Friday, November 20, 2009

Any Given Time

Atas beberapa alasan, tajuk post ini berbahasa Inggeris.. Kenape? Entah.. mereka yg berfikiran luas saja yg boleh mengetahuinya.. Jadi, apa pula kali ni. Kajian? sudah puas mengkaji pada entry yg lepas. Repekan? sudah terlalu banyak.. apa kata kita bersastera pula?

ٍPada setiap waktu yg diperuntukkan , Allah akan sentiasa berada di situ
Tiada apa lagi yg perlu ku katakan..
Setiap waktu Allah berada di sini
Pasti tertanam sesuatu dalam jiwaku yg sedang "hidup".

Oh, pada waktu yang dikurniakan, aku melihat
Nikmat yang selalu didapati dalam hanya pada waktu tertentu,
Aku bersumpah dengan Tuhan membelah bulan menjadi dua,
Pada 5 pagi nanti aku akan mendekatkan diri kepadaNya

Aku benar2 sesat, buntu tanpa cahayaMu
Aku cuba untuk mencari diriku sendiri setiap masa,
Tiada satu hari pun yg aku biarkan berlalu denga sia2..

Aku aku berusaha melawan Iblis L.A tetapi tidak pernah melawan nafsu diriku sendiri,
Aku membaca beribu2 buku, tapi tak pernah meneliti diriku sendiri,
Aku kelaparan, rohku perlukan makanan,
Ya Allah, aku perlukan bantuanMu
Neraka dengan setan, musuh terbesar diriku.

Aku tertanya2, apakah aku melakukan semua ini dgn niat yang benar?
Bersandarkan duit, kehormatan dan sekadar permainan, semuanya menarik2 diriku,
Selain bersuka ria dan bergelak ketawa, aku lebih suka memberikan manfaat,
Tapi siapalah aku untuk berada dlm keadaan itu?

Untuk mewakili seluruh generasi dn membuat mereka percaya
Sehingga hari ini aku masih berjuang untuk menegakkan agama
Aku boleh menyebut الله أكبر seratus kali dalam seminit,
Tapi hatiku tidak mengikutnya..


Kasih sayang tanpa kesombongan,
Hadiah tanpa sebarang syarat,
Kebaikan tanpa sifat marah,
Kemaafan tanpa perlukan sebrang alasan..

Dan... pada waktu tertentu
Aku berusaha melakukan yang terbaik untuk berjuang
Dalam Nama Mu Ya Allah, aku bangkit


Sekalipun ketika aku tidak bersendirian
dia,Allah berada sangat dekat pada ku,
lebih dekat daripada urat darah di leher ku
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ (surah Qaf:16)
Lebih2 lagi ketika aku bersendirian..

Begitu juga ketika aku sedang tidur
dia,Allah berada sngat dekat dengan ku
lebih dekat daripada urat darah di leher ku
Sekalipun aku tidur mati dengan begitu nyenyak..

Bahkan ketika aku sudah hilang segalanya
dia, Allah sangat dekat dengan diriku,
lebih dekat daripada urat darah di leherku
Sekalipun ketika aku menconteng2 di blog ini..


2 comments:

Anonymous said...

ni lirik outlandish yg telah di'melayu'kan ni...

ni bukan sastera kamu tulis sendiri..

ni peminat outlandish yg tulis ni..

penulis seorang yg suka berfikir dan menyimpulkan sesuatu..

dan penulis adalaj seorang lelaki.. pastinya..

kesimpulan saya.. hanya pandangan kasar.. jangan risau.. saya bukan CSI...

.sekian.

Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Whoa! boleh la citer.. dah letak video kt bawah entry.. hehehe..

Anyway,sang pemberi komen mungkin sekali..

-juga peminat Outlandish
-cerdik kerana dapat tangkap apa yg nk disampaikan..
-kurang cerdik kerana saya bukan peminat tegar Outlandish
-perempuan, for sure..

saya juga bukan CSI

Wallahua'alam