Monday, July 28, 2008

Salahuddin Al-Ayubi dan Akademi Nasyid

Kembalinya drpd kampung belah emak yg mempunyai kemudahan stesen televisyen berbayar berbanding rumah ana yg tidak mempunyai televisyen, pastinya byk membukakan minda ana tntg dunia yg semakin kuat dicengkam oleh sekutu2 Yahudi laknat. Bagaimana harus ana terangkan pd dunia tntg perkara ini..? Namun, kali ini ada kelainan sedikit pada minda ana apabila pulang dr kampung. Mengapa..? kerana musim buah..? hahaha.. mungkin lah kot... Tp bukan itu yg ana ingin nyatakan di sini...Yang lainnya ialah...

Tiada lg ingin ana sebutkan tntg agenda2 Yahudi yg biasa ana sebutkan di post2 yg terdahulu..Antaranya ini, ini, dan ini. Tiada lagi Tom2 Bak,tiada lagi Macam2 Aznil, tiadan lagi....err... ape yek.. segala rancangan yg dikeloalakan oleh Aznil Nawawi lah senang citer. Tp kali ini, minda ana terbuka untuk menyentuh tntg suatu benda yg dilihat lahir drpd AF dan lain2, cuma tidak mendapat perhatian seperti AF itu sendiri saja.. Kerana apa..? Mungkin kerana ianya ialah Akademi Nasyid...

Pertama kali mendengar tntg rancangan ini, terdetik rasa kagum di hati ana oleh ketersanggupan penaja untuk memartabatkan nasyid
tanahair(katanya lah) yg pada fikiran ana sudah semakin dilupakan. Tetapi, semakin lama berbagai2 pro kontra yg terdengar menyapa telinga ana yg dlm masa yg sama, ana sendiri belum pernah menyaksikan rancangan itu sendiri. Oleh kerana itu, peluang yg dtg untuk menontonnya membuatkan ana sedikit teruja,dlm masa yg sama terfikir segala pro-kontra yg telah didengari.Tetapi, ana tanamkan juga dlm hati untuk menontonya dgn kacamata seposotif mungkin.

Segalanya hanya dilihat biasa bg ana, sehingga smpi giliran seorang peserta yg mendendangkan lagu Salahuddin Al-Ayyubi dengan penuh smgt sekali. Meskipun begitu, hatiku tetap merasa tidak senang dgn peserta tersebut..Mengapa? Suaranya..? Mungkin juga, tapi itu bukanlah jwpn yg membina untuk diletakkan di blog ini. Jawapannya ana sendiri hanya dapat apabila tiba giliran para juri untuk memberi komen. Tiba giliran seorang juri, dia memberikan pertanyaan yg ana lgsg tidak terfikir,tetapi yg lebih memeranjatkan ialah jwpn yg diberikan oleh peserta itu sendiri.Ini lah yg menjadikan ana tidak sen
ang melihatnya mendendangkan lagu Slahuddin tadi.

Soalan yg diberi oleh sang juri:Adakah awak kenal Salahuddin Al-Ayubi?
Jawapan yg diberi sang peserta: Tidak.(sambil ter
senyum kambing di atas pentas)

Alahai...Ummatku,ummatku... Melayu,melayu... x kenal, tapi menanyikan lagunya..? Habestu, yg hang pi nyanyi tu memang x tahu ape yg hang nyanyikanlah..? isy,isy,isy.... Aper nk jadi... itulah ummat zaman sekarang. Tidak menghayati roh nasyid itu sendiri,malah tidak tahu pun mengapa mereka melalak melolong di atas pentas tersebut. Jika x kenal buat aper nyanyi? Nk publisiti murahan..? Alahai, bangsaku...

Bukan tidak setuju dengan pihak penganjur menganjurkan program Akademi Nasyid tersebut, tetapi cubalah tanamkan sendiri dlm diri peserta tersebut apa itu nasyid.. apakah matlamatnya.. sekadar menang hadiah, dpt nama, terkenal, apa lagi yg nk disebut..?

Pada awalnya ana dapat menerima segala tanggapan negatif yg org katakan seperti"tidak menghayati nasyid","tidak smpi objektif" dengan tanggapan baik sangka. Nanti org cakap ana ni prejudis lah, extremis lah, epedermis..(eh ade ker?) apa2lah..
Tapi, adegan yg ini mmg cukup memalukan buat ana sebagai ummat islam. Cuba tanya si peserta tadi, kenal Madonna tak? pastinya jwpnnya "kenal".
Salahuddin Al-Ayyubi tak kenal..? Inikah yang dikatakan peserta AKADEMI NASYID..? Calon pemenang.>? jauh sekali bagi ana..

Oleh itu, nak buat ape? hapuskan rancangan Akademi Nasyid.? Bajet lah... tidak perlu sehingga perlu hapuskannya,sedangkan rancangan seperti AF semakin berleluasa. Apa yg terbaik ana cadangkan eloklah mereka2 yg pakar dlm bidang ini cuba kaji balik mengapakah nasyid ini ditubuhkan dan kenapa Akademi ini diwujudkan.. Serta kemaskini kan kembali segala apa yg ada tersilap, supaya roh nasyid ini dpt dirasai...

(Setelah melihat adegan yg melucukan ini, muncul pula seorang pserta perempuan... Alamak!!.. Akhirnya keputusan dibuat dengan tekad.. Angka 8 diikuti 11 ditekan oleh jari. Tertulis-Chengdou Blades vs Chelsea.. Mulutku terukir senyum...)

1 comment:

Anonymous said...

Hi all. How are you?