Sunday, November 8, 2009

Mak,.... Saya nak kahwin!

Tulisan ini bukanlah berupa satu luahan hati diri sendiri, nafsu syahwat yg terlampau atau yg sebegainya.. Tapi ini adalah satu perkongsian pembuka minda untuk pembaca.. Mungkin tidak sesuai bagi semua lapisan, tapi saya amat mengharap semua orang dapat mengambil sedikit sebanyak maanfaat dari penulis macam aku yg memang tak hebat mana.

Persoalan perempuan, nafsu syahwat, keinginan terlampau (wow!) memang menjadi topik hangat di mana2 saja.. Anda semua boleh lihat di mana2 website agama yg pastinya topik paling hangat ialah masalah yg satu ni.. tak habis2~!

Kalau anda semua tak percaya, dan malas untuk menjelajah mencari2 bukti tersebut, saya ada sediakan buktinya.. Di KeretMayat, post yg paling byk komen ialah post yg bertajuk, "Apa itu Seks?".sehinggakan sampai 200 lebih komen.Pernah jumpa post blog sampai begitu byk komen?... Lagi? di soaljawab.wordpress pulak, sebuah blog himpunan soalan2 berkaitan agama, soalan paling popular ialah "Hukum Mel**c*p" ... Dekat iLuvIslam.com pulak, soalan2 berkaitan couple sudah beberapa kali dikemaskinikan, dan sekarang semuanya telah di"lock" kerana sudah bertambah2 soalan yg pelik2 dan berulang2..

Ini semua menunjukkan kesangapan masyarakat kepada benda ni.. Belum lagi aku cakap berapa peratus anak2 remaja sekarang yg bercouple, tak kira lah secara "murni" ataupun keji.. Nanti mulalah mak bapak gelabah cek anak2, terjebak atau tidak.. Belum sebut lagi berapa peratus yg dah di"lobosi".. Innalillah....

Jadik, sekarang saya tak berniat nak sentuh semua benda2 keji lagi mungkar ini.. mari kita pulang kembali kpd tajuk di atas.. Anda pernah dgr budak2 sekolah berkata seperti , "aku rase nak kawen lah", dan disusuli dengan orang2 berlagak tua yg menyanggah, "Haisyy, kecik2 lagi dah fikir kawen.. ko tuh PMR pun tak lepas lagi baru lepas tau!" Biasa bukan? Baik, mari kita mulakan.....

Berdasarkan kpd kajian yg bersumberkan kepala lutut otak aku yg bijak, lebih 90% pelajar sekolah menengah atas mempunyai pasangan ataupun dikatakan sebagai "couple", manakala tidak kurang daripada 96% bergaul bebas tanpa batasan yg boleh dikatakan haram sama sekali.. Lalu, memang telah saya katakan, perkara ni sudah tak boleh dibendung lagi.. lalu?

Kahwin!



Ye! sudah tiba masanya untuk korang semua bukak minda.. Daripada anda bercouple, bermain2 SMS, berchatting2 di YM, berzina menggunakan ibu jari dan hujung jari2, adakah ini semua lebih baik daripada orang fikir kahwin? Teruk sangat kah fikir nak kahwin sejak zaman sekolah?

TIDAK! kerana seperti saya ckp, hampir keseluruhan pelajar bercouple.. Jadi, daripada couple yg konfem haram, lebih baik x couple, tapi dok fikir kahwin yg memang konfem tak haram, malah dapat pahala lagi.. Ini bukan soal angan2 atau keinginan hati, tapi aiternatif bagi MENGELAK DARIPADA PERKARA YG HARAM iaitu couple itu sendiri.......

Apsal kene fikir kahwin, kenape tak kahwin terus je?

Melalui perlembagaan Malaysia, seorang yg mahu berkahwin hendaklah paling kurang lelaki=18 tahun, perempuan=16 tahun.... jadi, rata2 budak sekolah konfem tak boleh punye+kalau boleh pun macam lah mak bapak kasik.. Oleh itu, cukup sekadar fikir untuk kahwin..

Selain kahwin, ade alternatif lain ke nak halang diri daripada bercouple?

Ade... sape cakap xde?

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat)." - (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).

Jadi, PUASA.. Bagaimana?

"Aku puasa penuh Ramadhan, pastuh sambung puasa 6, Isnin Khamis lagi, couple leh hilang gak.. siap tambah lagi"

Perlu faham, kehendak puasa yg dimaksudkan dalam hadis ini.. Cuba fikir kembali, kaitan puasa dgn nafsu dlm konteks yg lain... mesti ada..

Kafarah puasa! ye, 2 bulan berturut2 yg disyaratkan bagi mereka yg bersetubuh jimak dengan isteri pda siang hari di bulan Ramadhan bukan hanya saja Allah tetapkan 2 bulan.. puasa 2 bulan berturut2 penuh dgn tarbiyyah untuk menjinakkan nafsu yg dah terlanjur di bulan mulia.. Lalu, mahukah anda puasa 2 bulan berturut2?

Kesimpulannya?

Jangan sesekali mencemuh mereka yg berangan2 untuk kahwin sedangkan anda dlm keadaan couple kerana COUPLE itu HARAM sedangkan KAHWIN itu HALAL, malah sunat dan dapat pahala.. Daripada korang yg couple, dah lah HARAm, dapat dosa, ade hati nak ejek2 orang yg fikir kahwin.. Tak malu ke?

Jika anda bukan dlm keadaan couple pun, pandang2 lah sekeliling.. Jika orang itu belum berkemampuan dan memang jika dia tidak fikir tentang kahwin, dia boleh mengelakkan daripada bercouple, tak mengapa MARAH, kerana fikir kahwin juga ada mudharatnya.. Tapi jika tiada lain yg boleh dibuat untuk menghalangnya bercouple selain fikir kahwin, maka, apa salahnya?

Sekian..........

(ps:saya adalah org yg boleh bertahan tidak bercouple tanpa fikir kahwin.. harap maklum)

8 comments:

kammin said...

ahak ahak nta mengingatkan aku kat sorang kawan yang bru blk dr tanta bg ceramah kat budak2 sek, bab couple ni la, dia kata "kencing tak lurus spender mak bapak tanggung nak kawin?" pastuh berterabur la kitorang gelak. aku malas nak galakkan bebudak kawin, nanti diorang timbulkan pulak persoalan kenapa aku lum kawin lg... ha ha ha
tp kalau betul kata nta bebudak sekolah hampir semuanya dah bercouple... kita kena masukkan balik bab munakahat dalam silibus mcm dulu2, tak pun kita buat kursus kawin je kat sekolah nta tu... he he

Anonymous said...

haha. teringat pulak aku kat kisah seorang kawan. slalu sngt brhubung dgn kwn lain jantina. kasihnya berbelah bahagi.tiap2 hari terkenang2. tapi bukan couple katanya.. sampai ada sekali member aku cakap. ko puasa je lar kan senang.
jadik setiap kali dia cakap yang dia brpuasa. member2 dia boleh agak sebab apa die berpuasa. memang mujarab. hahaa

saeya93 said...

""(ps:saya adalah org yg boleh bertahan tidak bercouple tanpa fikir kahwin.. harap maklum)""

hahha..rasanya ending blog ni yang paling tak tahan,..hahha..

erm biasa lah kot bend ni kat sekolah ku.. bg perempuan la..

Adney said...

Same je kot ngan aku..
Aku selalu ckp kat mak aku, ade mase mak cari2kanlah ye..

Aku ckp, klo boleh kawin awal, aku nak je kawin terus. mls la pulak nk jiwang2 ni..

Berat paler otak.. tinggi risiko..

Abdullah Xuais said...

kalo jodoh x ke mana.....

Muhd Al-fateh said...

kammin:

silibus sesetengah sekolah memang ada Fiqh Munakahat dalam form4..
----------------------------
Anonymous:

Mari berpuasa!
----------------------------
saeya93:

itu kata2 semangat motivasi untuk diri sendiri kot..
-----------------------------
Adney:

Betul2.. sangat setuju..
(kalau kahwin waktu kat sekolah, rasanya lebih senang belajar add math kot.. sebab perempuan ni memang cepat pick-up.. ke macam mana?)

--------------------------
suhaylsalmi:

Ana rasa hanya ana yang paling faham kata2 pendek tu selain anta..

zul said...

Salam...

Apa khabar? Semalam time aku surf-surf internet, aku terjumpa satu website nie.
Nampak macam best je.. website pasal orang yang nak kahwin tapi tak cukup duit.

Dengar cerita, kau dah nak kahwin kan? Cuba lah try ushar website nie.. manalah tahu dapat membantu ke?

http://tiny.cc/3giqb

Anonymous said...

biasanye org yg bile ditanya tentang couple mrk akn jwb "biase la tu,remaja"..bende tu mmg dah biase dilihat,sbb tu la kalau boleh xnk biase kn..jd,lps ni blhla tukar statement "biase la tu".. sekadar pendapat..