalu banyak version yang didengar yang mana setiap version membawa maksud yang agak sama, cumanya sedikit lain. Dan, apabila version itu seterusnya dibawa oleh orang lain dengan sedikit lagi editing, maka version itu sudah nampak lebih lain.. Dan disebar lagi denga edtiting2 yang lain, maka bertambah banyak, dan akhirnya ramai yang tidak mengerti secara khusus, namun secara lakaran kasar dapat dibayangkan..

Senang cerita, idea ini muncul.. Dan dasarnya ialah penggabungan PAS dan UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, kerajaan yang pada asalnya dinyatakan kerjaaan tanpa pembangkang.. AKhirnya, sehingga sekarang, wujud banyak kerenah.. Dan..dan..dan.. lihatlah sendiri apa yang terjadi..

Pertama2nya sekali, ku mengajak anda semua kembali melihat kepada PAS. Iannya adalah sebuah parti yang tidak lain tidak bukan adalah satu parti yang berasaskan Islam, dan melakukan,membuat keputusan apa saja dengan merujuk kepada Islam. Itu jelas.. Saya belum lagi membawa anda kepada PAS sebagai salah satu cabang IM dan sebagai satu landasan menuju ke arah khilafah Islamiyyah. baiklah.. cukup setakat itu..

Lalu, segala keputusan dalam PAS bukanlah ikut logik semata, kaca mata manusia biasa, kajian, pandangan kasar, dan sebagainya.. Tetapi segalanya ditetapkan berlandaskan Islam, yang mana itu merupakan tugas yang diketuai Mursyidul Am.. Yang mana, mungkin bagi parti/organisasi yang lain menganggapnya hanya sebagai penasihat agama. Ya, memang betul.. Tapi, kerana PAS itu merupakan satu parti berlandaskan agama, maka segalanya terletak padanya.. The power is in your his hand..

Maka, jelas di sini, setiap keputusan yang diambil, kecik, lebih2 lagi yang besar seperti Unity Government ini, pasti merujuk kepada majlis Syura, dan yang penting Mursyidul Am sendiri untuk menentukan, dan perbincangan secara detail tentangperkara ini. Bukan sekadar perbincangan biasa, tapi seperti yang saya nyatakan di atas, berlandaskan Islam, yang mana panduan utama ialah Al-Qur'an dan sunnah. Yang mana, seluruh majlis2 orang atasan yang mempunyai ilmu yang tinggi yang mengendalikannya.

Oleh itu, anda tak perlu rasa hairan atau pelik dan terkejut apabila sasuatu idea yang nampak sangat baik bagi majoriti manusia, rakyat, dan seluruh makhluh hidup, tapi tak diambil oleh PAS. Ini mungkin kerana perbincangan2 ilmiah oleh majlis2 orang atasan mereka mengatakan ia menyalahi konsep pentadbiran Islam. Jadi, anda2 yang marah2 apabila idea kerajaan perpaduan ini perlu lihat dan teliti, di manakah anda dari sudut pandangan ulama' seperti Nik Aziz, dan yg sewaktu dengannya..

Mungkin ada yang cakap, "hek eleh.. antara Tok Guru pun ada konflik. Jadi, apa dan mana satu sebenarnya yg betul?"

Di sini perlu diingatkan bahwa, setiap manusia tiada yang tidak membuat kesilapan. Itu sebabnya perlunya perbincangan dan mesyuarat untuk membetulkan apa yang salah. Tak dapat dinafikan, yang menimbulkan idea tersebut ialah Tok Guru Hadi Awang, namun dia telah pantas menarik balik ideanya. Ini kerana dia telah pun tersedar yang mungkin ideanya itu menyalahi prinsip pentadbiran Islam setelah dia berbincang dengan Mursyidul Am. Tapi, yang bising2nya sekarang ialah orang lain, orang yang mana mungkin boleh dikira tinggi dalam ilmu agama dan bergelar ustaz, namun tiada jaminan yang dia boleh menandingi kehebatan Tok Guru, yang mana tuan Presiden sendiri pun dah tidak menyuarakan pendapat itu lagi.

Untuk pendekkan tulisan ini, saya mengajak anda renung, fikir dan cuba kaitkan ayat dan hadis yang saya beri dengan penolakan PAS ke arah pembentukan kerajaan perpaduan (Unity Government):

وَلَوْلاَ دَفْعُ اللّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ الأَرْضُ وَلَـكِنَّ اللّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ

"Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebagian yang lain, pasti rusaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam." (Al-Baqarah-251)

“Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah (perkauman) dan bukan dari kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan assabiyyah (perkauman) dan bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar assabiyyah(perkauman)" (Riwayat Abu Dawud)

KEBAIKAN ISU INI

Isu2 yang dibersarkan ini sebenarnya memberikan impak yang sangat baik bagi PAS. Meskipun menyebabkan sedikit perpecahan, ramai yang tidak nampak kesan baiknya.

Anda pernah dengar akan ketidak setujuan sang DAP akan hukuman hudud yang PAS nak jalankan sekiranya memerintah nanti? Karpal SIngh sendiri cakap yang "langkah mayat saya dulu sebelum jalankan hukum hudud".. Apa kaitannya dengan Unity Government?

Ini sebenarnya menyedarkan dan menyebabkan DAP dan PKR tersentak dan sebagai amaran agar sentiasa bertolak ansur dalam mendengar idea PAS. Untuk pengatahuan, tanpa PAS, tiada negeri yang diperintah PR kecuali Pulau Pinang saja. Jika PAs keluar pakata, bermakna hanya Pulau Pinang yg akan selamat dengan majoriti mereka. Jadi, ini sebagai amaran kepada komponen PR yang lain supaya "AWas! Sikit silap, aku boleh tukar pergi mana!"

Begitulah.. di sebalik kebururkan terselit kebaikan.. Moga2 Allah tetap rahmati negara kita yang dicintai ini..

4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum,
saya bersetuju dengan pendapat saudara.Isu unity government ini sedikit sebanyak menguatkan PAS.Ia seperti loceng amaran buat sekutunya,DAP dan PKR agar lebih prihatin terhadap ideologi perjuangan PAS.

Anonymous said...

ehmmm...agak gatal lah tangan nak menaip blog...tapi malas nak pikiq maudhuk apa...alang2 boleh lah komen tajuk nie...kalau nak ikutkan memang x de sape nak kerajaan perpaduan...takut perkara yang sama berlaku kat DSAI berulang lagi...kalau dalaman integriti dah tercabar jangan lah nak persoal niat orang lain...tapi satu perkara kena ingat ,kalau PAS still guna pendekatan menakut-nakutkan masyarakat...payah lah...renung2 lah pesanan Fathi Yakan...agama bukan hak orang beragama jer...ISLAM for ALL... watever...pkr still relevan di abad ini...

probate nurul izzah

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

muhammad fakhruddin:
Betul.. tapi itu bukanlah main point dalam isu ini.. Itu boleh jadi hikmah.. secara jujurnya memang PAS agak bergolak, dan hikmah dari kejadian ini perlu dicari untuk menutup pergolakan itu..

------------------------------------
dreismaadiba:
memang takde sape nak kerjaan perpaduan, tapi jika anda pergi lebih jauh, ramai yg sanggup menegeluarkan kata2 kesat ke atas PAS sendiri kerana menolak.. Kononnya itu satu keputusan yg betul2 bodoh.. begitulah..

Saya kesian dengan APS dan untuk menutup mulut mereka, itulah saya terbitkan post ini..

main point:PAS bukan buat keputusan bodoh setiap kali sesuatu itu dipututskan..

Anonymous said...

hoho...kesian kat orang pikir macam tue...secara jujur...pikir kali pertama bagus lah coz kat sini boleh nampak tolak ansur antara mereka...tapi bila pikir kali ke-2,memang berisiko lah benda tue...kalau tidak masakan tuan Guru sendiri nak komentar naib.timb PAS..watever kesilapan dah dibaiki...biasalah tue...sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula politik...segala yang baik datang darinya...bodoh kalau belajar still boleh dapat no 1...