Tuesday, July 15, 2008

Selamat Hari Lahir

Setiap manusia di dunia ini pastinya mempunyai tarikh lahir, ataupon dlm bahase omputeh dipanggil date of birth(DOB). Oleh itu, kebanyakkan drpd kita menyambut tarikh di mana kita dilahirkan ke dunia ini dgn berbagai2 cara dan ragam. Namun begitu, tidak kurang juga di antara kita yg tidak teringat langsung hari lahir mereka. Sedar2 jek dh banyak mesej dlm inbox.


Dalam kita menyambut hari jadi kita tidakkah kita teringat bahawa sebagai seorang yg beragama islam, tidakkah ada sambutan hari lahir dlm islam..? Jika tiada, mengapakah kita menyambutnya..? Habestu, selama ini yg kita sambut kita mengikut apa..? Cara org puteh..? Mungkin tidak lah menjadi kesalahan yg besar jika kita menyambut hari lahir.. aslkan tidak melanggar syaria't...


Namun begitu, ana ingin nyatakan di sini, sebagai sebuah agama yg cukup syumul dn menyeluruh(samer jer), islam sebenarnye telah pon meggariskan cara bg ummat islam untuk menyambut hari lahir mereka dengan amat unik sekali. Pastinya lain drpd yg lain. Pertama sekali, islam telahpun mensyariatkan satu sambutan yg bermakna untuk bayi yg baru lahir iaitu dgn aqiqah. Selepas itu pula, pada tahun2 yg berlanjutan drpd itu, islam juga telah menggariskan suatu perayaan untuk sambutan hari lahir untuk ummat islam. Yang uniknya, islam telah menyeragamkan seluruh ummat islam drpd seluruh dunia dgn satu tarikh... ianyan x lain x bkn ialah ibadah Qurban pd Hari Raya Aidiladha..... Antara hikmah disyariatkan ia dilakukan setiap tahun ialah untuk membasuh dosa2 yg kita lakukan pd sepanjang tahun dan pastinya mengingatkan kita kpd tahun2 kita yg semakin bertambah. Lihatlah, betapa bijaknya Allah. Dia menyatukan kita semua sebagai ummat islam dlm satu hari lahir... Subhanallah...


Lagi satu, jika kita bertanya kpd semua org, "Bilakah tarikh lahir kamu..?", pastinya semua akan menyatakan tarikh dlm bulan Masihi. Dan jika ditanya "bilakah tarikh lahir kamu dlm hijrah..?", pastinya hampir semua org akan terkulat2 nk menjawabnya... hahaha... itulah... kita sebgai ummat islam cubalah berbangga dgn kalendar yg diciptakan oleh ummat islam sendiri.. ni sebok dgn kalendar Masihi yg dicipta oleh org puteh tu... Jadi, bagi mereka yg menyambut Hari Lahir nya pd hari ni khususnya(bagi mereka yg terasa), ana ingin sampaikan sesuatu.. Hayatilah...


Awan berarak ceria,

tiada titis hujan,

pohon melambai,

tanda sokongan,

kususuri perjalanan bertemankan senyuman,

dihari lah
ir mu sahabatku.

Janggut tumbuh memanjang,

membuktikan kedewasaan,

walau tanpa madah kata dan hadiah,
namun cukup untukku sekadar ucapan.

selamat hari lahir,

iringan doa kuhulur,

bersyukur kepadanya,

atas nikmat usia.


sahabat usia yg tuhan kurniakan ini,

hiasilah dgn amalan murni,

semoga ia menjadi temanmu di akhirat sana.

usia mu ibarat mutiara,
tiada berganti lagi,
hiaskan iman bersulam taqwa,
agar sempat mengucup,

haruman syurgawi.

selamat hari lahir,

iringan doa ku hulur,

bersyukur kpdnya,

atas nikmat usia.



(kpd Ibrahim Afif, ana tahu anta x tau tarikh lahir anta dlm bulan islam.. Jadi, kalo ikut hari lahir anta 15 Julai 1994= 7 Safar 1414... Selamat Hari Lahir.... semoga sempat mengucup haruman syurgawi..)

4 comments:

Afifah Mohamad said...
This comment has been removed by the author.
Muhd Alfateh- Syeikhul Hira' said...

Wah2... bagsulah kalo igt sendiri tarikh lahir dlm kalendar hijrah..

itu sajak, lagu atupon lirik lagu..?
entahlah... anti rase ape..?

Unknown said...

15.7 .1994 = 6 Safar 1415

mr ronn said...

salam...
minta kebenaran share...